OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Tuesday, July 21, 2009

Baby sitter Ku..episod akhir.

Nape episod akhir ye??sebab mulai arini aku dh takde baby sitter.Semalam adalah hari terakhir dia jaga Iman dah khidmatnye telah ditamatkan dgn rasminya hari ini(dia jaga Iman lebih kurang 2 mgg je).Nak tau kenapa???Smlm telah terjadi satu peristiwa yg sgt menakutkan dan mencemaskan aku.
Macam ni citenya...
Petang smlm masa hubby on the way balik opis, M.Teh message bgtau ambik Iman lewat sikit sbb dia tido.So,hubby terus balik rmh.Dlm kul 5.30 ptg,aku ambik Iman,dlm hati pk klu dia tido bangunkan je la.Sampi sana,bila dia bagi Iman kt aku,tergezut giler tgk muka Iman lebam teruk sgt2.Macam nk luruh jantung masa tu.Dia mcm biasa cepat2 mintak maap.Dia kata dia pengsan masa nak mandikan Iman.Dia tengah dukung Iman dlm bilik mandi masa darah tinggi dia naik and blackout(pengsan).Iman jatuh dan muka dia terkena baldi.Masa tu aku mmg terdiam tak tau nak cakap pe,dlm hati ni sedih dan marah sgt2.Tapi aku tak tau nk luahkan mcm ne...kenapa la aku ni dilahirkan tak tau nak marah org.So,aku bawak Iman balik dlm keadaan air mata yg dh mencurah2.Yang buat aku marah sgt ialah peristiwa ni terjadi pada waktu pagi,tapi dia langsung tak inform kt kami.Sepatutnya dia bgtau sebaik je peristiwa tu berlaku,so that kami cpt2 bawak Iman g hospital@klinik.
Sampi je rmh aku terus suruh hubby siap2 bawak Iman g hospital.Mmg dia terkejut sgt tengok muka Iman yg penuh dgn lebam.Hampir nak menggigil hubby tahan marah.Dia cakap nak buat report polis.Biar aku explain detail kecederaan kt muka Iman.
  • Kedua2 mata dia lebam di sekeliling mata.Dalam mata ada luka warna kemerahan.
  • Pipi sebelah kanan dan dahi Iman bengkak.
  • Ada calar kt bahagian atas dahi dan bawah dagu.
  • sedikit lebam sana dan sini di seluruh bahagian muka.
klu org tengok kecederaan Iman,mcm kena dera.So,kitorg cpt2 bawak dia g hospital Putrajaya,terus g bahagian kecemasan.Alhamdulillah,giliran Iman didahulukan,so tak la kena tgg lama.Selepas diperiksa mata dan anggota badan,Iman dibawa g x-ray.Setelah selesai,Iman duk kt wad kecemasan tu selama 6 jam utk pengawasan(observation).Kata doktor,dorg nak observe klu dia ada muntah,kekejangan,demam kuat atau jika dia nampak lemah.Sume tu tanda2 yg tak baik la.Dan kata doktor lagi,tempoh 6 jam adalah tempoh kritical jika anak kita jatuh.Jika dia melepasi tempoh 6 jam tanpa tanda2 yg disebutkan tadi,insyaallah takde apa2 yg perlu dirisaukan.Alhamdulillah,Iman masih aktif mcm biasa.Suara dia je yg bising kt wad tu gelak2 main2 dgn mama,dan bila dia nangis(dh mengantuk la tu) suara dia gk yg bergema dgn kuatnye kt wad tu.Dalam kul 12 mlm aku n Iman dibenarkan kuar hospital.Anyway,ramai yg aku jumpa kt hospital cakap lebam kt muka Iman tak macam jatuh,tapi mcm kena pukul.Entahla,aku tak tau nak komen apa.
Ada satu peristiwa yg menyentuh hati ku ialah hubby yg menangis tak henti2(aku smpi hospital je dh berenti nangis,malu..huduh la..he3).Bila tgk muka Iman je,dia akan nangis.Pastu dia cakap,nasib baik Iman hidup lagi,klu jatuh dlm air dan dia lemas mcm ne??Entah la aku mmg tak nak pk benda2 mcm tu.
Masa kt dlm wad,aku terpikir sapa la nk jaga Iman esok.Aku ada lab,mmg tak blh escape.Mayb hubby kena cuti la kot.Nasib baik mak aku dtg dari kampung,smpi rumah aku dlm kul 12 mlm.Risau sgt dia bila dgr cucu dia cedera.So alhamdulillah,arini aku dgn senang hati g kelas sbb opah jaga Iman.Tak la susah hati mcm selalu.
Nak tau harga yg aku kena bayar bila dah takde baby sitter ni??Mulai mgg depan,Iman akan tgl dgn Tok n Tokwan(mentua ku).Sedih sgt2,sunyi la rumah aku nanti.Disebabkan nak menjimatkan kos pengangkutan(minyak dan tol)klu berulang alik hantar iman tiap2 hari,kami akan g tengok Iman every weekend.Berat sgt hati nak tglkn Iman kt sana,tp nk ambik baby sitter lain aku dh trauma,mayb bukan skrg.Setiap kali pk mcm ne nk tinggal kt rmh tanpa Iman mesti mengalir air mata ni.Aku jaga dia dgn tgn sendiri dari lahir smpi4 bln stgh,tanpa bantuan sesiapa,pastu hantar kt baby sitter,mcm2 hal jadi.Mungkin aku akan ada lebih masa utk diri sendiri,lebih masa utk buat lab report,assgmnt,tutorial tanpa gangguan.Sebelum ni,kena tgg Iman tido,baru blh buat keje dgn tenang.Tapi aku suka jaga Iman,tak susah walaupun kadang2 aku terkejar2 utk buat mcm2 benda.Hubby tenangkan aku,dia cakap sekurang2nya kita tau Iman dijaga oleh org yg bertanggungjawab,Iman dlm keadaan selamat.Tapi aku mmg belum sedia,berat hati sgt2 nak tglkan dia kt sana.Tapi kami takde pilihan buat masa ni.Aku takut nanti lepas 1mgg dia dah tak kenal mama dia,aku jugak akan terlepas byk perkembangan Iman.Susahnye hati ni...

