OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Thursday, December 31, 2009

Pencarian baby sitter bermula lagi....

Aku sedang mencari baby sitter utk Iman.Setelah hampir stgh tahun Iman dijaga oleh my in laws,rasanya sampai masa utk mencari org yg sesuai utk jaga Iman.Iman pun dah pandai buat mcm2.Antaranya dah pandai respon samada dia suka@tak dgn sesuatu benda,pandai demand bila nak susu atau nak main benda yg tak sepatutnya.Bila tak dapat,mula la menjerit2 nangis.Setelah 3 hari notis yg berbunyi "Babysitter diperlukan...Hubungi Pn. Nurul 012xxxxxxx" akhirnya pada hari ni ada sorg insan yg bergelar K.Ain call masa aku tgh duk kt lecture room tgg lecturer masuk.Dia tgl berhampiran blok aku,sedang menjaga 7 org budak,tp baby bawah 1 thn 2 org je dan kedua2nya baby girl.Aku belum buat apa2 keputusan,tp nak bincang dgn hubby dulu pasal ni,tp dah menjangkakan respon dia ialah "ikut ayangla,klu ayg rasa ok,abg tak kisah,abg ikut je"So,apa pendapat korang???Hanya 1 org je yg respon dlm 3 hari,dan aku mmg tak nak terburu2 cari baby sitter.Tp mmg nak cari baby sitter agar dapat jaga Iman sendiri,jumpa Iman ari2.Disebabkan aku ambik byk paper sem ni,aku hanya ambik Iman petang Jumaat dan hantar balik petang ahad.Takkan la nak jumpa anak 2hari seminggu.
Kadang2 aku ada terfikir,keselamatan Iman@ kebahagiaan aku(dapat jumpa anak tiap2 hari).Tapi org lain yg keje,hantar anak kt nursery@babysitter,ok je.So,apa pendapat korang???

Monday, December 28, 2009

Iman latest pic update...


Duk dlm raga baju

Barapa la harga barney ni???

Iman gelak besar..

Rindunyerrr kt blog ni...

Disebabkan cuti semester yg panjang(lbh kurang 2bln)selama itula aku tak berblog...anyway,im back now.Ni ada sikit update about my life.
  1. Iman dh berusia 10bln,dan pandai berdiri tp belum berani nak melangkah.sgt notty tapi pandai buat memek muka,buat mama n babah gelak besar.
  2. Iman masih dijaga oleh my in laws,tp aku dalam proses mencari baby sitter atau nurseri yg sesuai.Insyaallah,dlm 1mgg@2mgg lagi,we'll be united..he3.Iman will stay with mama n babah.Doakan saya dapat org yg ikhlas nak jaga Iman..Insyaallah.
  3. AKU.....Pelajar tahun akhir..semester ni sgt busy sbb ambik byk paper.harap2 sume berjalan lancar.
  4. As for hubby,makin bulat...he3,tp membahagiakan.sgt ringan tulang dan suka main dgn Iman.Berharap for second baby,tp aku cakap"nantila,biar Iman besar dulu,manja puas2 dgn mama n babah".
So,ni la serba sedikit update ttg hidup aku.

Wednesday, October 21, 2009

Mengapa yahudi bijak???

Arini terjah blog FIFI dan terjumpa artikel yang sgt menarik...Klu berminat nak baca,klick ke blog Fifi dan stroll ke tajuk "Latihan dan didikan buat zuriat ketika mengandung"(artikel ni kt bhgn hampir akhir blog tersebut).Read and give ur opinion about it..

Monday, October 19, 2009

Dah beso anak mama...

