OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Friday, October 22, 2010

Kadar metabolisme aku dah makin rendah ke?

Zaman anak dara,beberapa bln sblm kawin.

Ni nak cite pasal berat badan.Dulu zaman2 remaja dan anak dara berat badan aku maintain 43 kg je,klu naik pun sesekali,tu pun xsampai 45 kg.Dengan ketinggian yang tak sampi 155 cm kira ok la berat tu.Ni gambar masa kawin,berat badan masa ni turn smpi 41 kg.Sebabnya bz uruskan wedding dgn exam serentak...he3.Aku kawin masa tgh final exam utk semester 2.

Ni selepas bersalinkan Iman.kt hospital Putrajaya.

Masa mengandung,untuk 4 bulan pertama berat hanya 43 kg,pastu utk 5 bulan yg seterusnya berat bertambah2.At the end of my pregnancy i gain 10 kg.Lepas bersalinkan Iman dan selesai berpantang,masih blm dapat berat idaman,still maintain 46 kg.sume suar jeans tak boleh pakai,kena beli yg baru,baju biasanya pakai saiz S, lepas bersalin pakai saiz M sbb segan nak pakai ketat2 nampak extra2 lemak kt badan nanti.Lagipun perut tak flat mcm dulu.

Ni masa 4 bln lepas bersalin,pipi pun tembam lagi.

Bila start kelas,alhamdulillah dalam sebulan je,everything back to normal.Dapat berat badan asal dan sume suar yg dulunya terperap je kt dlm almari dah boleh dipakai semula...sgt sonok.Tapi bila cuti semester 2bulan berat badan naik balik,tak byk la dlm 1@2 kg je.

Tp semenjak 2 menjak ni terasa yg berat badan ni cpt sgt naik,tp lambat turun.Masa cuti semester lepas,berat badan naik sampai 4 kg(dari 43 kg ke 47 kg)...ngeriii sgt rasanya.Then sampai skrg berat badan maintain 44@45 kg,susah nak turun.Hubby kata ok je,tak gemuk pun sbb dia kata klu 43 kg tu kurus sgt.

Yang menakutkan aku ialah aku rasa kadar metabolisme aku dah menurun.Dulu senang2 je klu nak turunkan berat badan,pastu makan byk pun badan still maintain.Aku ni mmg jenis kuat makan ye,bukan mcm setengah girls yg makan nasi ciput je dan aku gak jenis yg makan nasi utk lunch dgn dinner.Dulu duk rmh berbulan2 pun badan naik 1@2 kg,sekarang boleh naik sampi 4 kg...menakutkan sungguh.Faktor umur aku yg dah mencecah 28 thn ni la punca kadar metabolisma aku makin rendah.Aku plak jenis yang malas bersenam.

Kesimpulannya(he3...rasa mcm buat karangan plak) aku kena ubah cara hidup,rajin bersenam dan jaga makan(jgn main makan ikut sesuka suki je mcm skrg ni).Sebagai isteri,mesti selalu jaga kesihatan dan penampilan.Kata nenek hubby "Nuar gemuk takpe,tp Nurul mesti jaga badan elok2,Nurul tu pompuan".Badan lelaki naik saham makin tinggi ke?tp klu perempuan, berat badan naik saham turun ye.....

P/S:Bila kadar metabolisme dah makin menurun,buat aku risau utk mengandung lagi satu.Takut badan naik dan susah nak turun.Tp tgk org sekeliling tambah anak,sgtla teringin nak mengandung.Rindu moment2 bila sume org ambik berat ttg kita....sonoknyerrrr.

Thursday, October 21, 2010

Suka gambar ni...

Iman baru lepas mandi,tetiba ambik songkok dan pakai...sgt chumil!Macam2 benda baru yang dia blaja sekarang.Lebih rapat dgn hubby lately sbb mmg babah dia byk uruskan dia,aku bz sikit sejak seminggu dua ni,byk test,assgmnt nak kena hantar,lab report bagai.Nak tido je dia cari aku.

Monday, October 18, 2010

Our weekends

Last weekend,aktivitinya agak padat.Ari Jumaat tu tido kt rmh MIL,petang Sabtu baru balik rmh.Sampai rumah,cousin aku call ckp nak dtg rmh.Kelam kabut la masak apa yg patut.Buat mee kari je utk dorg.Ajak adik2 kesayangan aku join makan2 sekali.

Esoknya g jalan2 kt IKANO dgn adik aku.So layan la gambar2 ni ye.
Iman& Dania try topi kt Brand Outlet

Main2 kt food court IKEA

Kami g makan meat ball IKEA yang sedap tu,mmg sedap.Tp lama gak adik aku kena beratur,aku plak jadi baby sitter mengawasi 2 org budak kecik ni main2.