7 comments:

  1. YA Allah beb..takutnyer i dgr kes babysitter u tu..makcik tu psyco la i rasa..i tetiap ari i terpikir kekalu jadi kes-kes camni kat i..i xdapat bayangkan aper nk buat kat babaysitter tu..
    ader sesilap i plak i flying kick dier balik..silat cekak i da lamer xkuar ni..kang kalu x patah tgn,patah kaki..paling tak pun terkehel org tu...adusss...i yg sebak baca entry u biler u citer lebam-lebam kat anak u..
    kejam nyer babysittr u:(..kalu sesiang bgtau xper gak..ni da balik baru bgtau...sakitnyer ati...
    repot jer kat polis,sbb dier dgn cuai buat anak u camtu..nnt i try cek kalu u buat repot polis org tu bleh tuduh under aper..

    ReplyDelete
  2. U LETAK LA GAMBA ANAK U NYER LEBAM TU

    ReplyDelete
  3. xpe nani.. korban utk kebaikan..
    yg penting iman terjage & sihat..
    & mane tau drpd situ mama die lebih sukses, kan?

    ReplyDelete
  4. salam kenal. jump dari SI. teruknya BS tue. yang buat saya bengang, benda jadi pagi, kenapa tak terus call.ni yang saya hangin dengan BS skarang...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, saye plak meleleh air mata baca iman jadik camtu. better wat report polis la, kalo lebam sampai camtu sekali bukan jatuh tu. babysitter tu tgh haga baby lain gak kan. kesian kat bb lain tu. takpela, berjauhan kejap janji anak kita selamat. itu yg terbaik. tabah yea..

    ReplyDelete
  6. sorry kalau komen aku kecik kan ati korang. ni just apa yang aku dapat pikir. bukan nak salahkan sesapa yer. not even aku sokong babysitter tu. dari pembacaan aku kat blog ni aku tgk korang macam langsung tak percaya pada babysitter tu untuk jaga anak korang. macam2 korang komen kat babysitter tu. buat tu salah, buat n salah. lain orang lain cara jagaan nya. n bagi aku kalau budak tu still sihat dan baik maknanya dia serasi dengan perubahan tu. aku selalu baca korang cakap korang jaga anak korang tak penah jadi cam tu tapi bila org jaga jadik macam2. pada aku cam ni. kalau korang tak caya ngan org jangan kasi orang jaga anak korang. mungkin ini akibatnya bila kita langsung tak caya ngan org. sikit2 orang akan terasa. korang mesti percaya pada balasan kan. tak kisah aa baik ke buruk. aku tak cakap bagus anak ko jatuh cam tu tapi bila aku pikir balik mungkin ni akibat daripada korang langsung tak caya pada babysitter. betoi babysitter tu silap menyebabkan anak korang jatuh. n dia salah sebab tak kasitau korang awal. tapi bila pikir ke akar umbi punca keadaan, hati aku still cakap ianya akibat sikap korang yang tak percaya tu. pikirlah secara positif. jangan selalu salahkan org atas kesalahan fizikal je. kadang2 buat sesuatu pun kena positif gak. jangan asyik nak pikir perkara negatif.

    anyway aku simpati ngan apa yang jadik ngan anak korang. aku harap korang lebih positif pasni. nak kasi orang jaga kena ikhlas. kalau tak better ko jaga sendiri.

    aku mintak maaf kalau komen aku buat korang terasa. anggap la ni just nasihat dari seorang kawan untuk kawan2nya. aku tau aku belum kawen then tak tau perasaan seorang ibu n bapa. tapi aku gak seorang anak yang ada mak ayah n adik beradik. sedikit sebanyak aku belajar dari pengalaman. ini adalah dari hati aku sendiri. mungkin apa aku cakap salah. tapi mungkin korang bleh pertimbangankan komen aku tu. TQ

    ReplyDelete
  7. thanx pada sume yg komen,ada positif dan ada gk yg negatif.setiap org ada pendapat masing2 dan saya terima dgn fikiran terbuka.pada yg bagi semangat tu tq so much.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...