OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Wednesday, March 30, 2011

Aktiviti dlm keta...

Masa tunggu babah dlm keta,ni la keje aku.....ambik gambo sendiri dgn gambo Iman.


Aktiviti Iman plak....Main keta bagai,bila nak kuar rmh je...mesti nak angkut keta dia sebijik 2.

Tuesday, March 29, 2011

Minum susu sambil massage...


Babah massage,Iman tumpang minum susu...he3.

Aku dan tudung tudung ku...

Skrg aku tgh suka pakai tudung lilit...ada org panggil tudung pusing.Adik aku kata nampak mcm Yuna(perasan jap...he3).Saje nak letak koleksi gambar aku dgn tudung aku berposing...layankan je la ye...

Monday, March 28, 2011

Hot Air Ballon dan 2nd Motherhood Expo 2011.

Quick entry nak share gambar masa pegi tgk belon dan gi Motherhood expo.

Ramai sgt org kt Presint 2,walaupun hari pun mcm nak hujan..sbb tu aku stay kejap je.

Masa ni dah nak gelap,takde belon yg naik pun,angin bertiup kuat je...

Mama posing dgn Iman

Pastu kami terus gerak ke Mid Valley,nak gi Motherhood expo.Apa yg aku perhatikan kebanyakan barang yg dijual sama je...tp blh dapat murah la kot daripada biasa.Tak beli pa pe pun.Dalam byk2 barang ada satu yg aku rasa unik dan first time aku tgk.Basikal utk toddlers dari umur 1 tahun,nama dia First bike.Basikal ni takde paddle,Iman sempat la try naik basikal ni.KLIK SINI utk ke website First Bike.
Posing dgn Stemlife punya maskot.

Sunday, March 27, 2011

Mali Corner.

Sapa penah pegi makan kt sini???Aku first time try makan kt sini last week walaupun dah lama aku dgr cite pasal kesedapan char kueh tiaw ni.Kebetulan teman hubby gi jumpa kawan kt area Setapak,ajak dia try makan kt sini.
Menu yang ada kt sini 3 jenis je,Nasi lemak,Nasi ayam dgn char kueh tiaw.Utk char kueh tiaw plak ada kecik(RM3.50), besar(RM5.50) dan special(RM7).Aku makan char kueh tiaw besar,mmg sedap sampai menjilat sudu....sampai licin aku makan.Hubby try nasi lemak.

Mmg sedap char kueh tiaw ni...

Iman share nasi lemak dgn babah.

Kat sini kena layan diri,gi order kt kaunter kt tingkat bawah,pastu tunggu order siap.Lain kali sure gi sana makan lagi.

Thursday, March 17, 2011

Risau ttg kesan radiasi dari letupan reaktor nuklear di Jepun?

Ni artikel yg aku copy dari FB,pendapat pakar nuklear UKM Prof Datuk Dr Sukiman Sarmani.

Loji Nuklear Fukushima I yang terdiri dari 6 buah boiling water reactor dirancang pada zaman 1950an. Reaktor itu adalah generasi 1 dan dibina dengan spesifikasi Gempa 8.2 Ritcher dan tsunami 6.5 m. Perancangan itu tepat pada waktu itu. Masalah utama ialah tsunami 10 m apabila generator emergency untuk mendingin reaktor dan stor bahanapi terpakai tergendala untuk beberapa jam.

Loji yang lebih baru di sebelahnya Fukushima II ada 4 reaktor tidak terkesan. Reaktor jenis sama di Todai tidak terkesan kerana tinggi dari paras laut dan tidak dilanda tsunami.Bagi rakyat Malaysia tidak perlu khuatir kerana kedudukan geografi yang jauh dan keadaan cuaca yang akan mengalihkan saki baki sisa radioaktif jika ada ke laut. Sisa yang mungkin sampai jika ada ialah Caesium-137, Strontiuum-90. pada kandungan yang sangat kecil.

Debu radioaktif yang tinggi hanya mencemari daerah 3km dari loji untuk tempoh yang pendeh beberapa hari kerana bahan radioaktif mempunyai hayat pendek dari beberapoa saat ke beberapa jam.Pihak berkuasa juga sedang mengambil langkah untuk dilaksanakan jika ada keperluan.

Sekian terima kasih diatas penyertaan tuan-tuan dan puan-puan yang sangat membanggakan kami kerana semua prihatin dengan bencana yang menimpa rakyat Jepun dan peka dengan keselamatan negara kita,

Wassalam.

Harapnya artikel ni dapat membantu.Mari kita sama2 doakan moga keadaan di sana menjadi lebih baik.Harapnya xde lagi sms@khabar2 angin yg tak benar ttg radiasi ni.

