OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Tuesday, April 27, 2010

Playhouse Iman

Playhouse ni kami beli masa umur Iman lebih kurang 11bulan.Masa tu dia tak pandai sgt main dlm tu,dia buat tak tau je.Sekarang tgh sonok main kt dalam tu,sampai berpeluh2.Pastu siap angkut mainan dia letak kt dalam tu.Ni la aksi anak aku dan bapaknya yg perasan kecik...he3..
Tengokla,sesuka hati dia je nak kuar ikut mana.Ada pintu kt depan dia g kuar ikut tepi tu plak.Iman gk dah pandai robohkan rumah dia...he3.Tengokla gambar kt bawah ni..pastu dgn selambanya kuar bawak rod panjang tu...

Thursday, April 22, 2010

Iman demam..Part 2(12 April)

Ni sambungan entry sblm ni,alhamdulillah demam Iman beransur baik. Ari Ahad dah tak demam,tp naik plak bintik2 merah kt tgn dgn kaki dia. Pastu susah sgt nak makan dgn minum susu,sehari 2 kali je minum susu,selang 10 jam sekali minum,susah hati sgt2.Penah sekali tu aku pegang tangan dia dan bukak mulut dia paksa minum susu..menjerit2 la Iman nangis.
Ari Isnin bawak Iman g Klinik Kesihatan Putrajaya,nak check apa la bintik2 yang naik tu.Selepas menunggu hampir 5 jam baru dapat jumpa doktor dan aku mmg terkejut bila dpt tau Iman kena sakit tangan kaki dan mulut(HFMD).Tapi doktor kata tak sirius sgt,sbb demam dia dah baik,dalam 3-4 hari insyaallah hilang la bintik2 merah tu.Tapi kena pantau selalu,klu baby start demam dgn suhu tinggi,lemah,tak berselera makan dan minum susu cpt2 bawak g hospital.HFMD ni melalui bacaan aku tak la serius sgt,tetapi mesti selalu jaga kebersihan.Bintik2 yang tumbuh ni mmg ada kt tgk dgn kaki je,kt badan takde langsung.Pastu Iman ada byk ulser dlm mulut dia,sbb tu la dia xnak makan atau minum susu.Sakit agaknya.Iman main kejar2 dgn baby IzhanBabah try tidokan Iman...chaiyok2

Iman demam..part 1(9 April)

Ari Jumaat tu, pepagi dah hantar Iman g rumah my in-laws sbb aku ada exam dan hubby keje,start bulan april ni tak hantar Iman g rumah baby sitter sbb aku dh start exam,hanya beberapa hari je dlm 1 bulan,rasa tak berbaloi plak.
Petang tu,sblm gerak nak g rumah in-laws,dapat message suruh bawak ubat demam sekali sbb badan Iman mcm panas.Dari petang sampai la ke malam, suhu badan Iman makin panas walaupun dah mkn ubat.Akhirnya,kul 10.30 mlm kitorang nekad bawak Iman g klinik sbb takut klu tgh malam nanti suhu badan dia makin panas.
Memula nak g Hospital Ampang je, tp aku blh bayangkan berapa ramai org yg tgg giliran kt sana.So, kami g klinik je la.Klinik ni bukak 24jam.Actually ni la first time kami dapatkan rawatan kt klinik swasta mcm ni. Iman ni 'anak kerajaan'..he3.Aku check up kt Klinik kesihatan Putrajaya,bersalin kt Hospital Putrajaya,regular check up Iman sume kt klinik kesihatn putrajaya.Memang tak penah g klinik berbayar ni.Tapi alhamdulillah setakat ni,Iman serasi dgn sume ubat2 dan rawatan yg diberikan.
So, nak cite sikit pengalaman aku kt klinik ni,masa sampai budak pompuan kt kaunter tu cakap doktor g makan.Kitorang pun tunggu la,dekat setgh jam baru doktor balik,xpela mayb byk patient td kot.Pastu,bila tiba giliran Iman,dia check suhu badan,tinggi gak 39.8.Pastu dia suruh bukak pampers sbb nak masukkan ubat bontot.Masa tu la Iman start nangis kuat2,yang masukkan ubat tu ialah budak receptionist yg duk kt kaunter depan tu,mmg takde pengalaman kot.Masuk ubat tu asyik kuar balik je,5/6 kali mcm tu gak,Iman dh jerit2 makin kuat.Masa tu aku dah rasa mcm nak mintak biar aku je yg buat,bukannya aku xbiasa masukkan ubat tu.Bila Iman dah jerit punya la kuat,baru la doktor tu datang dan cakap "Tak boleh buat ke?biarla saya buat"Tapi masa tu ubat tu dah masuk dan tak kuar dah.
Yang buat aku mcm nak marah sbb dia biarkan budak yg takde experience buat benda mcm tu.Iman nangis tak berenti sampi la nak balik rumah,kt dlm keta pun nangis lagi.Risau gk takut bontot dia luka,tp alhamdulillah..sume ok.
So ni la pengalaman pertama aku bawak Iman g klinik swasta/berbayar.Pada pengamatan aku,sama je.Cara doktor periksa pun lebih kurang,tak la detail sgt.Cuma mungkin masa menunggu je tak lama mcm klinik kerajaan, ubat pun sama je.Tapi tak tau la sbb mungkin nasib aku dapat klinik yang mcm ni,mayb yang lain lebih baik.

Friday, April 9, 2010

Panjat..panjat..panjat..

Anak bujang aku tgh suka sgt2 memanjat.Ni antara gambar2 yang dapat aku snap.Lasaknyer anak aku sekarang ni...
Macam tak caye je dia boleh panjat coffe table tu. First time dia panjat,masa tu aku kt dapur nak masak nasi.Terkejut tetiba tgk dia dh ada kt atas meja tu.Nasib baik la mama ni takde darah tinggi dgn sakit jantung.

Pastu dia panjat walker plak.Dah lama walker tu terperap dlm bilik study,sbb Iman dah tak gunakan lagi. First time dia panjat walker ni pun aku tak sempat tgk.Aku sampai dlm bilik, tengok2 dia dah ada kt dlm walker tu.Berderau gk darah masa tu,risau klu2 masa "percubaan" dia nak memanjat tu,terjatuh,patah kaki ke,terhantuk kepala ke..Budak besar perasan kecik, duk dlm walker dgn muka penuh kepuasan..he3

Last pic nak share kesungguhan anak aku nak meng'explore'...dalam erti kata lain..memunggah. Raga yang dia nak ambik tu mmg sengaja aku letak jauh ke dalam sbb dalam tu tersimpan DVD kesayangan babahnya.
Tu la cite anak bujang aku.Macam ne la nak menambah bilangan ahli keluarga(ye ke???lambat lagi la) klu yang sorang ni pun dah buat aku berpeluh2 kt rumah, kejar dia sana sini.Tu belum kira suara 'tarzan' aku lagi...iskh..iskh..iskh...

Monday, April 5, 2010

Contest lagi..he3..Sleeping cutie contest



Nama Baby saya Iman Ar-Rayyan Bin Hairulanuar
Tarikh Lahir: 19 Feb 2009
Email saya: amynasar@yahoo.com
Gambar ni diambik masa Iman tak sampai setahun.Rasanya ni la gambar tido dia yg paling cute.
Lagu dodoi for my little Iman
Tidurla si manja mama
Tidur lena Iman ceria
Jangan lupa pada yg Esa
Jadilah insan yg taat pada-Nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...