OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Monday, April 4, 2011

TATEH Playgroup for Lil Learners (2 April 2011)

Ari Sabtu lepas,kami ke SARAKIDS utk attend TATEH Playgroup yg pertama. Ex-classmate aku,Teacher Munira yg handle playgroup ni.Introduction class ni berlangsung lebih kurang sejam setgh.Aku saje register Iman sbb nak bagi dia blaja bersosial,main sambil belajar.

Masa memula register Iman,aku ada tanya Munira blh ke Iman join sbb dia tak penah join apa2 playgroup sblm ni.Aku takut dia tak blh follow aktiviti2 yg dibuat.Munira cakap,xpe...insyaalllah dia blh follow,lgpun konsep playgroup ni ialah 'learn through play' dan fun learning.Takde pressure atas toddlers,sbb klu dia xnak join dia bebas main2 kat sekitar bilik tu.Sebelum start playgroup pun Teacher Munira dah pesan pada parent jgn paksa anak utk join....biar dia decide dan kita guide je.

Aku join utk satu kelas dulu tak ambik full class sbb nak tgk samada Iman blh follow aktiviti2 tu dan nak tgk gak samada dia enjoy@tak.Lgpun thn depan dia nak masuk 3thn,playgroup ni blh jadi exposure yg baik utk dia sblm masuk sekolah thn dpn.Klu sume OK,insyaallah kami mungkin akan join secara berterusan.Playgroup ni diadakan every weekends.

Masa mula2 sampai duk menung kt mini playground ni..masa ni still takut2 lagi.

Teacher Munira tgh siapkan tag nama.

Iman tlg 'susun' kerusi,xde org suruh pun,kerusi tu sebenarnya elok je duk kt tempat yg sepatutnya sblm di'susun'.

Rajin kan saya???

Iman dgn name tagnyer...comel..he3

Nasib baik dia xtanggalkan tag nama tu sampai la selesai aktiviti.

Warming up session...BUBBLE TIME!
Kata Teacher Munira "POP the BUBBLE" sambil nyanyi lagu bubble....Teacher Munira sgt happening tau.

Masa ni Teacher ajar bila perlu cakap assalammualaikum.Iman klu teacher kuar buku@ panggil,sure duk depan sekali.Pastu khusyuk je dgr teacher cakap pe.

Teacher Munira ajar ttg face...eyes,nose,ears,mouth...etc.Ada budak2 yg takut kt patung tu...he3.

Parachute time...main sambil blajar up n down dan nyanyi2 lagu up n down.

Pastu,mak bapak pegang parachute,anak2 masuk duk kt bawah.

Setiap aktiviti diselangi dgn BUBBLE TIME,bagi dorg tak bosan.

Blaja huruf A....pastu teacher kuarkan toys yg berkaitan mcm aeroplane,army,antelope,apron...mintak dorg matchkan dgn kad yg ada gambar benda2 tu...surprisingly,they can match it.Good job Teacher Munira!

Art Time.Guna senduk,pastu guna benang utk buat rambut,buttons utk mata.pastu biar dorg conteng2,ber'expressi' sendiri utk buat mata,hidung dan mulut.

Bila join aktiviti mcm ni,baru nampak Iman ni blm pandai sgt berkonsi,Mayb sbb dia sorang2 je main sume toys yg ada kt rmh tu,tak payah share dgn sapa2.Masa duk lepak tgg aktiviti start,dia berebut kerusi dgn sorang budak ni.Pastu bila bagi kerusi lain,dia nak dua2 sekali...hu...hu....Masa blaja alphabet,dia ambil toy aeroplane,pegang tak lepas.Budak2 lain ada yg nak pegang sekali pun dia tak bagi.sampai kesudah dia pegang toy tu buat harta plak.Masa art time,teacher bagi 3 bekas colour utk setiap meja,dia ambik 2 bekas utk diri sendiri,tak bagi org lain usik.Siap bawak lari bekas kaler tu gi meja lain.So,kesimpulannya anak aku blm pandai berkongsi barang.

Sebenarnya,ada byk lagi,tp penat nak tulis byk2.Kesimpulan yg aku dapat buat ialah Iman really enjoy it.Insyaallah ada rezeki dan masa yg sesuai kami akan join lagi.

4 comments:

  1. wah, nampak sgt fun :) kalau kat UK, semua pun free sbb part of learning kat nursery+skool ni..

    JOM vote MZ kalau sudi!

    ReplyDelete
  2. kena byr ke..??ikut session..??

    ReplyDelete
  3. Rm30 utk 1 sessi lebih kurang 2 jam.Ni harga introduction,kelas seterusnya rm35 per session.

    ReplyDelete
  4. mcm bestnyer..nanti dah ambik lesen,nak bawak faizlah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...