Arini Iman dah berumur 8 bln.Yeahhh...anak mama dah makin beso,beso dgn sihat dan kuat(juga makin hyperaktif..he3).Rutin harian kami masih seperti biasa,ambk Iman dari rmh PIL petang rabu,hantar balik petang khamis,ambik ari Jumaat dan hantar Iman balik ari Ahad.Insyaallah rutin ni akan berubah mulai mgg depan.Mgg depan study week,so takde kelas,minggu depan lagi ialah mgg exam.5&6 november aku exam,dan selepas tu bermula la cuti semester yang amat dinantikan.Dapatla duk rumah jaga Iman 24jam..he3,tak payah travel sana sini hantar Iman.
Iman sgt2 la hyperaktif skrg ni,blh duk diam tak sampai 5 minit,pastu start menjelajah satu rumah.Walker dia dah jadi mcm keta lumba,gerak laju2 sampai langgar dinding,pastu siap blh buat aksi drift berputar guna walker.Walker ni adik aku bg pinjam sbb anak dia dh besar,dia kata "Buat pe nak beli lain,guna je walker Dania,membazir je la".Tapi bila dilihat pada keadaan walker ni skrg,rasanya dah tak layak utk dipulangkan pada pemiliknya.Mayb aku akan beli walker baru utk gantikan walker yang dah hampir lunyai ni.Iman tgh excited nak berjalan,klu letak dia baring depan tv,dia akan berpaut pada sofa dan berdiri.Pastu gerak pelan2 (2/3 step je yang dia blh gerak,pastu jatuh terduduk) mcm nak berjalan.Iman skrg dah pandai respon bila di"agah".Senyum sampi nampak gigi yang dah ada 4 batang(2 gigi bawah,2atas).gambar ni masa Iman 7bln lebih
Bawak Iman jalan dah jadi sikit masalah utk kami sbb dia dh taknak duk dlm stroller.Dia akan nangis kuat2 sampai mama atau babah angkat dia kuar dari situ.Klu tak,dia akan pusingkan badan dan meniarap kt dlm stroller tu.So skrg ni,klu g carrefour kitorang dh jarang bawak stroller,tp mesti ambik trolley sbb nak letak dia duduk kt situ(nasib baik dia dh blh duduk w/pn kdg2 tak stabil sgt).Tak larat dukung lama2,naik sengal2 tangan mama dgn babah.Sapa yg penah dukung Iman tau la mcm ne rasanya.
Antara 'benda' kegemaran Iman ialah duk kt mainan yg bila masuk duit blh goyang2 dan ada music(smpi skrg xtau nama benda tu,tgk je la gambar ni).Bila dah makin besar ni,dia dah makin pandai expresskan keinginan dia.Dia nampak je benda ni,dia akan buat mcm2 bunyi utk bgtau yg dia nak main benda tu.Tengokla betapa sukanyer dia.

Monday, October 12, 2009

Berkhatan

Aku berniat nak khatan iman masa dia baby lagi,tp bila baca artikel2 yang berkaitan,nampaknya macam dah terlewat.Baby boy biasanya dikhatankan sekitar lahir hinggalah 2-3 bulan,ni masa yang paling sesuai sbb baby belum meniarap dan tak lasak lagi.Aku nak khatankan Iman awal2 sbb tak nak dia experience kengerian dan ketakutan serta kesakitan bersunat masa beso nanti.pastu aku pun ada terbaca yang rasulullah sunatkan cucu2nya pada hari ke-7 kelahiran,iaitu semasa majlis akikah(klu tak silap la).
Parents in law aku plak ada pendapat lain.Dorang kata,tak elok sunatkan iman awal2,nanti kulit yang dipotong tu boleh tertutup balik dan baby akan terlalu cepat matang(which will lead to something negatif).Sekarang ni aku berusaha keras utk cari fakta tentang bersunat/berkhatan utk baby,fakta2 dari segi saintifik dan agama.Tapi tak byk yang membantu(atau aku tak pandai search..he3)Sesiapa yang boleh bantu,pertolongan anda amatla dihargai.TQ

Friday, October 9, 2009

Entry rojak..

Ni adalah entry rojak,campur mcm2 cite. First ialah cite rumah terbuka Ira(opis mate hubby) yang kami attend.Best sbb dpt jumpa baby Kamelia Marissa(baby Ira) yang lahir lewat sehari dari Iman.Cute sgt,tp tak sempat nak ambik gambar,mama bz kejar Iman yang tak duduk diam merangkak sana sini.Gambar Iman pun ni je la sekeping yang dapat.Perhatikan rambut Iman yang sgt sedikit,sesapa yg ada petua utk melebatkan rambut blh la kongsi ye.Cite yg kedua pasal Iman try songkok kt MYDIN..he3.Raya dah nak hbs baru dapat cari songkok.Tapi dia mcm tak minat sgt la,asyik nak tanggalkan je.Mama terpaksa pegang tangan Iman agar babah blh ambik gambar ni.Songkok tu saiz paling kecik,saiz 18.Tapi masih blm betul2 fit utk Iman.Pastu smlm g check up Iman kt Klinik Kshtn Putrajaya.Nurse kt pintu masuk klinik tu kata Iman seksi sbb dtg klinik pakai t-shirt dgn pampers je..he3.Masa kuar rmh,Iman pakai overall dgn t-shirt,tp masa dlm keta dia meragam,nangis kuat2.So aku assume dia rimas/panas,aku bukak overall dia.Lepas ambik nombor,baru bawak Iman g changing room,pakai baju elok2.Utk check up kali ni,berat Iman naik sikit je,tak sampai 1Kg.Perkembangn yang lain sume ok.
Lastly ni nk share gambar raya kami yang dah hampir basi..he3.Iman tak interframe dlm gambar ni sbb dia tido.Me n hubby di petang raya..he3.
Ni hubby dgn adik beradiknya.Dia hanya ada sorg adik perempuan dan sorg adik lelaki.
Me with sista in law

Friday, October 2, 2009

Rindunyerrr kt Ta'ayah..