Tgk tv kt depan sekali...he3.Cian org lain kt belakang tu tak nampak.

Sunday, October 17, 2010

Blog yang aku suka baca.

Arini nak share ttg beberapa blog yang aku suka baca

1.
Miles of smiles
Ini antara blog yg inspired aku utk masuk contest.Sgt suka baca blog ni especially bila bloggernya sambung buat PHD kt UK.Suka baca kisah2 hidup dia kt sana,best bila dia compare certain2 thing ttg UK dan Malaysia.Penulis blog ni a.k.a Mama Zharfan sgt addicted dgn contest dan dia jugak dah menang byk hadiah2 yg sgt BEST.Ada antara hadiah yg dia let go sbb byk sgt hadiah yg dia menang.

2. Irin Putri&son
Sapa tak kenal Irin Putri Azmi???Pengacara TV3 yg cantik tu.Aku agak baru je follow blog dia,tak sampai setahun,tp suka baca content dia especially bila dia involved Raees(her only son for now) as one of the writer.Actually dia yg tulis entry tu,tp dia buat macam Raees yg tulis,cute kan?Irin ni mmg dah lama start blogging ni,masa dia blaja kt MMU lagi(berdasarkan pembacaan aku la).Dari dia bujang,kawin dan sekarang dah jadi mak org.Suka baca entry dia yg berkaitan Raees,tugas luar utk Majalah 3,Medic TV dan WHI.

So,sapa yg berminat blh la jenguk2 blog dorang ni.Aku mmg follow blog ni,hari2 mesti bukak punya.Ini tak bermakna blog lain xBEST ok,sume blog yg ada kt bloglist aku bukak tiap2 hari.So, jgn ada yg kecik hati ye.

Friday, October 15, 2010

Romantik.


Hubby korang romantik???Hubby aku tak romantik,klu romantik yg dimaksudkan ialah bagi bunga,slalu buat suprise,bukakkan pintu keta dan mcm2 lagi la mcm yg kita selalu tgk kt tv tu la.Tapi mmg sejak berkawan lagi dia mcm tu,so no big deal la utk aku.Sejak berkawan lagi kami mmg jarang sgt bagi hadiah utk satu sama lain,klu nak celebrate pa pe,kami selalu kuar makan dan ianya dah jadi kebiasaan sampai la saat ni.

Kadang2 aku ada la bagi hint yg aku suka satu benda,tp end up dia bawak aku kedai tu dan suruh pilih apa yg aku nak,dia bayar(tp still dapat handbag idaman tu)...hu..hu..tak romantik kan?But he is what he is,aku terima dia seadanya sebagaimana dia terima aku yg serba kekurangan ni.

Aku suka baca satu blog ni yg hubby dia sgt suka buat suprise,tiba2 ada delivary bunga smpi kt opis,padahal bukan birthday@annivesary pun.Pastu ada satu masa tu hubby dia bagi suprise hantar hadiah kt opis,bila bukak ada baju tido seksi yg cantik...best kan?

Nape aku cite pasal ROMANTIK ni?Semalam kt dlm bas,aku duk kt sblh lelaki iran(aku agak je la dia dari sana).Pastu sblm bas gerak,ada sorang pompuan ni naik,tp sume seat dah penuh,so dia berdiri je la.Lepas 5 minit camtu,mamat ni bangun dan bagi seat dia kt pompuan tu.Suka plak aku tgk.Klu lelaki melayu setakat ni la xpenah aku tengok buat mcm tu.Masa aku mengandung dulu,g kelas naik bas,beberapa kali je penah org offer tmpt duduk dorg,tu pun yg offer pompuan..he3.

Anyway,pada aku romantik ni sgt luas pengertiannya.

Aku rasa suami tu romantik bila dia sanggup tlg isteri buat keje rmh,sidai kain,vacuum,kemas rmh,masak.
Suami jugak romantik bila sanggup tlg isteri uruskan anak,basuh berak anak,main2 dgn anak.
Suami yang memahami isterinya penat dan tak demand perkara2 yg isteri tak mampu buat juga romantik.
Suami yg mengambil berat ttg isteri dan keluarga sgt romantik.
Suami yang sanggup berkorban utk kebahagiaan dan keselesaan keluarga adalah yg paling romantik.

Sebenarnya terpulang la pada diri masing2 utk menilai dan mentafsir maksud di sebalik ROMANTIK ni.Pada aku ROMANTIK ni bukan ukuran utk kebahagiaan rmh tangga, tp ia lebih kepada pemanis dlm melayari kehidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...