OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Wednesday, October 21, 2009

Mengapa yahudi bijak???

Arini terjah blog FIFI dan terjumpa artikel yang sgt menarik...Klu berminat nak baca,klick ke blog Fifi dan stroll ke tajuk "Latihan dan didikan buat zuriat ketika mengandung"(artikel ni kt bhgn hampir akhir blog tersebut).Read and give ur opinion about it..

Monday, October 19, 2009

Dah beso anak mama...

Arini Iman dah berumur 8 bln.Yeahhh...anak mama dah makin beso,beso dgn sihat dan kuat(juga makin hyperaktif..he3).Rutin harian kami masih seperti biasa,ambk Iman dari rmh PIL petang rabu,hantar balik petang khamis,ambik ari Jumaat dan hantar Iman balik ari Ahad.Insyaallah rutin ni akan berubah mulai mgg depan.Mgg depan study week,so takde kelas,minggu depan lagi ialah mgg exam.5&6 november aku exam,dan selepas tu bermula la cuti semester yang amat dinantikan.Dapatla duk rumah jaga Iman 24jam..he3,tak payah travel sana sini hantar Iman.
Iman sgt2 la hyperaktif skrg ni,blh duk diam tak sampai 5 minit,pastu start menjelajah satu rumah.Walker dia dah jadi mcm keta lumba,gerak laju2 sampai langgar dinding,pastu siap blh buat aksi drift berputar guna walker.Walker ni adik aku bg pinjam sbb anak dia dh besar,dia kata "Buat pe nak beli lain,guna je walker Dania,membazir je la".Tapi bila dilihat pada keadaan walker ni skrg,rasanya dah tak layak utk dipulangkan pada pemiliknya.Mayb aku akan beli walker baru utk gantikan walker yang dah hampir lunyai ni.Iman tgh excited nak berjalan,klu letak dia baring depan tv,dia akan berpaut pada sofa dan berdiri.Pastu gerak pelan2 (2/3 step je yang dia blh gerak,pastu jatuh terduduk) mcm nak berjalan.Iman skrg dah pandai respon bila di"agah".Senyum sampi nampak gigi yang dah ada 4 batang(2 gigi bawah,2atas).gambar ni masa Iman 7bln lebih
Bawak Iman jalan dah jadi sikit masalah utk kami sbb dia dh taknak duk dlm stroller.Dia akan nangis kuat2 sampai mama atau babah angkat dia kuar dari situ.Klu tak,dia akan pusingkan badan dan meniarap kt dlm stroller tu.So skrg ni,klu g carrefour kitorang dh jarang bawak stroller,tp mesti ambik trolley sbb nak letak dia duduk kt situ(nasib baik dia dh blh duduk w/pn kdg2 tak stabil sgt).Tak larat dukung lama2,naik sengal2 tangan mama dgn babah.Sapa yg penah dukung Iman tau la mcm ne rasanya.
Antara 'benda' kegemaran Iman ialah duk kt mainan yg bila masuk duit blh goyang2 dan ada music(smpi skrg xtau nama benda tu,tgk je la gambar ni).Bila dah makin besar ni,dia dah makin pandai expresskan keinginan dia.Dia nampak je benda ni,dia akan buat mcm2 bunyi utk bgtau yg dia nak main benda tu.Tengokla betapa sukanyer dia.

Monday, October 12, 2009

Berkhatan

Aku berniat nak khatan iman masa dia baby lagi,tp bila baca artikel2 yang berkaitan,nampaknya macam dah terlewat.Baby boy biasanya dikhatankan sekitar lahir hinggalah 2-3 bulan,ni masa yang paling sesuai sbb baby belum meniarap dan tak lasak lagi.Aku nak khatankan Iman awal2 sbb tak nak dia experience kengerian dan ketakutan serta kesakitan bersunat masa beso nanti.pastu aku pun ada terbaca yang rasulullah sunatkan cucu2nya pada hari ke-7 kelahiran,iaitu semasa majlis akikah(klu tak silap la).
Parents in law aku plak ada pendapat lain.Dorang kata,tak elok sunatkan iman awal2,nanti kulit yang dipotong tu boleh tertutup balik dan baby akan terlalu cepat matang(which will lead to something negatif).Sekarang ni aku berusaha keras utk cari fakta tentang bersunat/berkhatan utk baby,fakta2 dari segi saintifik dan agama.Tapi tak byk yang membantu(atau aku tak pandai search..he3)Sesiapa yang boleh bantu,pertolongan anda amatla dihargai.TQ

Friday, October 9, 2009

Entry rojak..