Tak tau nape aku tulih entry ni..he3.Tetiba rasa rindu plak kt nostalgia2 yang berlaku kt Sek Raja Perempuan Ta'ayah.Aku adalah antara student SPM batch 1999.Batch kitorang ni special sikit sbb jumlah student yg ambik SPM thn tu pun 99 orang gak,pastu keputusan SPM tahun kitorang paling gempak sbb sume 99 org calon SPM dapat pangkat 1.Pengetua siap umumkan cuti sehari tau,tp bukan kitorang pun yg dapat cuti tu,sbb dah habis sekolah dah masa tu.
Banyak kenangan pahit manis yang berlaku kt sana.Maklumla,ada antara kami yang umur baru 13 thn,blaja hidup berdikari kt asrama.Dari form1 sampi form 5,SERATA byk mengajar kami erti kehidupan.Antaranya mandi kt toilet(masa takde air),angkut toiletries ke toilet kawasan sekolah sbb asrama takde air,bangun seawal kul5 pagi utk mandi,datang awal utk tiru keje rmh kawan(tq cupin sbb slalu bagi tiru keje rmh add math)he3...mcm2 lagi la.
Kt Ta'ayah,kami dididik penuh disiplin(kdg2 tak berdisiplin gk..he3).Yang paling penting bagi aku ialah Ta'ayah adalah tempat aku blajar ilmu agama yang kini susah utk aku blaja kt luar.Bersyukur sgt berpeluang blaja kt sek agama sbb asas pendidikan yang penting tu dah tertanam dalam diri.So,bila berhadapan dgn dunia luar,walau aku pernah sedikit tersasar,tp aku masih ingat jalan pulang.Rasanya tak terbalas jasa2 cikgu2,ustaz dan ustazah yang byk mendidik aku dan kawan2 hingga kami mencapai apa yang kami ada sekarang.
Masa kt ta'ayah dulu,kita mmg mcm budak2,pemikiran tak matang.Perkara kecik slalu diperbesarkan hingga kadang2 sampai bergaduh dgn rakan sekelas.Tapi bila dipikirkan balik sekarang,nak tergelak pun ada.Especially incident malam sblm perlantikan pengawas baru.Haru biru sekolah dibuatnya.Masa tu kita sama2 emosi,tak rasional langsung.Tapi kita dah diajar utk saling memaafkan kesalahan org lain dan akhirnya kita kembali mcm biasa,mcm peristiwa tu tak pernah berlaku.
Bila la nak buat reunion utk batch kita ye???mesti best klu dpt jumpa kawan2 yg dah beranak pinak,mesti byk cite yg nak dikongsi.Klu kita buat reunion,mesti dapat tgk byk baby2 yg kiut2,pastu hubby2 yg muka kebosanan tgg isteri yg excited jumpa kengkawan..he3.Entah2 ada antara ex-ta'ayah yg sangkut dgn ex-izzuddin..

Monday, September 28, 2009

Permata Ayah bonda..

Inilah PERMATA kami
Permata Ayah Bonda
Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahagaRenjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara
Aku dgr lagu ni masa tidokan iman depan TV smlm.Hubby bukak Astro OASIS,ada rancangan Dari Studio 1...Firdaus.Teringat nostalgia masa blajo dulu.Kt Ta'ayah dulu,kitorang hanya boleh dgr lagu nasyid je,so lagu ni antara lagu2 yang slalu berkumandang kt corong speaker.Pastu sambil tepuk2 Iman dan menghayati lirik lagu ni,mmg sesuai sgt...cite pasal harapan setiap ibu bapa utk anak2 dorg.Ibu bapa yg sangat pemaaf terhadap anak2.IMAN adalah PERMATA kami.

Hari Raya..Part2

Iman penat beraya
Kali ni nak cite raya kami di Perak.kami bertolak dari KL kul 7.30pg hari raya kedua.Alhamdulillah,dipermudahkan perjalanan kami,selamat sampai di kampungku...Teluk Intan pada jam10.30pg.Hubby bawak keta sgtla santai...bila tanya"Nape slow je bawak keta ni??"pertanyaan aku yg dah tak sabar2 nak sampai kampung..he3.Dia cakap"Buat pe nak terkejar2,bawak laju2.bawak pelan2 pun sampai gk"Dia cakap mcm tu sbb dia dah dapat sambut raya dgn parents dia..he3 aku ni tgn mak pun belum cium lagi tau.Sayu sebenarnya..tahun ni first time tak dapat cium tgn mak di pagi raya.
Bila aku sampai je,mak aku meluru kuar...ingatkan nak peluk aku..rupanya ambik cucu dia dulu.Rindula tu,kali terakhir dia jumpa Iman masa Iman umur 4bln stgh,skrg dah 7bln.Iman plak dah kenal orang,bila opah dukung,dia tgk mcm tak kenal je "sapa ni???" Pastu terus nangis kuat2.Tapi alhamdulillah,lepas kira2 2 jam Iman dah boleh main dgn sume orang,sapa2 dukung pun takpe.Sebelah petang,barulah kami kuar berziarah ke rumah sedara mara,destinasi terakhir ialah rumah "ONYANG" Iman(opah aku).Suka sgt dorg tgk Iman,ada diantara sedara mara aku yang 1st time tgk Iman.Sume kata muka sejibik cam aku...mesti la...anak mak la katakan.Lepas penat beraya,kitorang g jln2 kt GIANT yang agak baru gk dibuka.Pastu balik rumah.
Esoknya,g rmh terbuka mak mentua adik aku.Pastu g jalan rumah orang sana sini...bila penat,balik rumah dan tido.he3.So tu la cite raya aku.Tapi mmg best balik kg,kebetulan buah rambutan kt sekeliling rumah dah byk yang masak.So petang2 kitorang panjat pokok kutip buah yang merah2 dan manis2.Masing2 kena gigit kerengga sana sini.
P/S:Punya la sibuk raya sana sini sampai satu gambar pun tak ambik masa kt kampung...

