OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Thursday, January 28, 2010

Iman cirit birit...

Nak buat pe ye???Iman dah seminggu cirit birit,bontot dia dah teruk merah2 melecet.Masalahnya aku tak tau apa punca Iman cirit birit.Dia biasa cirit birit bila nak naik bulan,nak blaja sesuatu yg baru atau bila nak tumbuh gigi,tp tak lama.Biasanya2/3 hari je.Ni dah masuk 1mgg,aku dah bawak g klinik,doktor suggest tukar susu Isomil buat sementara waktu,bila cirit birit dia dah ok,baru bagi susu yang lama.Doktor bagi zinc oxide utk nappy rash dia,tp setakat ni xde apa2 perubahan yg positif.Dah try tukar pampers dia,dari huggies pull up pant ke huggies dry yg biasa,tp nappy rash dia makin teruk.Ni nak try tukar pampers lain plak.Risau la sbb kesian kt Iman sakit bontot,nasib baik dia tak meragam sgt,cuma menangis je la bila nak cuci dgn air.
Nak buat mcm ne ye????

Friday, January 22, 2010

Happy birthday sayang......

Today is my hubby's birthday...dah tua rupanya laki aku..he3.Anyway entry ni ditujukan khas utk abg yang tersayang(chewahhh...mcm romantik la konon).Selamat hari lahir yang ke 28 tahun.Terima kasih kerana menyayangi,menjaga kami anak beranak dgn baik sekali,klu bagi grade ni blh dapat A+.
Usia perkahwinan kita baru 2thn,tp byk susah senang yg kita dah lalui bersama dari zaman kita berkawan,bercintan cintun sampai la skrg ni,dah ada anak.I really appreciate what u hav done for both of us,u sacrifice ur comfort n happiness just to make sure we have a good life,trying so hard to make us happy and u did it,we lead a happy life.Thanx for being such a GREAT husband and an EXCELLENT babah for Iman.
There is nothing much that I can give u on ur special day except praying for ur happiness n success dunia dan akhirat,moga kita kekal bersama hingga ke syurga..INSYAALLAH.
For my beloved hubby, i just want u to know that i love u so much n i am so happy that i made a decision to accept ur proposal.I wont regret it the for the rest of my life.Thanx for being such a wonderful husband.

Tuesday, January 19, 2010

Iman dah 11bulan...

Iman dah 11 bulan...sebulan lagi 1tahun...sonoknyerrr.Bila dah 11 bulan ni,apa yg anak aku pandai buat????
  1. Belum pandai berjalan,both of us cant wait to see his first step,tapi nak buat mcm ne,belum tiba masanya lagi...so tgg je la bila dia ready utk berjalan.
  2. Dah pandai buat mcm2 bunyi.Pandai cakap nanak..maksudnya taknak,mamam maksudnya makan.dan bila dia marah suka cakap....eeeeiiiiiiii.....sambil jerit kuat2.
  3. Sgt suka tgk tv(mcm mama dia).Iman blh ternganga tgk cite kartun fav dia sambil gelak sorang2.antara kartun yg dia suka Handy Manny,Pocoyo,Hi-5 dan Little Einstain.Iman pun suka sgt tgk iklan,especially iklan yg ada pompuan cantik...ikut perangai sapa tu????
  4. Sgt suka duk bawah meja...xtau la nape.
  5. Iman dah kurang makan kertas atau masukkan benda ke dalam mulut,tp dah blaja koyak majalah dan surat khabar yg ada kt rumah tu.
  6. Iman dah tak makan bubur nasi,dia suka nasi biasa je.klu buat bubur dia tak makan byk.Mesti perasan yg diri tu dh besar sgt la kot...he3.
  7. Iman dah tak blh dimasukkan dlm walker sbb dia dah pandai panjat kuar.Dah beberapa kali dia jatuh walker bln ni,nasib baik jatuh atas carpet,tak la sakit sgt,tp ttp nangis kuat2.
  8. Tabiat hisap jari masih diteruskan,tp ibu jari kanan dia mcm nak kecut asyik kena hisap je tak tentu masa.Tp mak kata tak payah risau sbb tabiat mcm ni akan hilang sendiri.
So,tu la antara kerenah Iman yg makin membesar.Harapan kami agar dia jadi anak yg baik,anak yg soleh dan sentiasa sihat.Cepat2 la 'dapat kaki',harap2 Iman b'jalan sblm usia 1thn...amin...

Friday, January 8, 2010

tension lagi.....

Alhamdulillah,masalah Iman dah boleh dikatakan selesai.Aku berjaya minta hubby pujuk babysitter tu utk terus jaga Iman,jika takde perubahan selepas 2mgg,aku akan cari babysitter lain bulan 2 nanti.Antara alasan yg aku suruh hubby cakap kt K.Ain(babysitter Iman)
  1. Iman baru baik demam dan masih selesema,mayb sbb tu dia meragam.
  2. Pastu dia baru je jaga Iman 3hari,Iman blm dapat biasakan diri sbb dah lama dia tak dijaga oleh org lain selain family.Iman perlukan masa utk biasakan diri dalam environment baru.
  3. Pastu aku suruh hubby cakap kami mmg xdpt cari babysitter dalam masa yg singkat macam ni,klu blh tlg jaga smpi hujung bulan,kami sgt menghargainya.
Alhamdulillah,K.Ain sgt bertolak ansur orangnya,dia sudi terus jaga Iman dan tgk progress dia mcm ne.So,aku harap Iman cpt biasakan diri dan seronok duk rmh babysitter sbb kt sana ada beberapa baby lain yg akan main dgn dia.Nak tau knp aku mintak hubby yang cakapkan???Salah satu sebabnya adalah kerana aku ada kelas masa tu,so hubby yg ambik Iman.Tapi sbb yg paling penting ialah muka hubby ni muka kesian,org senang simpati kt dia...he3.Penah sekali tu hubby tak jadi kena saman bila polis tu tgk muka dia,cuma pesan lain kali jgn buat lagi...

