OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Friday, October 29, 2010

Papa & Baby contest


Nama Papa: Hairulanuar Kamarudin
Nama Baby: Iman Ar-Rayyan
Umur: 1 Tahun 8 Bulan

Masa ni Iman baru 9 bln,pakai baju sedondon dgn babah.Baju ni ada cite tersendiri ye.Masa jalan2 kt Alamanda,babah nampak baju ni.Lama gak dia belek2,agaknya pikir nak ambik@tak sbb harga baju ni agak mahal berbanding baju2 biasa yg kami beli utk Iman.Akhirnya sbb suka sgt dgn baju ni babah pejam mata dan beli gak...he3.Sebab utama ialah babah ada baju yg similar sgt dgn baju ni.

Wednesday, October 27, 2010

Mama sorry ye....

Smlm aku ada lab organic dari pagi smpi ke ptg,kepala berserabut dgn unknown compound yg tak tahu apakah dia compound itu.Petangnya,setelah selesai sume sgt la lega.Habis lab awal sikit,kul4.30ptg(biasanya kul 5).Sampai rumah dlm kul kul6.

Pastu hubby ajak g pasar malan Bangi,beli mcm2 benda...pastu sgt teruja tgk tudung2 yg mcm2 design dan murah plak tu.Sampai rumah kul 8 mlm.Pastu aku ambik la kesempatan nak bertenet,bersosial di fb, sambil2 tu nak cari supplier sbb aku nak tambah stok baju,nak start jual kt booth plak.

Masa aku sibuk bertenet,Iman ajak main.Masa tu dia tgh main blocks dgn babah.Aku buat tak tau je,dia ajak lagi, aku cakap tgg jap ye.Beberapa kali la dia ajak aku buat xtau je.Akhirnya,tetiba je dia tarik rambut aku.Aku plak dgn spontan pukul sikit kt tgn dia.Melalak la si kecik tu.Pastu hubby cakap "Tu la dari tadi dia ajak main,buat xtau je.Pastu bila dia tarik rambut marah kt dia plak".Rasa bersalah la plak masa tu,tp ada sikt ego,terus bgn dan cakap "nak g mandi jap"

Dan selepas mandi,terus g main dgn Iman dan kiss dan hug dia.Pelan2 aku bisik kt dia "Mama sorry ye".....

Iman wif Dania

Monday, October 25, 2010

Tinggal kt bawah jambatan???

Tak dapat bayangkan mcm ne sebuah keluarga dgn seorang anak kecil berusia lebih kurang setahun tgl di bawah jambatan selama lebih kurang 4 bln...masa baca pasal kisah famili ni,menitik air mata aku.Rasa sgt2 bersyukur dgn apa yg dikurniakan Allah utk aku.Iman jauh lebih beruntung dari baby tu,ada byk mainan dan rmh yg selesa.Kisah selanjutnya baca di bawah ye...

Penghuni bawah jambatan dapat rumah baru


Keadaan rumah bawah jambatan yang didiami Hazmain sekeluarga yang turut berjiran dua lelaki di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway dekat Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Setelah empat bulan hidup dalam keadaan daif di bawah jambatan di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway dekat Sungai Besi di sini, sepasang suami isteri boleh menarik nafas lega apabila mereka akhirnya dapat berpindah ke sebuah pangsapuri sebagai kediaman baru.

Masa depan pasangan Hazmain Abdul Jalil, 28, dan isterinya, Siti Faiza Abu Bakar, 27, serta anak sulung mereka berusia setahun iaitu Siti Norafida menjadi cerah setelah nasib malang mereka mendapat simpati daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

Ahli perniagaan yang enggan dikenali itu bersetuju mewakafkan sebuah pangsapuri miliknya di Kajang Utama dekat sini untuk didiami tiga beranak terbabit setelah membaca kisah kehidupan daif mereka melalui akhbar hari ini.

Turut dibawa tinggal di pangsapuri bersama tiga beranak tersebut ialah dua lelaki pengutip barang lusuh iaitu Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dan rakannya, Tan Chee Wah, 33.

Kedua-dua mereka banyak membantu keluarga terbabit semasa sama-sama menumpang berteduh di bawah jambatan di situ.