Our Hari Raya..Part1

Hari raya kami tahun ni paling meriah walaupun kami sgt2 bersederhana.Persiapan raya hanya bertumpu pada baju dan kasut raya Iman je.Mama dgn babah tak beli baju raya pun,pakai baju tahun lepas yang masih elok.Tapi,bagi kami,raya tahun ni adalah raya yang paling bermakna,paling puas meronda sana sini dan raya yang paling seronok.
Tahun ni giliran aku beraya di KL je,kt rumah PIL.Pagi sabtu,kami gerak ramai2 g Masjid India utk last minute shopping.Mmg best sbb byk brg2 yg dah turun harga,baju melayu Iman boleh dibeli dgn harga RM15 je,corak kainnya sgt cantik.tapi disebabkan Iman dah ada sepasang baju melayu,so aku tak beli la.Pastu kt sana gk aku dgn hubby beli 2/3 jenis kuih raya,sbb mmg takde stanby kuih kt rumah.Malam raya kami kuar jln2 kt JUSCO Setiawangsa,adik ipar aku nak cari corset utk pakai dgn baju raya dia.So,lepak2 kt sana sampi kul 10.30mlm.pastu balik rumah dan baru la kelam kabut nak masak rendang,kemas rumah,cuci bekas kuih raya,isi kuih raya,gantung langsir dan byk lagi la.Akhirnya kami tido hampir kul2 pagi.
Pagi raya pertama,selepas solat raya,kami start jalan2 raya rumah sedara mara hubby.Mula2 ke Ampang Campuran g rumah tok,pastu g kepong(rumah nenek),pastu g Ampang balik(rumah org lain plak),pastu g Gombak.Kiranya satu KL aku round masa raya pertama tu.Iman plak kutip duit raya dgn seronoknyerrr....bila org suruh salam,cium tangan,dia tak salam pun,terus je ambik sampul duit raya yang orang hulur kt dia,tak senonoh betul anak aku ni.Ziarah menziarah ni berakhir kul6 petang,penat sgt tapi seronok.Klu raya kt kg aku,g jln dari satu rmh ke satu rmh jalan kaki je,sbb dekat(maklumla....1kampung).Tapi raya kt KL jalan sana sini naik keta, pastu jalan raya sgtla clear,tak JEM mcm slalu.
Disebabkn kepenatan,kami gerak ke kampung aku(Perak) keesokan harinya. Alhamdulillah,highway pun tak JEM,perjalanan lancar je.Nanti cite lagi pasal raya kt Perak plak.

Wednesday, September 16, 2009

Iman "tolong" mama kemas rumah ye...

Ni la gelagat Iman "tolong" mama kemas magazine.Lihatla betapa "kemas"nya rumah aku.Kusyen2 merah tu utk halang Iman dari terhantuk dan halang dia masuk celah2 rak tu.Kadang2 rasa mcm nak pakaikan dia helmet kecik,knee and elbow pad sekali.Kepala dia senang sgt terhantuk bila dia bz explore sana sini,bila sakit,nangis kuat2,padahal dia yang buat sendiri.
Ni plak gambar Iman try capai surat khabar kt atas sofa,dan sebaik saja babah dapat capture gambar ni,Iman jatuh tergolek...hilang keseimbangan la kot.Pastu nangis kuat2.

Ini gambar SUPER IMAN in action.Tanda merah kt dahi tu kena gigit semut kot,xtau apa puncanya sbb tetiba je tgk dah merah.Babah kata tu tanda penyokong kuat SAMYVELLU..he3.

