OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Monday, September 28, 2009

Permata Ayah bonda..

Inilah PERMATA kami
Permata Ayah Bonda
Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahagaRenjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara
Aku dgr lagu ni masa tidokan iman depan TV smlm.Hubby bukak Astro OASIS,ada rancangan Dari Studio 1...Firdaus.Teringat nostalgia masa blajo dulu.Kt Ta'ayah dulu,kitorang hanya boleh dgr lagu nasyid je,so lagu ni antara lagu2 yang slalu berkumandang kt corong speaker.Pastu sambil tepuk2 Iman dan menghayati lirik lagu ni,mmg sesuai sgt...cite pasal harapan setiap ibu bapa utk anak2 dorg.Ibu bapa yg sangat pemaaf terhadap anak2.IMAN adalah PERMATA kami.

Hari Raya..Part2

Iman penat beraya
Kali ni nak cite raya kami di Perak.kami bertolak dari KL kul 7.30pg hari raya kedua.Alhamdulillah,dipermudahkan perjalanan kami,selamat sampai di kampungku...Teluk Intan pada jam10.30pg.Hubby bawak keta sgtla santai...bila tanya"Nape slow je bawak keta ni??"pertanyaan aku yg dah tak sabar2 nak sampai kampung..he3.Dia cakap"Buat pe nak terkejar2,bawak laju2.bawak pelan2 pun sampai gk"Dia cakap mcm tu sbb dia dah dapat sambut raya dgn parents dia..he3 aku ni tgn mak pun belum cium lagi tau.Sayu sebenarnya..tahun ni first time tak dapat cium tgn mak di pagi raya.
Bila aku sampai je,mak aku meluru kuar...ingatkan nak peluk aku..rupanya ambik cucu dia dulu.Rindula tu,kali terakhir dia jumpa Iman masa Iman umur 4bln stgh,skrg dah 7bln.Iman plak dah kenal orang,bila opah dukung,dia tgk mcm tak kenal je "sapa ni???" Pastu terus nangis kuat2.Tapi alhamdulillah,lepas kira2 2 jam Iman dah boleh main dgn sume orang,sapa2 dukung pun takpe.Sebelah petang,barulah kami kuar berziarah ke rumah sedara mara,destinasi terakhir ialah rumah "ONYANG" Iman(opah aku).Suka sgt dorg tgk Iman,ada diantara sedara mara aku yang 1st time tgk Iman.Sume kata muka sejibik cam aku...mesti la...anak mak la katakan.Lepas penat beraya,kitorang g jln2 kt GIANT yang agak baru gk dibuka.Pastu balik rumah.
Esoknya,g rmh terbuka mak mentua adik aku.Pastu g jalan rumah orang sana sini...bila penat,balik rumah dan tido.he3.So tu la cite raya aku.Tapi mmg best balik kg,kebetulan buah rambutan kt sekeliling rumah dah byk yang masak.So petang2 kitorang panjat pokok kutip buah yang merah2 dan manis2.Masing2 kena gigit kerengga sana sini.
P/S:Punya la sibuk raya sana sini sampai satu gambar pun tak ambik masa kt kampung...

Our Hari Raya..Part1

Hari raya kami tahun ni paling meriah walaupun kami sgt2 bersederhana.Persiapan raya hanya bertumpu pada baju dan kasut raya Iman je.Mama dgn babah tak beli baju raya pun,pakai baju tahun lepas yang masih elok.Tapi,bagi kami,raya tahun ni adalah raya yang paling bermakna,paling puas meronda sana sini dan raya yang paling seronok.
Tahun ni giliran aku beraya di KL je,kt rumah PIL.Pagi sabtu,kami gerak ramai2 g Masjid India utk last minute shopping.Mmg best sbb byk brg2 yg dah turun harga,baju melayu Iman boleh dibeli dgn harga RM15 je,corak kainnya sgt cantik.tapi disebabkan Iman dah ada sepasang baju melayu,so aku tak beli la.Pastu kt sana gk aku dgn hubby beli 2/3 jenis kuih raya,sbb mmg takde stanby kuih kt rumah.Malam raya kami kuar jln2 kt JUSCO Setiawangsa,adik ipar aku nak cari corset utk pakai dgn baju raya dia.So,lepak2 kt sana sampi kul 10.30mlm.pastu balik rumah dan baru la kelam kabut nak masak rendang,kemas rumah,cuci bekas kuih raya,isi kuih raya,gantung langsir dan byk lagi la.Akhirnya kami tido hampir kul2 pagi.
Pagi raya pertama,selepas solat raya,kami start jalan2 raya rumah sedara mara hubby.Mula2 ke Ampang Campuran g rumah tok,pastu g kepong(rumah nenek),pastu g Ampang balik(rumah org lain plak),pastu g Gombak.Kiranya satu KL aku round masa raya pertama tu.Iman plak kutip duit raya dgn seronoknyerrr....bila org suruh salam,cium tangan,dia tak salam pun,terus je ambik sampul duit raya yang orang hulur kt dia,tak senonoh betul anak aku ni.Ziarah menziarah ni berakhir kul6 petang,penat sgt tapi seronok.Klu raya kt kg aku,g jln dari satu rmh ke satu rmh jalan kaki je,sbb dekat(maklumla....1kampung).Tapi raya kt KL jalan sana sini naik keta, pastu jalan raya sgtla clear,tak JEM mcm slalu.
Disebabkn kepenatan,kami gerak ke kampung aku(Perak) keesokan harinya. Alhamdulillah,highway pun tak JEM,perjalanan lancar je.Nanti cite lagi pasal raya kt Perak plak.