Macam2 Iman

Tak tau nak letak tajuk pe utk entry ni,..just nak share about our Iman yg dah makin byk akal,makin bijak,makin notty...hu..hu...
Petang smlm Iman tgk Upin&Ipin,cite pasal dorg main selipar tiga.Pas habis cite tu,dia suruh aku susun selipar mcm yg dia tgk td.Aku pun ambik la house slipper susun,pastu dia pun baling bagi jatuh.Gelak2 sbb suka sgt dapat jatuhkan selipar tu.

Lebih 10 kali aku susun,pastu dia jatuhkan..lama2 mana nak larat buat byk2 kali kan???Akhirnya terjadi la aksi ni plak....

Iman nangis sbb mama tak nak susun selipar utk dia...he3

Pastu skrg suka main tabur2 bedak...ni yg paling buat aku stress,tak larat nak bersihkan bedak2 tu sbb klu tak bersihkan takut lantai licin,dia gk yg jatuh nanti.

Truck pun pakai bedak tau!

Bila kuar jalan2 plak ada je benda yg dia nak usik,nak alihkan.Klu gi Carrefour,dia suka alihkan barang dari rak,letak kt lantai.Bila aku susun balik benda tu,dia turunkan balik.Klu dapat lepas bebas,suka sgt2...laju je lari sana sini,penat nak ngejornyer.Lepas pandang kejap je,dah hilang.Risau sgt,penah try pakaikan safety harness,tp dia nangis2 suruh bukak.So,skrg ni klu gi jln2 kitoraang gilir2 la jaga Iman,klu aku nak tgk barang,hubby akan perhatikan/kejar dia dan mcm tu la sebaliknya.P/S: Iman dah pandai baca doa tidur,so proud of him!

Tuesday, March 15, 2011

Rambut....oh...rambut...

Ni rambut baru Iman,berjaya potong bahagian depan je...tu pun senget sbb potong sendiri je. Iman ni sgtla tak suka ptg rambut,baru tanya je "Iman,kita potong rambut ye?" Terus geleng2 kepala,mulut tak berenti cakap "taknak".
Penah sekali tu FIL bawak dia gi mamak,nak gunting rambut.Sampai je kedai tu,terus nangis kuat2 sampai sedu2...sudahnya tokwan pun jadi cair,tak sampai hati.Bawak balik mcm tu je la...

Gambar ni masa first time kami bawak dia gunting rambut kt kedai,masa CNY lepas.Menangis mcm kena dera.Aku pegang kepala,hubby pegang tangan....mcm nak runtuh la kedai mamak tu dia menjerit2 nangis.Dah habis tu,upah ice cream...tersedu2 makan ice cream.Nape la anak aku ni susah sgt nak potong rambut ni...

Monday, March 14, 2011

Makan kt Foodcourt pun bawak kipas???

Iman buat pe tu???

Main kipas stroller la....

Kita minum dulu!

Sambung main balik....yeaahhh....

Kami ke Mines smlm,dari turun keta dia duk angkut kipas stroller tu.Masa duk kt foodcourt dia paksa kitorng klip kipas tu kt baby chair dia.Pastu duk main benda tu je la.Tapi yang bestnyer sbb dia duk diam2,biasanya asyik nak panjat kuar je,pastu lompat dari satu kerusi ke satu lagi,lari sana sini....dapatla kami makan dgn aman smlm tanpa aksi perang dan ala tarzan...he3.

Kesian Iman....

Iman sekarang duk dgn babysitter baru,actually babysitter yg penah jaga dia last year.Early this year,aku hantar dia kt org lain,saje nak try sbb akak tu duk satu blog,kt bawah rmh je.Tapi sbb byk masalah yg timbul,kami tukar balik hantar pada baby sitter yg dulu.Nanti la aku cite lebih lanjut pasal ni kt next entry ye.
Kali ni nak cite pasal Iman,selalunya hubby yg hantar dgn ambik dia kt rmh bbsitter.Pastu yg xbestnyerr sbb hubby dah keje kt shah alam,so mmg lewat la sikit ambik dia berbanding biasa.Klu dulu kul 5 dah ambik Iman sbb hubby habis keje kul 4.30 ptg,keje kt Putrajaya je.Skrg keje shah alam,habis keje kul 5,dekat kul 6 baru ambik dia.Klu dulu dia yg first balik,skrg asyik last je...kesian dia.
Penah satu hari,hubby byk keje terpaksa balik lewat sikit.Dan kebetulan ramai yg ambik anak petang tu bapak2.Bila ada org ketuk pintu je,dia lari ke pintu.Bila tgk bapak org lain,dia nangis...duk balik kt depan TV.Mcm tu la setiap kali org dtg ambik anak,dia akan lari ke pintu sbb ingat babah dia dtg....sedih plak dgr cite ni dari bbsitter dia.
Dan Jumaat lepas,hubby kena settlekan keje,kul 5.45 baru kuar opis.Aku plak klu 5 baru habis kelas.Pastu jem teruk masa on da way balik dan kami dua2 stuck dlm jem.Akhirnya aku smpi rmg dulu kul 7,cepat2 gi ambik dia.Masa tu tgl dia sorang2 je duk melangut depan TV....cian Iman.Masa on da way balik tu pun,asyik terpikir pasal dia je.Mesti dia duk tgg mama dgn babah dtg ambik....tapi kenapa la mama dgn babah ni tak sampai2.