Monday, September 14, 2009

Milestone chart: 7 month

Child's Age
Mastered Skills (most kids can do)

Emerging Skills (half of kids can do)

Advanced Skills (a few kids can do)
7 months Sits without support
Drags objects toward herself
• Lunges forward or starts crawling
Jabbers or combines syllables
• Starts to experience stranger anxiety
• Waves goodbye
Stands while holding onto something
• Bangs objects together
• Begins to understand object permanence
Aku saje je letak chart ni utk share ttg perkembangan Iman.Sehari sblm raya nanti Iman akan cukup 7bln.Apa yang dia dah pandai????
  1. Dah boleh tarik objek ke arah dia.Cthnya laptop babah kt atas coffe table yg beralas dgn lapik meja.Iman akan tarik lapik meja tu sampai dapat capai laptop babah.
  2. Iman masih belum blh duduk without support.sekejap2 boleh la.
  3. Iman dh start merangkak,tp 2-3 steps je,pastu dia menyusur.Ikut sejarah keluarga aku,takde sapa pun yg merangkak.Kata mak"korang dulu sume menyusur,pastu terus duduk,pastu berdiri dan jalan.Tp yg peliknya dah pandai berjalan,baru merangkak" he3...mmg tak paham..
  4. Iman dah mumble mcm2 bunyi dan yg paling jelas ialah perkataan BABAH...nape la dia blaja sebut babah dulu...jeles mama tau.
  5. Iman dah melalui SEPARATION ANXIETY.Dia tak blh kena tgl sorang2,dia akan merengek dan cari mama atau babah.Dia pun dah faham ttg takutkan sesuatu,mlm2 masa tido kdg2 dia kan nangis/merengek.Bila tepuk2 baru tido balik.Sebelum ni,Iman jenis yg tido lena sepanjang malam.
  6. Iman pun dah kenal orang.Klu dlm lingkungan family(org yg dia kenal)takde masalah.Tapi klu org yang dia tak kenal pegang dia,Iman akan tengok lama2,bila dah sure yg org ni stranger,dia kan nangis kuat2.he3.
  7. Iman dah pandai babai(wave goodbye).Dia blaja babai masa kt rumah Parents in law aku.Suka sgt tgk dia babai,rasa nak gigit je tangan kecik tu.
  8. Iman pun dh boleh angkat badan dia dan berdiri dgn berpaut pada objek.Yang ni dia baru je dapat last week.Terkejut tgk dia berpaut pada sofa dan berdiri sbb nak ambik hp babah kt atas sofa.Sayang sbb tak sempat capture that moment on camera.
  9. Iman dah paham object permanence.Klu dulu rak magazine mama tutup dgn kusyen,so Iman takkan main kt sana.Sbb bila dia tak nampak,dia assume benda tu takde.Tapi skrg,Iman akan tolak kusyen tu untuk punggah majalah2 mama yg bertimbun2 tu.Dia tau majalah tu ada di sebalik kusyen tu.
So,tu la perkembang Iman yg makin lasak skrg.Memang termengah2 mama kejar iman sana sini kt rmh.Kadang2 aku terpikir mcm ne ada org yg ada byk baby boys,Iman yg sorang ni pun aku terkejar2 bila dia asyik nak explore itu ini,masuk bawah meja,menyusur sampai dapur dan makan kertas(fav food dia skrg).Beberapa kali gk dia dapat telan serpihan kertas tu,pastu buat muka puas hati kt mama.Smlm Iman poo poo kuar cebisan kertas...risau pn ada...kelakar pun ada...
p/s: To check ur baby development click here.

Friday, September 11, 2009

Korang dh shopping raya???

Korang dh shopping raya???Aku belum lagi...weekend ni baru nak start.Tapi baju melayu Iman Mak Ngah dah belikan,wane merah.Kebetulan,hubby ada baju melayu wane merah(recycle thn lepas punya baju) dan aku pun ada kebaya merah yang dh siap beberapa bulan lepas tapi belum berkesempatan nak pakai(Sbb baju tu ditempah sblm aku mengandung,siap selepas bersalin,badan agak berisi masa tu,so tak dapat la pakai).So warna tema tahun ni.....MERAH.
Insyaallah,weekend ni nak g Mid Valley atau SOGO nak cari baju utk Iman.Aku teringin nak belikan Iman songkok utk dipakai masa raya,tp aritu try songkok kt MYDIN,saiz paling kecik pun Iman tak boleh pakai,longgar.Harap2 aku dapat cari songkok utk iman kt Jln TAR,klu xde saiz gak,Iman pakai kopiah je la raya tahun ni.
Kita dah masuk 10 hari terakhir bulan ramadhan,sama2 la kita cari malam lailatul qadar,sama2 la kita lipat gandakan amalan dan moga kita sama2 dapat keberkatan dan keredhaan-Nya.

Monday, September 7, 2009

Apa pendapat korang???