Wednesday, September 16, 2009

Iman "tolong" mama kemas rumah ye...

Ni la gelagat Iman "tolong" mama kemas magazine.Lihatla betapa "kemas"nya rumah aku.Kusyen2 merah tu utk halang Iman dari terhantuk dan halang dia masuk celah2 rak tu.Kadang2 rasa mcm nak pakaikan dia helmet kecik,knee and elbow pad sekali.Kepala dia senang sgt terhantuk bila dia bz explore sana sini,bila sakit,nangis kuat2,padahal dia yang buat sendiri.
Ni plak gambar Iman try capai surat khabar kt atas sofa,dan sebaik saja babah dapat capture gambar ni,Iman jatuh tergolek...hilang keseimbangan la kot.Pastu nangis kuat2.

Ini gambar SUPER IMAN in action.Tanda merah kt dahi tu kena gigit semut kot,xtau apa puncanya sbb tetiba je tgk dah merah.Babah kata tu tanda penyokong kuat SAMYVELLU..he3.

Monday, September 14, 2009

Milestone chart: 7 month

Child's Age
Mastered Skills (most kids can do)

Emerging Skills (half of kids can do)

Advanced Skills (a few kids can do)
7 months Sits without support
Drags objects toward herself
• Lunges forward or starts crawling
Jabbers or combines syllables
• Starts to experience stranger anxiety
• Waves goodbye
Stands while holding onto something
• Bangs objects together
• Begins to understand object permanence
Aku saje je letak chart ni utk share ttg perkembangan Iman.Sehari sblm raya nanti Iman akan cukup 7bln.Apa yang dia dah pandai????
  1. Dah boleh tarik objek ke arah dia.Cthnya laptop babah kt atas coffe table yg beralas dgn lapik meja.Iman akan tarik lapik meja tu sampai dapat capai laptop babah.
  2. Iman masih belum blh duduk without support.sekejap2 boleh la.
  3. Iman dh start merangkak,tp 2-3 steps je,pastu dia menyusur.Ikut sejarah keluarga aku,takde sapa pun yg merangkak.Kata mak"korang dulu sume menyusur,pastu terus duduk,pastu berdiri dan jalan.Tp yg peliknya dah pandai berjalan,baru merangkak" he3...mmg tak paham..
  4. Iman dah mumble mcm2 bunyi dan yg paling jelas ialah perkataan BABAH...nape la dia blaja sebut babah dulu...jeles mama tau.
  5. Iman dah melalui SEPARATION ANXIETY.Dia tak blh kena tgl sorang2,dia akan merengek dan cari mama atau babah.Dia pun dah faham ttg takutkan sesuatu,mlm2 masa tido kdg2 dia kan nangis/merengek.Bila tepuk2 baru tido balik.Sebelum ni,Iman jenis yg tido lena sepanjang malam.
  6. Iman pun dah kenal orang.Klu dlm lingkungan family(org yg dia kenal)takde masalah.Tapi klu org yang dia tak kenal pegang dia,Iman akan tengok lama2,bila dah sure yg org ni stranger,dia kan nangis kuat2.he3.
  7. Iman dah pandai babai(wave goodbye).Dia blaja babai masa kt rumah Parents in law aku.Suka sgt tgk dia babai,rasa nak gigit je tangan kecik tu.
  8. Iman pun dh boleh angkat badan dia dan berdiri dgn berpaut pada objek.Yang ni dia baru je dapat last week.Terkejut tgk dia berpaut pada sofa dan berdiri sbb nak ambik hp babah kt atas sofa.Sayang sbb tak sempat capture that moment on camera.
  9. Iman dah paham object permanence.Klu dulu rak magazine mama tutup dgn kusyen,so Iman takkan main kt sana.Sbb bila dia tak nampak,dia assume benda tu takde.Tapi skrg,Iman akan tolak kusyen tu untuk punggah majalah2 mama yg bertimbun2 tu.Dia tau majalah tu ada di sebalik kusyen tu.
So,tu la perkembang Iman yg makin lasak skrg.Memang termengah2 mama kejar iman sana sini kt rmh.Kadang2 aku terpikir mcm ne ada org yg ada byk baby boys,Iman yg sorang ni pun aku terkejar2 bila dia asyik nak explore itu ini,masuk bawah meja,menyusur sampai dapur dan makan kertas(fav food dia skrg).Beberapa kali gk dia dapat telan serpihan kertas tu,pastu buat muka puas hati kt mama.Smlm Iman poo poo kuar cebisan kertas...risau pn ada...kelakar pun ada...
p/s: To check ur baby development click here.