Media hari ini menyiarkan kisah seorang pencuci bangunan, Hazmain berasal dari Sabah dan isterinya, Siti Faiza dari Johor bersama anak sulung mereka terpaksa tinggal di bawah jambatan setelah tidak mampu menyewa rumah sejak empat bulan lalu.

Episod duka kehidupan di bawah jambatan yang terdedah kepada cuaca panas, hujan dan nyamuk itu bermula selepas mereka tidak dibenarkan tinggal di kawasan setinggan di Sungai Besi.

Sementara itu, Mohd. Hafiz berasal dari Sepang, Selangor dan Chee Wah dari Serdang pula tiada tempat berteduh selepas disisih keluarga yang tidak boleh menerima hakikat mereka bekas penagih dan penjenayah.

Penderitaan kesemua penghuni bawah jambatan tersebut berakhir apabila dikunjungi oleh rombongan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO diketuai Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh hari ini.

Menurut Muhd. Khairun, pihaknya yang bersimpati dengan penderitaan tiga beranak dan dua lelaki yang menghuni bawah jambatan tersebut berusaha mencari jalan untuk membantu mereka.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur apabila tampil seorang ahli perniagaan yang prihatin telah bermurah hati menghulurkan bantuan dan mewakafkan pangsapuri miliknya untuk didiami.

"Ada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang enggan dikenali bersetuju menyerahkan pangsapurinya di Kajang Utama untuk dijadikan kediaman bagi keluarga ini dan dua lelaki berjiran dengan mereka.

"Bagaimanapun buat sementara, kita akan tempatkan mereka di Wisma Belia di sini kerana menunggu pangsapuri di Kajang Utama dibersih dan diubah suai," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat keluarga terbabit di sini hari ini.

Turut hadir Exco Pemuda UMNO Sabah, Mohd. Gasing Saling.

Menurut Muhd. Khairun, selain memberi rumah sebagai perlindungan, pihaknya akan menghantar Siti Norafida menjalani pemeriksaan kesihatan setelah ibu bapanya memaklumkan kanak-kanak itu pernah menghidap sawan dan pelbagai kompilasi penyakit lain akibat tinggal di bawah jambatan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan cuba mendapatkan pekerjaan bagi Hazmain bersesuaian dengan kebolehannya.

Mohd. Gasing pula berkata, beliau akan menghubungi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri untuk mendapatkan bantuan termasuk menyediakan tiket penerbangan pulang ke Sabah sekiranya Hazmain sekeluarga memilih berpindah ke negeri tersebut.

Friday, October 22, 2010

Kadar metabolisme aku dah makin rendah ke?

Zaman anak dara,beberapa bln sblm kawin.

Ni nak cite pasal berat badan.Dulu zaman2 remaja dan anak dara berat badan aku maintain 43 kg je,klu naik pun sesekali,tu pun xsampai 45 kg.Dengan ketinggian yang tak sampi 155 cm kira ok la berat tu.Ni gambar masa kawin,berat badan masa ni turn smpi 41 kg.Sebabnya bz uruskan wedding dgn exam serentak...he3.Aku kawin masa tgh final exam utk semester 2.

Ni selepas bersalinkan Iman.kt hospital Putrajaya.

Masa mengandung,untuk 4 bulan pertama berat hanya 43 kg,pastu utk 5 bulan yg seterusnya berat bertambah2.At the end of my pregnancy i gain 10 kg.Lepas bersalinkan Iman dan selesai berpantang,masih blm dapat berat idaman,still maintain 46 kg.sume suar jeans tak boleh pakai,kena beli yg baru,baju biasanya pakai saiz S, lepas bersalin pakai saiz M sbb segan nak pakai ketat2 nampak extra2 lemak kt badan nanti.Lagipun perut tak flat mcm dulu.

Ni masa 4 bln lepas bersalin,pipi pun tembam lagi.

Bila start kelas,alhamdulillah dalam sebulan je,everything back to normal.Dapat berat badan asal dan sume suar yg dulunya terperap je kt dlm almari dah boleh dipakai semula...sgt sonok.Tapi bila cuti semester 2bulan berat badan naik balik,tak byk la dlm 1@2 kg je.