Entry kali ni takde motif apa2.Sekadar suka2 je.Last week aku kena g sekolah dan buat observation kt makmal sekolah utk selesaikan assgment.So, ni gambar kami yg control ayu sedang transfer gambar2 dan video2 yang diambil ke laptop.Kami gk sempat posing kt sekitar kawasan sekolah tu.Pastu nak cite pasal life aku skrg.Macam yg aku dh cite dulu,Iman tinggal dgn my Parents in Law(PIL). Memang aku dah biasa hantar dan ambik Iman 2 kali seminggu.Kami akan ambik Iman ari Jumaat,hantar petang Ahad.Ambik ari Rabu petang(sbb Khamis aku xde kelas),hantar balik petang Khamis.So tu la rutin kami,kami cuba ambik Iman sekerap yang boleh.Setakat ni, alhamdulillah...Iman masih kenal dan rapat dgn mama dan babah walaupn dah agak terlebih manja dgn Tok dan Tokwan.Tapi,mak aku pun slalu cakap klu tinggal dgn atok dan nenek mesti manja dia lain macam sikit,biasa la tu.
Aku penah update ttg masalah solid food Iman,dimana Iman lebih suka makan cereal dari bubur nasi.Setelah masalah tu diatasai,timbul plak masalah lain.Bila stay dgn aku,Iman akan makan bubur(mama mmg hanya kan bagi bubur je,no cereal),setengah mangkuk habis dia makan.Tapi dgn PIL aku,dia tak nak makan.So,bila kt sana,my PIL akan bagi dia makan cereal.Rasa sedih gk sbb aku tak dpt kawal benda2 mcm ni. Kalau kita jaga sendiri,senang utk tentukan apa yang kita nak utk anak kita,tp bila my PIL dah tolong jaga,takkan kita nak demand mcm2 lak.
Bulan pose ni aku tak risau sgt sbb Iman akan makan bubur lambuk tiap2 petang,suka sgt dia makan bubur tu,mayb sbb ada rasa kot.Mak Ngah(adik ipar aku) akan belikan Iman bubur lambuk setiap petang lepas balik keje.Klu hujan@jem,dia redah gk semata2 nak belikan Iman bubur...sayangnye mak Ngah kt Iman.Iman plak,bila nampak je Mak Ngah dia balik bawak bubur,dia akan ikut bontot Mak Ngah dia ke hulu ke hilir sampai dapat apa yg dia nak.
One more thing,aku nak minta pendapat korang,PIL aku minta nak jaga Iman sampai dia pandai cakap,mayb sampi umur dia 2-3 thn.Dorg cakap,klu dah pandai cakap,senang hantar kt rumah orang,dia pandai bgtau klu baby sitter tu buat apa2 kt dia.Berat sgt hati nak bagi,sampai skrg belum bagi jawapan kt dorang.Klu Ikut perancangan aku,insyaallah Januari thn depan start hantar baby sitter or nursery.Masa tu Iman dh nak masuk 10 bln,dah agak besar,harap2 tak susah sgt la org nak jaga dia masa tu.Lagipun my PIL hanya tlg jaga Iman sampi bln10 je,sbb bln 11 aku dh start cuti semester.


Wednesday, September 2, 2009

Dugaan bulan pose..

Dah hampir setengah bulan kita berpose..alhamdulillah,Allah panjangkan umur kita utk berjumpa dgn Ramadhan lagi tahun ni.Bukan sume orang berkesempatan berjumpa dgn Ramadhan dan kutip pahala yg cukup byk di bulan ni.Pakcik saudara hubby aku meninggal sehari seblm Ramadhan(alfatihah utk beliau),ni menunjukkan bila sampai ajal,kita akan dijemput oleh-Nya samada kita bersedia atau tak.
Kali ni aku nak share dugaan yg aku lalui baru2 ni.Hubby sakit batu karang dan di masukkan ke hospital.Actually dia dah ada penyakit ni sblm kami kawin,admitted to PPUM,lepas diberi ubat tahan sakit dan diperiksa,batunya sgt kecil dan blh dikeluarkan melalui air kencing.So tak perlu operation.Last year,Hubby sakit lagi.Masa tu lepas keje,alhamdullillah ada opis mate dia yg tlg bawak g hospital Putrajaya,kena masuk wad 3hari.
Dan ramadhan kali ni,penyakit tu lebih teruk.Mungkin sbb kurang minum air,sbb pose,so hanya minum air masa bersahur dan berbuka.Hubby sakit ari Khamis(27 ogos),terus g emergency sbb sakit sgt2.Lepas dicucuk ubat tahan sakit,selepas lebih kurang 1jam,hubby dibenarkan balik rumah.Ari Jumaat(28 Ogos),lepas berbuka dia sakit sekali lagi.Kali ni dia makan ubat tahan sakit,tp sampai kul11mlm sakit tak kurang.So dia terus g hospital dan ditahan di wad utk pemeriksaan lanjut.Dan subuh tu la kali pertama aku bersahur sendirian,sedih la gk.Ptg tu g tgk hubby kt hospital dan berkesempatan berbuka kt sana.Aku tak temankan hubby kt wad sbb Iman ada kt rumah masa tu,so aku duk rmh jaga Iman la.Ari Ahad(30 Ogos) hubby dibenarkan kuar dan diberi M.C sampi 4 september.Lamanye cuti....
Ari Isnin(31 Ogos),kami berbuka dgn my parents in law kt Cheras.Mlm tu dlm kul9 kitorang kuar ramai2 g KK Home Decor,sbb adik ipar aku nak tgk balang kuih raya dan mcm2 lg la.On the way balik dari KK Home decor,hubby start sakit.Kami terus ke bahagian kecemasan di Hospital Ampang,tp service di sana amatla mengecewakan.Hubby yg dlm kesakitan yg amat sgt disuruh menunggu gilirannya dipanggil.Kami akhirnya ke Hospital putrajaya,Hubby terus masuk wad kecemasan,diberi injection dan masuk wad sekali lagi.Dan malam tu aku temankan hubby tido kt wad sbb Iman dijaga oleh tok dan tokwan.Esoknya awal2 pagi aku balik rumah dan sambung tido...he3.Sgt2 tak selesa tau tido atas kerusi je sepanjang malam,tp aku rela..he3..atas nama cinta la konon.Hubby kuar hospital petang ari Selasa(1 September).
So tu la keje aku mgg lepas,kuar masuk hospital.Tapi sume ni dugaan utk aku,mesti sabar byk2 dan tabahkan hati.Harap2 hubby tak sakit lagi pasni,biar sihat2 selalu...aminnn...