Tapi ada sedikit perkara yg aku tgh pikirkan sekarang ni.Dalam aku sibuk nak jaga Iman sendiri,rupanya aku abaikan keluarga mentua aku,abaikan perasaan dorg.Aku sebenarnya serba salah masa mula2 nak ambik Iman dari dorg,bila bgtau pada my inlaws yg aku akan hantar Iman pada baby sitter,dorg respon "mak ngan abah tak kisah,anak korang,terpulang la pada Nuar dgn Nurul nak buat pe" Tapi hakikatnya aku rasa dorg terasa dan dorg masih nak jaga Iman.Aku dgn hubby lebih selesa jaga Iman sendiri,tak nak terhutang budi, kata hubby.Dan semalam bila dorg tau yg Iman meragam kt rmh baby sitter,my inlaws mcm marah dan tak setuju Iman terus dihantar ke sana.Pada aku,meragam adalah perkara biasa pada baby yg tak biasa dijaga oleh org lain,ini adalah permulaan utk satu persekitaran yg baru bagi baby tu,dan menangis adalah salah satu cara dia protest utk menyatakan yg dia tak sukakan persekitaran baru tersebut.Tapi dia akan blaja utk adapt bila persekitaran baru tu semakin biasa pada dia.Entahla..betul@tak teori aku ni.

Lagi satu,aku rasa ini adalah permulaan yg baik utk Iman mengenali 'dunia luar' selain keluarga dia.Klu aku tak mula sekarang,nak tgg umur dia 2thn,perkara yg sama akan berlaku.Dia tetap akan menangis bila ditingggalkan kt rumah pengasuh@nursery pada beberapa hari atau beberapa mgg yg pertama.

So,tu je luahan hati aku ari ni...aku tak berniat nak menyalahkan sesiapa,aku tau my in laws sgt sygkan Iman,dorg risaukan keselamatan Iman.But Iman is my son and i love him so much too.I wont risk his safety just for the sake of my happiness.Dan aku tau aku terhutang budi dgn my inlaws yg tolong aku jaga Iman masa kami masih dlm trauma lepas iman jatuh kt rumah babysitter yg dulu...dan mereka tak minta walau sesen pun dari kami.TQ abah..mak...apa yang kami(me n hubby) pinta agar lebih memahami apa yg kami lakukan utk kebaikan bersama.

Thursday, January 7, 2010

Apa patut aku lakukan????

Tension jp bila pagi tadi bila babysitter Iman call cakap ari ni last day dia jaga iman sbb Iman asyik meragam,tak nak minum susu dan susah nak tido.Mmg buat perangai sungguh anak aku ni.Mcm ne la aku nak cari pengganti dalam masa yang terdekat ni.
Aku hantar iman kt dia ari Selasa,Rabu dan Khamis(last day).Tapi xtau knp Iman meragam teruk,K.Ain kata dia asyik merengek je...sampai org tu pun surrender tak nak jaga dia,padahal baru 3 hari dia jaga Iman.Aku rasa dia meragam sbb berada disekitar org yg dia tak familiar.Selama ni dia tgl dgn mama,babah,tok&tokwan.Bila kena tgl dgn STRANGERS mula la buat perangai.Jap lagi nak try call Taska cendekiawan kt Presint 9,tgk dorg blh accept Iman@tak.Tapi aku rasa apa yg penting skrg ialah mengenalpasti masalah knp Iman meragam mcm tu,padahal tu bukan kebiasaan dia.Iman anak yg sgt senang diurus,pandai bawak diri,pandai main2 sendiri.Dari dia lahir smpi skrg,mmg takde masalah utk uruskan dia,eventhough i hav to juggle with my studies n housework.Mayb tu tanda protes dia kot.
Kadang2 aku terpikir,cara aku tglkan dia di rumah babysitter on the first day tu salah ke????Tu yang buat dia rasa mcm mama n babah tak sayang n tglkan dia kt sana!!!!Entahla,tp mmg Iman tak biasa tgl dgn org selain family.Tapi sampai bila???Dia mesti blaja berkawan,takla asyik main sorg2 dgn toys dia je.Atau dia terlalu kecik utk cabaran yg sebesar tu???blm bersedia lagi???ENTAHLA...pening memikirkan.Klu ikutkan hati,nak je aku balik rmh skrg dan ambik Iman,biar dia rasa selamat,biar dia tau mama n babah syg kt dia.Susahnya.....

Monday, January 4, 2010

Selamat tahun baru 2010...

Apa azam aku tahun baru ni????Sebenarnya aku tak penah buat azam,he3.Tapi sentiasa berharap agar tahun yang baru ni membawa 1001 kebaikan dan keberkatan buat kami sekeluarga,dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.
Antara harapan aku di tahun baru ni...
  1. Kami sekeluarga diberi kesihatan yg baik sepanjang tahun...Insyaallah.
  2. Aku dapat melalui semester baru ni dgn baik,dipermudahkan segala urusan pembelajaran and finally pass with flying colours.
  3. Dapat baby sitter yg baik utk jaga Iman.
  4. Jadi insan yg lebih baik,menjaga solat 5 waktu,lebih rajin puasa sunat dan berharap utk buat byk2 kebaikan utk diri sendiri dan juga pada org lain..Insyaallah.
Rasanye tu je yg aku harapkan utk tahun baru ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...