OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Friday, August 27, 2010

Iman pukul anak orang.

Semalam masa hubby ambik Iman,K,Ain bgtau yg dia pukul sorang budak pompuan,menangis budak tu.Susah hati aku bila hubby cite pasal hal ni.Sblm ni dia mmg xpenah pukul@usik budak2 lain.
Arini sbb habis kelas awal,aku g ambik Iman kul2 tadi.Sembang2 la dgn K.Ain jap,dia cite Iman pukul pastu tarik rambut budak tu,melalak la budak tu nangis.Mestila nangis kan sbb sakit,sbb Iman ni klu dia pukul aku pun mmg terasa sakit gk.Budak tu dh 2bulan tak datang sana,mayb mak dia jaga kot.Kata K.Ain agaknya dia tak biasa tgk budak tu,sbb dia tak penah pukul budak lain sblm ni...entahla.Budak tu muda sebulan je dari Iman,cute jer..he3.Dapat la tgk budak tu masa ambik Iman tadi.
Tanya kat K.Ain arini dia buat lagi tak?K.Ain cakap TAK...budak tu pun arini tak berani duk dekat anak aku,duk jauh2 je.Harap2 tu la kali pertama dan terakhir Iman buat mcm tu.

Thursday, August 26, 2010

Jubah for my Iman..

Aku mencari jubah utk Iman,utk pakai raya.Jenuh google kt internet...akhirnya jumpa gk.Sgtla excited,harga pun murah RM30-35 je,saiz 0-4.Nama jubah tu jubah morocco,lengan pendek...suka sgt2....klik sini utk tgk koleksi jubah tu.Cari kelainan sikit utk raya tahun ni....

Saturday, August 21, 2010

Iman main keta control.

Pagi tadi g Metrojaya Warehouse sales kt PICC,sempat beli sepasang baju utk Iman dan keta control(yang ni babah dia yang excited nak beli...he3).Sempat duk sana tak sampai setengah jam sbb Iman buat perangai,so we all decided utk g lagi esok pagi.Pastu kami sambung shopping raya kt Mid Valley.Beli baju melayu dan sampin Iman dan baju melayu hubby.Tema baju raya tahun ni???suprise!!!Tunggula gambar raya nanti ye.
Kat bawah ni gambar Iman test power main keta control,suka sgt dia sbb kt tayar keta tu ada lampu.
Yeahhhh....saya dah pandai main keta ni....

Tuesday, August 17, 2010

Bersyukur..


Semalam lepas habis kelas kul6,aku tunggu bas nak kuar UM.Hujan sgtla lebat dan bas pun xde,kul6.20 ada bas tp dah sendat mcm sardin,so tgg next bas,kul 6.30 baru ada.Alhamdulillah dapat naik walaupun hampir separuh badan basah sbb masa tu hujan lebat dan aku yg bijak ni lupa bawak payung plak...he3.Pastu jalan nak kuar UM jem teruk,biasanya dari UM nak ke LRT Universiti tu cuma ambik masa 5-10 minit,tp disebabkan jem setengah jam baru sampai sana.Pastu kena redah hujan utk seberang jalan g LRT,nasib baik hujan dah reda sikit masa tu.Sampai kt LRT beli kuih dgn air sbb masa tu dah kul7,sure berbuka kt dalam bas punyer arini.
Aku ambik bas utk balik rumah kt Pasar Seni,biasanya ambik bas kul7,tp arini terlewat so kena tgg bas kul7.30,tp bulan pose ni bas 7.30 akan gerak kul 7.40 sbb driver dia berbuka dulu.Dalam keadaan aku yg penat(sbb kelas dari kul 8pg td),lapar(biasala...pose) dan separuh basah,adala timbu sedikit rasa down,rasa bosan bila kena melalui hari2 yg mcm ni.Mula la memikirkan kenapala aku xtau bawak keta,klu aku pandai bawak keta mesti tak melalui perkara2 yg mcm ni setiap hari(padahal bukan tiap2 hari pun aku kena hujan mcm ni...emosional plak..he3).Macam2 la aku pikir....
Tetiba aku nampak sorang budak kecik dgn mak dia turun bas,budak tu kecik je,umo lebih kurang 2thn.Pastu dorg terus redah hujan yg rintik2 tu ke LRT pasar seni.Baru aku teringat penah tgk budak tu beratur tgg bas dgn mak dia kt Putrajaya Sentral satu petang masa aku balik dari kelas.Tetiba aku rasa sayu plak,budak tu terpaksa mengharungi perjalanan jauh dari KL ke Putrajaya tiap2 hari dgn mak dia,naik bas plak tu.Pastu teringat Iman,dia xpenah kena naik bas@mana2 public transport,hidup Iman lebih baik.Walaupun aku kena travel hari2 utk g kelas,tp Iman tak perlu melaluinya dgn aku.Masa tu aku rasa yg aku ni lebih bertuah dari budak kecik dan mak dia tu.Sekurang2nya aku bawak badan sendiri je meredah hujan panas,tp pompuan tu kena dukung anak,bawak barang2 anak.Sampai pasar seni,naik LRT entah mana la rumah dorg...perjalanan dorg masih diteruskan.Dalam hati aku doakan agar Allah permudahkan perjalan diorang setiap hari...AMIN.
Aku sampai rumah kul8.15,terus buat apa yang patut.And the best part of all,hubby ku yg baik hati blm makan lagi,dia berbuka dgn kuih2 je.Dia tgg aku balik utk makan sama2....syukur Ya Allah.Kadang2 perkara mcm ni buat diri kita rasa lebih dihargai dan penat lelah seharian boleh hilang mcm tu je.Dan malam tu, dia bawak Iman tido dekat dia,tukar pampers dan bagi susu kt Iman.Aku???dah lena dibuai mimpi....