Tp semenjak 2 menjak ni terasa yg berat badan ni cpt sgt naik,tp lambat turun.Masa cuti semester lepas,berat badan naik sampai 4 kg(dari 43 kg ke 47 kg)...ngeriii sgt rasanya.Then sampai skrg berat badan maintain 44@45 kg,susah nak turun.Hubby kata ok je,tak gemuk pun sbb dia kata klu 43 kg tu kurus sgt.

Yang menakutkan aku ialah aku rasa kadar metabolisme aku dah menurun.Dulu senang2 je klu nak turunkan berat badan,pastu makan byk pun badan still maintain.Aku ni mmg jenis kuat makan ye,bukan mcm setengah girls yg makan nasi ciput je dan aku gak jenis yg makan nasi utk lunch dgn dinner.Dulu duk rmh berbulan2 pun badan naik 1@2 kg,sekarang boleh naik sampi 4 kg...menakutkan sungguh.Faktor umur aku yg dah mencecah 28 thn ni la punca kadar metabolisma aku makin rendah.Aku plak jenis yang malas bersenam.

Kesimpulannya(he3...rasa mcm buat karangan plak) aku kena ubah cara hidup,rajin bersenam dan jaga makan(jgn main makan ikut sesuka suki je mcm skrg ni).Sebagai isteri,mesti selalu jaga kesihatan dan penampilan.Kata nenek hubby "Nuar gemuk takpe,tp Nurul mesti jaga badan elok2,Nurul tu pompuan".Badan lelaki naik saham makin tinggi ke?tp klu perempuan, berat badan naik saham turun ye.....

P/S:Bila kadar metabolisme dah makin menurun,buat aku risau utk mengandung lagi satu.Takut badan naik dan susah nak turun.Tp tgk org sekeliling tambah anak,sgtla teringin nak mengandung.Rindu moment2 bila sume org ambik berat ttg kita....sonoknyerrrr.

Thursday, October 21, 2010

Suka gambar ni...

Iman baru lepas mandi,tetiba ambik songkok dan pakai...sgt chumil!Macam2 benda baru yang dia blaja sekarang.Lebih rapat dgn hubby lately sbb mmg babah dia byk uruskan dia,aku bz sikit sejak seminggu dua ni,byk test,assgmnt nak kena hantar,lab report bagai.Nak tido je dia cari aku.

Monday, October 18, 2010

Our weekends

Last weekend,aktivitinya agak padat.Ari Jumaat tu tido kt rmh MIL,petang Sabtu baru balik rmh.Sampai rumah,cousin aku call ckp nak dtg rmh.Kelam kabut la masak apa yg patut.Buat mee kari je utk dorg.Ajak adik2 kesayangan aku join makan2 sekali.

Esoknya g jalan2 kt IKANO dgn adik aku.So layan la gambar2 ni ye.
Iman& Dania try topi kt Brand Outlet

Main2 kt food court IKEA

Kami g makan meat ball IKEA yang sedap tu,mmg sedap.Tp lama gak adik aku kena beratur,aku plak jadi baby sitter mengawasi 2 org budak kecik ni main2.

Tgk tv kt depan sekali...he3.Cian org lain kt belakang tu tak nampak.

Sunday, October 17, 2010

Blog yang aku suka baca.

Arini nak share ttg beberapa blog yang aku suka baca

1.
Miles of smiles
Ini antara blog yg inspired aku utk masuk contest.Sgt suka baca blog ni especially bila bloggernya sambung buat PHD kt UK.Suka baca kisah2 hidup dia kt sana,best bila dia compare certain2 thing ttg UK dan Malaysia.Penulis blog ni a.k.a Mama Zharfan sgt addicted dgn contest dan dia jugak dah menang byk hadiah2 yg sgt BEST.Ada antara hadiah yg dia let go sbb byk sgt hadiah yg dia menang.