P/S:Berharap dapat jadi suri rmh sepenuh masa.....jika kedudukan kewangan kami mengizinkan...hu...hu....

Friday, March 11, 2011

Do we need this for potty training???

Do we need this for potty???he3...cute kan.Iman baru 2 tahun,nak start his potty training somewhere in july kot sbb masa tu aku dah selesaikan latihan mengajar(LM).So, senang nak focus pada dia je.Masa BW tadi jumpa online shop yg jual benda ni.
Sapa2 yg berminat nak beli blh KLIK SINI.Tak la mahal sgt,RM 50 je.

Thursday, March 10, 2011

Finger puppet session...jom main!



Nak share gambar Iman main finger puppet dgn babah...suka sgt2,gelak kuat2 plak tu...Tu je..BYE!

Friday, March 4, 2011

Anak nakal...Buat perangai...mcm ne ye?

Mesti ramai yg ada masalah ni kan,termasuk aku.Bila Iman dah menjejak umur 2 tahun ni,makin byk benda baru yg dia blaja,makin notty buat aku dgn hubby kadang2 stress dan selalu jadi tarzan yg tak terlatih...he3

Beberapa hari lepas,aku baca entry ni di blog munira,kawan sekolah dulu.Entry ni amat menyedarkan aku yg kadang2 agak berkeras dgn Iman.Sinopsisnya adalah ttg anak beliau yg tgh excited meludah sana sini,bila anak buat perangai meludah,ibunya bagi kain dan suruh anaknya lap sendiri kekotoran yg dibuat.Antara ayat yg paling terkesan kt hati aku adalah "bila memikirkan bila saya tua nanti dan tak mampu minum sendiri..dan air tumpah di serata alam, anak akan marah-marah dan ambil kain lempar pada saya suruh lapkan!"

Tapi mmg kekerasan bukanlah jalan penyelesaian yg terbaik sbb anak akan jadi lebih degil dan melawan.Pengalaman aku tinggikan suara pada Iman bila dia tak dgr cakap@buat peranagi selalunya tak berjaya,adengan drama pendek kami selalunya akan diakhiri dgn aku akan peluk,kiss dia dan cakap elok2 kenapa dia tak blh buat apa yg tlh dia buat tadi.

Tak dinafikan,dia kan buat lagi lain kali,tp cakap elok2 sampai dia paham dan insyaallah SATU MASA nanti dia akan paham.Cuma kita kena sabar sbb entah bila SATU MASA tu akan tiba, tp kesabaran tu penting dlm mendidik.

P/S:Ni peringatan utk aku dgn hubby.Bila penat&stress balik dari keje@kelas,kadang2 secara tak sengaja kami terlepas marah pada Iman yg hanya mahukan perhatian setelh seharian duk kt rmh babysitter.Harapannya agar "TARZAN" yg wujud dlm diri kami cepat2 pencen...he3

Tuesday, March 1, 2011

Iman's NEW car.

Keta ni hadiah besday dari Tok dan Tokwan...Last weekend MIL sms suruh dtg rmh,ambik 'barang' Iman.Petang Ahad tu kami pun gi la sana,sampai je terus PIL kuarkan keta tu.Iman suka sgt la,terus duk dlm keta tu tak nak kuar2...he3.

Petang tadi,kami bawak Iman gi main keta tu kt Dataran Putrajaya.Walaupun penat balik keje,gigih babah angkat keta yg berat tu dari tgkt 12 ke kereta(dgn bantuan lift la ye).Biasanya klu main kt rmh asyik langgar dinding,pintu, meja bagai.Iman dah pandai tekan paddle,tp tak pandai control steering,so babah la yg control kan keta tu.

Babah the controller....

Iman dgn ketanya,abaikan spek mata hitam tu ye.Dia pakai masa on da way nak gi Dataran Putrajaya,masa main keta dan ke pasar malam...he3.Babah bising suruh bukak sbb tak larat tgk muka Iman yg control macho bila pakai spek."Like father like son" la kan?

Closed up sikit...ada talent blh jadi model tak?he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...