Wednesday, August 11, 2010

Cite 1st day pose...

Sewaktu entry ni ditulih,perut dah mula nyanyi lagu ADIRA..Ku ada Kamu...he3(nape specific lagu ni ye??entahla).Aku duk ngadap komputer kt lab comp sementara menunggu kelas organic chem kul 5 nanti.Sambil2 blog hopping,komen2 status org kt FB.Tu la aktiviti aku tika dan saat ini....
Nak cite pasal smlm,disebabkan cite "Benci bilang cinta" episod akhirnya petang smlm,aku cekalkan mata utk tgg ulangannya kul 11mlm.So,tamat la cite indon fav aku.Lepas ni tobat(ye ke?) tak nak mengikuti cite indon dah,terkejar sana sini semata2 xnak terlepas tgk walau 1 episod pun..he3.Begitula komitednye aku(komited tak bertempat..he3).
Habis cite tu kul12,Iman still tak tido lagi,cergas semacam.Aku decide utk masak lauk bersahur.So,campak2 je,siapla ayam masak merah.Pastu masuk bilik dgn Iman dan paksa dia tido.Yang pastinya aku pun xtau sapa tido dulu,Iman@Mama???he3...

Monday, August 9, 2010

Moment with newborn baby contest.

Nama bayi: Iman Ar-Rayyan Bin Hairulanuar
Tarikh lahir: 19 Feb 2009
Berat semasa dilahirkan: 2.95kg
Gambar diambil: 1jam selepas dilahirkan.
Nama ibu: Nurul Jamilah Nasaruddin.
E-mail: amynasar@yahoo.com

Klik sini utk join ye....

Masa ni Iman baru 1jam dilahirkan,ni pengalaman pertama menyusukan Iman.Iman pandai latch walaupun baru je lahir,bila aku bagi B kt dia,terus hisap dgn jayanya...yeahhhh.A very special moment for a first time mummy like me!

Untuk baca pengalaman aku melahirkan Iman,klik sini.



Sunday, August 8, 2010

Blaja makan sendiri..


Iman dah blaja makan sendiri sejak umo 1thn,tp asyik buat kecah je...klu dia makan sendiri,satu rumah bersepah dgn nasi.Sekarang dah makin expert makan sendiri,kurang berselerak la...
Iman ni plak susah sgt nak makan lauk,tak kira la ayam@ikan@daging.suka makan nasi kosong je.Kadang2 dia nak mkn telur,pastu sayur pun xnak makan langsung.Sgtla memilih makanan...mcm babah dia.Susah hati aku...

Iman oh Iman....


Suka sgt memanjat skrg ni....bila ditegur ,duk mencangkung jap,pastu buat balik..

Kunjungan pelajar dari UPI...


Masa kelas Kepimpinan&organisasi,kami terima kunjungan dari pelajar Universiti Perguruan Indonesia(UPI).Seronok gk bila dapat kenal dgn indon yg sgt intelektual.Cara dorang bercakap sgt la bijak,selalu diselangi dgn fakta2 yg menunjukkan dorg ni byk membaca.Betul la kata org mahasiswa Indonesia ni mmg lantang bersuara dan idea dorg bernas.Gambar2 diatas masa dorg kenalkan diri.Lepas bersoal jawab serba sedikit ttg indonesia dan kehidupan dorg,lecturer kami En.Megat adakan perbincangan ttg topik kepimpinan antara 2 negara dan dunia.
Wahhh...majoriti pendapat dari pihak dorg,sampai En,Megat cakap.."Malaysia,ada apa2 yg nak dikongsi?"..he3,sbb kami xbyk cakap.Sepatutnya sbg tuan rumah kami lebih byk bersuara.
Tapi seronok bila dapat berkongsi idea,dorg ni datang ke malaysia selama 3mgg utk program pertukaran pelajar,jadi pastinya dorg ni insan2 yg hebat2 la kan.Ada dari jurusan psikologi,sains sukan,TESL,sains komputer dan syariah.Bila ditanya bagaimana mereka dibentuk utk lantang bersuara,berani memberi pendapat,dorg kata semenjak dari sekolah rendah,mereka diajar utk berani menjawab soalan.Guru di dlm kelas bila bertanya soalan lebih menekankan kpd keberanian utk mengangkat tgn berbanding menjawab dgn jawapan yg betul.So,apa pendapat korang??sbb pelajar kita skrg ni lebih pasif di dlm kelas,suasana kt universiti pun xbyk beza kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...