2. Irin Putri&son
Sapa tak kenal Irin Putri Azmi???Pengacara TV3 yg cantik tu.Aku agak baru je follow blog dia,tak sampai setahun,tp suka baca content dia especially bila dia involved Raees(her only son for now) as one of the writer.Actually dia yg tulis entry tu,tp dia buat macam Raees yg tulis,cute kan?Irin ni mmg dah lama start blogging ni,masa dia blaja kt MMU lagi(berdasarkan pembacaan aku la).Dari dia bujang,kawin dan sekarang dah jadi mak org.Suka baca entry dia yg berkaitan Raees,tugas luar utk Majalah 3,Medic TV dan WHI.

So,sapa yg berminat blh la jenguk2 blog dorang ni.Aku mmg follow blog ni,hari2 mesti bukak punya.Ini tak bermakna blog lain xBEST ok,sume blog yg ada kt bloglist aku bukak tiap2 hari.So, jgn ada yg kecik hati ye.

Friday, October 15, 2010

Romantik.


Hubby korang romantik???Hubby aku tak romantik,klu romantik yg dimaksudkan ialah bagi bunga,slalu buat suprise,bukakkan pintu keta dan mcm2 lagi la mcm yg kita selalu tgk kt tv tu la.Tapi mmg sejak berkawan lagi dia mcm tu,so no big deal la utk aku.Sejak berkawan lagi kami mmg jarang sgt bagi hadiah utk satu sama lain,klu nak celebrate pa pe,kami selalu kuar makan dan ianya dah jadi kebiasaan sampai la saat ni.

Kadang2 aku ada la bagi hint yg aku suka satu benda,tp end up dia bawak aku kedai tu dan suruh pilih apa yg aku nak,dia bayar(tp still dapat handbag idaman tu)...hu..hu..tak romantik kan?But he is what he is,aku terima dia seadanya sebagaimana dia terima aku yg serba kekurangan ni.

Aku suka baca satu blog ni yg hubby dia sgt suka buat suprise,tiba2 ada delivary bunga smpi kt opis,padahal bukan birthday@annivesary pun.Pastu ada satu masa tu hubby dia bagi suprise hantar hadiah kt opis,bila bukak ada baju tido seksi yg cantik...best kan?

Nape aku cite pasal ROMANTIK ni?Semalam kt dlm bas,aku duk kt sblh lelaki iran(aku agak je la dia dari sana).Pastu sblm bas gerak,ada sorang pompuan ni naik,tp sume seat dah penuh,so dia berdiri je la.Lepas 5 minit camtu,mamat ni bangun dan bagi seat dia kt pompuan tu.Suka plak aku tgk.Klu lelaki melayu setakat ni la xpenah aku tengok buat mcm tu.Masa aku mengandung dulu,g kelas naik bas,beberapa kali je penah org offer tmpt duduk dorg,tu pun yg offer pompuan..he3.

Anyway,pada aku romantik ni sgt luas pengertiannya.

Aku rasa suami tu romantik bila dia sanggup tlg isteri buat keje rmh,sidai kain,vacuum,kemas rmh,masak.
Suami jugak romantik bila sanggup tlg isteri uruskan anak,basuh berak anak,main2 dgn anak.
Suami yang memahami isterinya penat dan tak demand perkara2 yg isteri tak mampu buat juga romantik.
Suami yg mengambil berat ttg isteri dan keluarga sgt romantik.
Suami yang sanggup berkorban utk kebahagiaan dan keselesaan keluarga adalah yg paling romantik.

Sebenarnya terpulang la pada diri masing2 utk menilai dan mentafsir maksud di sebalik ROMANTIK ni.Pada aku ROMANTIK ni bukan ukuran utk kebahagiaan rmh tangga, tp ia lebih kepada pemanis dlm melayari kehidupan.

Wednesday, October 13, 2010

Miles of stone: Iman @19 month

Who am I?

Its ME!

Iman dah 19 bulan@ 1thn 7 bulan.Kejap je kan masa tu berlalu,sedar2 thn depan Iman dah nak masuk 2 tahun.Keluarga kecil kami masih bertiga dan harapannya biarla setahun dua lagi kami bertiga,tp klu rezeki tu cepat,kami terima je.