Tuesday, August 25, 2009

Aksi Iman

Iman posing dgn walkernye..
Iman dh menyusur dgn lajunye,harap2 dia blh merangkak sblm umur 7bln.Dia dah explore satu rumah dgn menyusur je.Klu aku letak dia kt ruang tamu,dan tglkan dia utk kemas bilik,tak lama pastu dia akan sampai kt pintu bilik,cepat sgt.Iman dah jadi mop bergerak la skrg ni,baju2 dh start lebam2 sbb dia menyusur sana sini.Ruang2 sempit pun dia nak masuk gk.Tgk pic kt bawah ni.Sedaya upaya dia nk gk masuk kt ruang tu walaupn dh dihalang dgn kerusi kecik.

Iman dah 6 bulan,cepat betul masa berlalu.Macam tak caye je aku dah jadi mama utk 6lbn.Tahun ni tahun pertama aku berpuasa dgn kehadiran Iman dan tahun pertama beraya dgn Iman,bestnyer.Excited sgt tgk baju melayu yg kecik2 dan songkok yg cute2,tak sabar nk shopping raya utk Iman.Tahun lepas,aku berposa dlm keadaan mengandung 5bln,alhamdulillah dapat pose penuh thn lepas,sonoknyerrr...tp bila masuk waktu petang,Iman yg kt dlm perut masa tu dh start tendang2.Protes la tu sbb mama dia tak makan dari pagi.
Babah letak byk2 toys dlm stroller,Iman cam confius je,nak gigit yg mana satu ni???

Iman dah makin notty dan bijak skrg(puji anak sndr..he3).Dia tau dgn sapa dia blh merengek(ngada2) dan dgn sapa tak boleh.Biasanya dgn aku dia kurang merengek sbb dia tau mama jenis yg strict sikit dan tak layan sgt.Klu benda tu tak boleh main/gigit(skrg sume benda nk msk mulut),mama takkan bagi.Nangis la mcm ne pun,biasanya aku akan alihkan perhatian dia pada benda lain.Tapi klu dgn tokwan dia,Iman suka merengek.Klu tak dpt apa yg dia nak,dia akan buat muka sedih dan start merengek.Tokwan plak tak blh tgk cucu dia nangis,mesti cepat2 dukung,bawak jalan2 kt luar.

Muka tension bila babah tak bagi gigit beg laptop..nak makan pe ni??Iman kena pose la jawabnyer..Mama nak share ke?sedap ni..
So tu la perangai Iman skrg.Makin notty tp tetap jadi buah hati mama dan babah.Moga Iman membesar jadi anak yg bijak,soleh,beriman dan bertaqwa..aminnnn.