Ni adalah entry rojak,campur mcm2 cite. First ialah cite rumah terbuka Ira(opis mate hubby) yang kami attend.Best sbb dpt jumpa baby Kamelia Marissa(baby Ira) yang lahir lewat sehari dari Iman.Cute sgt,tp tak sempat nak ambik gambar,mama bz kejar Iman yang tak duduk diam merangkak sana sini.Gambar Iman pun ni je la sekeping yang dapat.Perhatikan rambut Iman yang sgt sedikit,sesapa yg ada petua utk melebatkan rambut blh la kongsi ye.Cite yg kedua pasal Iman try songkok kt MYDIN..he3.Raya dah nak hbs baru dapat cari songkok.Tapi dia mcm tak minat sgt la,asyik nak tanggalkan je.Mama terpaksa pegang tangan Iman agar babah blh ambik gambar ni.Songkok tu saiz paling kecik,saiz 18.Tapi masih blm betul2 fit utk Iman.Pastu smlm g check up Iman kt Klinik Kshtn Putrajaya.Nurse kt pintu masuk klinik tu kata Iman seksi sbb dtg klinik pakai t-shirt dgn pampers je..he3.Masa kuar rmh,Iman pakai overall dgn t-shirt,tp masa dlm keta dia meragam,nangis kuat2.So aku assume dia rimas/panas,aku bukak overall dia.Lepas ambik nombor,baru bawak Iman g changing room,pakai baju elok2.Utk check up kali ni,berat Iman naik sikit je,tak sampai 1Kg.Perkembangn yang lain sume ok.
Lastly ni nk share gambar raya kami yang dah hampir basi..he3.Iman tak interframe dlm gambar ni sbb dia tido.Me n hubby di petang raya..he3.
Ni hubby dgn adik beradiknya.Dia hanya ada sorg adik perempuan dan sorg adik lelaki.
Me with sista in law

Friday, October 2, 2009

Rindunyerrr kt Ta'ayah..

Tak tau nape aku tulih entry ni..he3.Tetiba rasa rindu plak kt nostalgia2 yang berlaku kt Sek Raja Perempuan Ta'ayah.Aku adalah antara student SPM batch 1999.Batch kitorang ni special sikit sbb jumlah student yg ambik SPM thn tu pun 99 orang gak,pastu keputusan SPM tahun kitorang paling gempak sbb sume 99 org calon SPM dapat pangkat 1.Pengetua siap umumkan cuti sehari tau,tp bukan kitorang pun yg dapat cuti tu,sbb dah habis sekolah dah masa tu.
Banyak kenangan pahit manis yang berlaku kt sana.Maklumla,ada antara kami yang umur baru 13 thn,blaja hidup berdikari kt asrama.Dari form1 sampi form 5,SERATA byk mengajar kami erti kehidupan.Antaranya mandi kt toilet(masa takde air),angkut toiletries ke toilet kawasan sekolah sbb asrama takde air,bangun seawal kul5 pagi utk mandi,datang awal utk tiru keje rmh kawan(tq cupin sbb slalu bagi tiru keje rmh add math)he3...mcm2 lagi la.
Kt Ta'ayah,kami dididik penuh disiplin(kdg2 tak berdisiplin gk..he3).Yang paling penting bagi aku ialah Ta'ayah adalah tempat aku blajar ilmu agama yang kini susah utk aku blaja kt luar.Bersyukur sgt berpeluang blaja kt sek agama sbb asas pendidikan yang penting tu dah tertanam dalam diri.So,bila berhadapan dgn dunia luar,walau aku pernah sedikit tersasar,tp aku masih ingat jalan pulang.Rasanya tak terbalas jasa2 cikgu2,ustaz dan ustazah yang byk mendidik aku dan kawan2 hingga kami mencapai apa yang kami ada sekarang.
Masa kt ta'ayah dulu,kita mmg mcm budak2,pemikiran tak matang.Perkara kecik slalu diperbesarkan hingga kadang2 sampai bergaduh dgn rakan sekelas.Tapi bila dipikirkan balik sekarang,nak tergelak pun ada.Especially incident malam sblm perlantikan pengawas baru.Haru biru sekolah dibuatnya.Masa tu kita sama2 emosi,tak rasional langsung.Tapi kita dah diajar utk saling memaafkan kesalahan org lain dan akhirnya kita kembali mcm biasa,mcm peristiwa tu tak pernah berlaku.
Bila la nak buat reunion utk batch kita ye???mesti best klu dpt jumpa kawan2 yg dah beranak pinak,mesti byk cite yg nak dikongsi.Klu kita buat reunion,mesti dapat tgk byk baby2 yg kiut2,pastu hubby2 yg muka kebosanan tgg isteri yg excited jumpa kengkawan..he3.Entah2 ada antara ex-ta'ayah yg sangkut dgn ex-izzuddin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...