Apa yg Iman pandai skrg ye???Vocab dia dah agak byk,antara perkataan yg dia blh cakap
  1. acih - terima kasih
  2. bak (mintak barang), nak, kak (bukak), jap (sekejap), ti (nanti)
  3. shoes
  4. rabbit
  5. cat
  6. car
  7. ball
  8. ayar (air)
  9. mmmmm......(bunyi mcm sedap) dia akan buat bunyi ni bila nampak aku bawak makanan nak suap dia makan.
  10. ibu (baby sitter Iman)
  11. atuh lak (jatuh plak)
  12. pi la (tepi la)
  13. go (lets go)
  14. gerger (merujuk kpd lipas,semut dan serangga yg seangkatan dgnnya...xtau la mana dapat perkataan tu)
  15. tui..tui..tui..(betul3x)
  16. He can count one,two,three....(no 4)...and then yeahhh...
  17. Satu, dua , tiga....smpi situ je.
  18. klu aku cakap A,dia cakap O, aku cakap B, dia cakap O....tak tau la nape dia suka sgt huruf O....he3
Tu la antara perkataan yg dia biasa sebut kt rumah.Pastu Iman suka sgt menyanyi skrg ni. Antara lagu yg dia pandai nyanyi...
  1. "Ibu..ibu..." (dua perkataan tu je).Pastu baru2 ni dia sambung lagi lagu tu..."ila ku uka" (bila ku berduka)...he3,di masa hadapan xtau la dia sambung nyanyi part mana plak.
  2. Pastu suka sgt lagu Little Einstein, certain2 part dia blh ikut la.Especially at the counting part (5,4,3,2,1) and the part where the character said "lets go" and the final part where all of them say "yeaaahhh".These three is his fav part through the song and he is so familiar with it, he can even sing along when its come to his fav parts.
Iman juga sgt la aktif skrg ni,nak suruk dia tido mcm nak berperang.Klu boleh agaknya nak main 24 jam.Bila paksa masuk bilik tido,dia akan angkut 2/3 mainan sekali,kononnya nak main sblm tido la tu....xde maknanya,Selalunya aku ambik mainan tu letak kt bawah dan paksa dia naik katil,tutup sume lampu dan paksa dia tido.Tapi taktik ni kadang2 menjadi,kadang2 tak jadik...he3.Dah tutup lampu gelap2 pun dia blh main keta kt atas katil,keta dia jalan atas badan mama dgn babah..special highway agaknya.

Lastly,layan pic ni,fresh from oven...Iman gayut kt meja makan.Baru sehari dua dia dapat perangai ni.

Contest pe ye???

Aku tgh berpikir nak buat contest@GA ni,tp xtau nak buat pasal pe. Aku plan nak buat contest bersempena wedding anniversary kami yg ke-3 November ni,tp xtau contest pe,klu nak buat contest wedding pic tercantik,mmg sume cantik2 la kan.

Pastu nak buat contest bersempena pembukaan blogshop aku last weekend,Rayyan's Little Wardrobe.Tapi masih terpikir apa yang patut dibuat sebagai contest...pening...pening...

Sapa ada idea???cadangan???

Hadiah dah dipikirkan..he3,mesti korang suke...so,contest apa yg patut aku buat ni???

P/s: aku ada masalah utk buat sticky post,ada sapa2 blh tolong...

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!


Masuk GA ni plak...cantiknye beg2 ni,klu menang blh tambah koleksi beg bawak g kelas....he3.

Sunday, October 10, 2010

Alhamdulillah....

Sangat2 bersyukur berjaya publish sume material utk online shop aku.Harap kawan2 sudila menjenguk dan beri la pendapat apa yg perlu diperbaiki.Aku ni baru nak bertatih,baru nak belajar berniaga.Harap2 sume berjalan lancar...AMINN.

Anda semua dijemput untuk bertandang ke Rayyan's Little Wardrobe.

Friday, October 8, 2010

Imaan dh setahun GA

Happy Birthday Imaan.
Moga Imaan jadi anak yg solehah dan jadi anak yang baik ye.Blaja pandai2 mcm Ibu.Moga Iman sentiasa sihat dan ceria selalu.
Amiin Ya Allah.......

Mom & a journey called life 1st GA


Nak masuk GA ni,harap2 blh menang...