Friday, September 11, 2009

Korang dh shopping raya???

Korang dh shopping raya???Aku belum lagi...weekend ni baru nak start.Tapi baju melayu Iman Mak Ngah dah belikan,wane merah.Kebetulan,hubby ada baju melayu wane merah(recycle thn lepas punya baju) dan aku pun ada kebaya merah yang dh siap beberapa bulan lepas tapi belum berkesempatan nak pakai(Sbb baju tu ditempah sblm aku mengandung,siap selepas bersalin,badan agak berisi masa tu,so tak dapat la pakai).So warna tema tahun ni.....MERAH.
Insyaallah,weekend ni nak g Mid Valley atau SOGO nak cari baju utk Iman.Aku teringin nak belikan Iman songkok utk dipakai masa raya,tp aritu try songkok kt MYDIN,saiz paling kecik pun Iman tak boleh pakai,longgar.Harap2 aku dapat cari songkok utk iman kt Jln TAR,klu xde saiz gak,Iman pakai kopiah je la raya tahun ni.
Kita dah masuk 10 hari terakhir bulan ramadhan,sama2 la kita cari malam lailatul qadar,sama2 la kita lipat gandakan amalan dan moga kita sama2 dapat keberkatan dan keredhaan-Nya.

Monday, September 7, 2009

Apa pendapat korang???

Entry kali ni takde motif apa2.Sekadar suka2 je.Last week aku kena g sekolah dan buat observation kt makmal sekolah utk selesaikan assgment.So, ni gambar kami yg control ayu sedang transfer gambar2 dan video2 yang diambil ke laptop.Kami gk sempat posing kt sekitar kawasan sekolah tu.Pastu nak cite pasal life aku skrg.Macam yg aku dh cite dulu,Iman tinggal dgn my Parents in Law(PIL). Memang aku dah biasa hantar dan ambik Iman 2 kali seminggu.Kami akan ambik Iman ari Jumaat,hantar petang Ahad.Ambik ari Rabu petang(sbb Khamis aku xde kelas),hantar balik petang Khamis.So tu la rutin kami,kami cuba ambik Iman sekerap yang boleh.Setakat ni, alhamdulillah...Iman masih kenal dan rapat dgn mama dan babah walaupn dah agak terlebih manja dgn Tok dan Tokwan.Tapi,mak aku pun slalu cakap klu tinggal dgn atok dan nenek mesti manja dia lain macam sikit,biasa la tu.
Aku penah update ttg masalah solid food Iman,dimana Iman lebih suka makan cereal dari bubur nasi.Setelah masalah tu diatasai,timbul plak masalah lain.Bila stay dgn aku,Iman akan makan bubur(mama mmg hanya kan bagi bubur je,no cereal),setengah mangkuk habis dia makan.Tapi dgn PIL aku,dia tak nak makan.So,bila kt sana,my PIL akan bagi dia makan cereal.Rasa sedih gk sbb aku tak dpt kawal benda2 mcm ni. Kalau kita jaga sendiri,senang utk tentukan apa yang kita nak utk anak kita,tp bila my PIL dah tolong jaga,takkan kita nak demand mcm2 lak.
Bulan pose ni aku tak risau sgt sbb Iman akan makan bubur lambuk tiap2 petang,suka sgt dia makan bubur tu,mayb sbb ada rasa kot.Mak Ngah(adik ipar aku) akan belikan Iman bubur lambuk setiap petang lepas balik keje.Klu hujan@jem,dia redah gk semata2 nak belikan Iman bubur...sayangnye mak Ngah kt Iman.Iman plak,bila nampak je Mak Ngah dia balik bawak bubur,dia akan ikut bontot Mak Ngah dia ke hulu ke hilir sampai dapat apa yg dia nak.
One more thing,aku nak minta pendapat korang,PIL aku minta nak jaga Iman sampai dia pandai cakap,mayb sampi umur dia 2-3 thn.Dorg cakap,klu dah pandai cakap,senang hantar kt rumah orang,dia pandai bgtau klu baby sitter tu buat apa2 kt dia.Berat sgt hati nak bagi,sampai skrg belum bagi jawapan kt dorang.Klu Ikut perancangan aku,insyaallah Januari thn depan start hantar baby sitter or nursery.Masa tu Iman dh nak masuk 10 bln,dah agak besar,harap2 tak susah sgt la org nak jaga dia masa tu.Lagipun my PIL hanya tlg jaga Iman sampi bln10 je,sbb bln 11 aku dh start cuti semester.