Monday, August 24, 2009

Iman regular check up

Iman pakai mask,knp la xde mask utk baby,dorg kan golongan berisiko tinggi.
Last week gi Klinik Kesihatan Putrajaya utk regular check up Iman.Bersempena pandemik H1N1 yg makin serius ni,mmg risau sgt nak g klinik sbb bercampur gaul dgn org yang kita sendiri tak tau sakit apa.Tapi klinik kesihatan Putrajaya buat satu pembaharuan yg sgt baik dan effektif,sbb dorg asingkan orang yg demam,batuk dan selesema kt luar klinik,diorg bukak pusat menunggu kt sana.So, kt dlm klinik hanya utk org yang sakit lain2 je la.
So,apa pengajaran/ilmu yg aku dapat kali ni??He3..aku kena lecture dgn nurse yg check Iman.Bukan pasal berat badan,coz berat badan Iman naik dgn agak byk,tp still di tahap yg sihat,blm obesiti.Masa last check up(5bln),berat Iman 6.5kg, skrg(6bln) 7.3kg.Iman membesar dgn sihat dan kuat..he3.Actually aku kena lecture pasal pemakanan Iman.Iman start solid food masa umo 5 bln.Aku bagi cereal/nestum.Bancuh cair2,letak dlm botol susu dan bagi dia minum.After 2 weeks,aku start suap dia guna sudu.Masa check up,nurse tanya Iman dh start solid food ke?Aku jawab dah,masa umo 5bln.Dia tanya bagi makan pe?Aku cakap nestum..(wrong answer..)Pastu nurse tu start membebel pasal betapa tak betulnya cara aku start solid food utk Iman.Dia cakap first solid food for baby shoul be porridge or bubur nasi.Sebab itu adalah makanan ruji kita.Klu kita start dgn bagi dia makan cereal/nestum,in a long term byk keburukannya.Antaranya
  • Baby will refuse nasi sbb nasi takde rasa,tawar je.Nestum manis.Ini antara masalah yang aku hadapi.Iman refuse klu bagi bubur nasi,klu bagi nestum,setengah mangkuk pn blh habis.
  • Baby cereal ada byk pengawet dan perasa.Tak natural,so tak baik utk bayi.
  • Ia mengandungi kandungan gula yg tinggi,so blh menyumbang kpd obesiti.
Mmg aku hadapi masalah nak bagi Iman makan bubur nasi.Lepas balik dari klinik,aku nekad nak try bagi Iman suka makan bubur and stop cereal intake.Memula aku try bagi Iman makan bubur waktu pagi dan cereal waktu petang.After 2/3 hari aku bagi dia makan bubur je pagi dan petang.Dan utk bagi bubur tu ada sikit rasa(sbb baby food tak blh letak garam atau gula) aku letak sikit sup ayam kt dlm.Dan utk pastikan Iman tak blh memilih utk tidak makan(dia mesti makan) aku bagi dia makan selepas 2-3 jam waktu menyusu.Alhamdulillah,segala usaha aku berhasil.After a week,Iman dh stop makan cereal dan suka mkn bubur nasi(mesti sbb mama pandai masak bubur kan???he3).So,tu la coretan aku utk kali ni.Buat Ibu2 yg baby dia blm start solid food,learn from my mistake.Bak kata nurse tu,klu awak bagi dia makan nestum,samala mcm awak bagi anak awak mkn megi.Blh ke mcm tu???

Tuesday, August 11, 2009

Pesta Flora Putrajaya


Pesta Flora kt Putrajaya.Ari Sabtu yg lepas,kami ambik kesempatan g tgk bunga2 yg cantik tu.Terpegun tgk mcm2 bunga yg warna warni sampai lupa nak ambik gambar.Tapi mmg cantik sgt bunga2 kt sana,sapa yg minat tanam pokok(apa2 jenis pun tak kisah) patut pegi Pesta Flora ni(masa entry ni ditulih,Pesta flora tu dah pn berakhir..he3).Kt bawah ni pic kami sekeluarga(bukan gambar bunga)..he3Babah yg senyum simpul
Mama yg HAPPY sgt..Nape ye??
Ready?? Kata Babah...
Tu la antara gambar2 kami kt Pesta Flora.Teruja nak g sana pun sbb tgk entry hawa yg penuh dgn gambar2 yg sgt2 cantik.

Tuesday, August 4, 2009

Our weekends....

Ari Jumaat g ambik Iman.Sebelum balik,bapak mentuaku ajak g 'mapley' or mamak.G minum2 dulu.Bila sume org makan dan minum,Iman mula la bosan sebab takde org layan dia,pastu frust sbb sume org ada habuan(dpt mkn n minum) tp dia tak dapat apa2.Cian Iman,meleleh air liur tgk org makan..he3.So,aku bawak Iman g kedai berdekatan yg ada "kuda blh gerak2 beserta lagu"(aku tak tau nama benda tu,tgk je la pic kt bwh ni).Mula2 mcm suka je main dgn kuda tu.
Bila kuda tu dh gerak,Iman jadi takut.Menggeletar satu badan..he3
Ari Sabtu,kami sekeluarga tak g mana2.Lepak kt rumah je.Malam tu sepupu aku dgn wife dan baby Qaisara Zafira dtg rmh.Lama tak jumpa,seronok dpt bercerita mcm2 dgn dorg.
Iman lepak2 dgn babah
Pagi Ahad,kami berjalan2 kt JUSCO Tmn Equin.Pastu sambung plak jalan2 kt Alamanda.Dalam kul 6 ptg,kami gerak g rmh mentuaku utk hantar Iman.So,next week mungkin akan melalui rutin yg sama,ambik Iman,then hantar balik.Hoping that it will be over soon,and my baby will stay with me all the time.
Iman with his 2 baby teeth


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...