Wednesday, September 2, 2009

Dugaan bulan pose..

Dah hampir setengah bulan kita berpose..alhamdulillah,Allah panjangkan umur kita utk berjumpa dgn Ramadhan lagi tahun ni.Bukan sume orang berkesempatan berjumpa dgn Ramadhan dan kutip pahala yg cukup byk di bulan ni.Pakcik saudara hubby aku meninggal sehari seblm Ramadhan(alfatihah utk beliau),ni menunjukkan bila sampai ajal,kita akan dijemput oleh-Nya samada kita bersedia atau tak.
Kali ni aku nak share dugaan yg aku lalui baru2 ni.Hubby sakit batu karang dan di masukkan ke hospital.Actually dia dah ada penyakit ni sblm kami kawin,admitted to PPUM,lepas diberi ubat tahan sakit dan diperiksa,batunya sgt kecil dan blh dikeluarkan melalui air kencing.So tak perlu operation.Last year,Hubby sakit lagi.Masa tu lepas keje,alhamdullillah ada opis mate dia yg tlg bawak g hospital Putrajaya,kena masuk wad 3hari.
Dan ramadhan kali ni,penyakit tu lebih teruk.Mungkin sbb kurang minum air,sbb pose,so hanya minum air masa bersahur dan berbuka.Hubby sakit ari Khamis(27 ogos),terus g emergency sbb sakit sgt2.Lepas dicucuk ubat tahan sakit,selepas lebih kurang 1jam,hubby dibenarkan balik rumah.Ari Jumaat(28 Ogos),lepas berbuka dia sakit sekali lagi.Kali ni dia makan ubat tahan sakit,tp sampai kul11mlm sakit tak kurang.So dia terus g hospital dan ditahan di wad utk pemeriksaan lanjut.Dan subuh tu la kali pertama aku bersahur sendirian,sedih la gk.Ptg tu g tgk hubby kt hospital dan berkesempatan berbuka kt sana.Aku tak temankan hubby kt wad sbb Iman ada kt rumah masa tu,so aku duk rmh jaga Iman la.Ari Ahad(30 Ogos) hubby dibenarkan kuar dan diberi M.C sampi 4 september.Lamanye cuti....
Ari Isnin(31 Ogos),kami berbuka dgn my parents in law kt Cheras.Mlm tu dlm kul9 kitorang kuar ramai2 g KK Home Decor,sbb adik ipar aku nak tgk balang kuih raya dan mcm2 lg la.On the way balik dari KK Home decor,hubby start sakit.Kami terus ke bahagian kecemasan di Hospital Ampang,tp service di sana amatla mengecewakan.Hubby yg dlm kesakitan yg amat sgt disuruh menunggu gilirannya dipanggil.Kami akhirnya ke Hospital putrajaya,Hubby terus masuk wad kecemasan,diberi injection dan masuk wad sekali lagi.Dan malam tu aku temankan hubby tido kt wad sbb Iman dijaga oleh tok dan tokwan.Esoknya awal2 pagi aku balik rumah dan sambung tido...he3.Sgt2 tak selesa tau tido atas kerusi je sepanjang malam,tp aku rela..he3..atas nama cinta la konon.Hubby kuar hospital petang ari Selasa(1 September).
So tu la keje aku mgg lepas,kuar masuk hospital.Tapi sume ni dugaan utk aku,mesti sabar byk2 dan tabahkan hati.Harap2 hubby tak sakit lagi pasni,biar sihat2 selalu...aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...