Thursday, October 7, 2010

Aku yg emosi...he3

Hari ni bosan,tp agak emosi sikit...xtau nape..he3.So arini nak cite pasal diri aku.Pada umur 28thn,aku masih dlm proses menyelesaikan 1st degree.Kadang2 timbul rasa rendah diri bila tgk kawan2 sekolah dan yg dulu blaja sama2 kt matriks dah berjaya.Ada yang dah dpt title Dr (PHD), ada yg dah jadi medical doktor,ada yg jadi cikgu,lecturer,engineer,lawyer dan mcm2 lagi la.Tapi alhamdulillah kawan2 aku ni sumenya berjaya luar dalam,maksudnya berjaya akademik dan akhlaknya.Aku ada kawan2 yg tak penah pandang rendah pada aku,walaupun dorg tak tahu secara detail apa yg terjadi dlm hidup aku,diorang terima aku seadanya.Terima kasih kerana jadi sahabat yang sgt memahami.

Aku juga bertuah ada suami,mak dan adik beradik yang sentiasa menjadi tulang belakang aku,menyokong aku dlm segala hal.Terima kasih pada mak yang "memaksa" aku menyambung pengajian walaupun masa tu semangat utk blaja dah xde.Mak paksa aku buat surat utk sambung blaja dan paksa aku berenti keje sbb kata mak tanpa ijazah kita takkan kemana.Mak tak nak anak2 dia jadi kerani mcm mak,yang hanya blaja smpi tingkatan 5 je.Terima kasih pada adik2 yang tak pernah berkira dgn aku,sgt memahami keadaan aku.Dan juga terima kasih pada En.Suami yg sanggup hidup dgn aku,menanggung perbelanjaan aku and he is the sole breadwinner in the family.

Tp alhamdulillah,walau hubby sorang yg keje,kami xpenah rasa susah.Ada je bantuan@rezeki yg datang dari org sekeliling kami.Mungkin aku kurang dari sudut akademik,tp Allah gantikan dgn keluarga yg baik,suami yg ringan tulang,anak yg sihat dan tak byk ragam,keluarga dan mentua yg sgt baik dan kebahagiaan dan ketenangan hidup.Alhamdulillah.

Open house-Part 3

Kali ni nak cite pasal open house yang aku buat last weekend(2/10/2010).Malam sebelumnya kami g beli barang2 utk masak,pastu yang menjadi masalah ialah nak cari bekas utk isi dadih,dah pegi 3/4 kedai sume takde.Akhirnya g pasaraya SEGI,dkt dgn The Mines,dapatla jugak,tapi bekasnya besar dari yang sepatutnya...hentam je la kan,janji ada bekas.
Makanan yg disediakan,mee kari,lontong,nasi impit dan sambal,bihun goreng,agar2,dadih dan kek pisang.Air sirap.simple je menu open house aku.

So,esok pepagi lagi aku dah bangun masak,masak sorang2 plak tu.My sist keje aritu klu tak blh mintak tlg dia.Start masak kul7.30 pagi alhamdulillah kul 11.30 dah siap,pastu duk lepak2 main tenet sambil rebus nasi impit.Apa yg aku masak???Aku buat simple2 je,mee kari dgn lontong.Pastu aku dgn gatalnya g open house best friend aku,Hanan kt Puchong,kul 3 gerak g sana,makan2.Pastu kul 4.30 gerak gi rmh MIL sbb hubby mintak dia masakkan bihun goreng(aku xpandai masak mee,bihun,kuehtiaw dan nasi goreng..he3).Sampai sana terus masak,siap masak bihun kul6 ptg,pastu tgg Iman g main kt taman kanak2 dgn Tok dia....akhirnya kul6.30 kami gerak balik ke Putrajaya.
Sampi rmh dlm kul 7.15,sebaik je bukak pintu,my first guest pun sampai...he3.Kelam kabut la sbb makanan belum hidang,rumah mcm kapal karam(blm kemas..he3).Cian Jutt terpaksa menyaksikan rumak aku yg 'cantik' tu,dia siap offer nak tlg tau...he3,malu aku kt Jutt.Tapi aku suruh dia duk je tgk tv.Padan muka aku,dah tau buat open house,tp sesuka hati je g open house rmh org lain plak.Nasib baik xlama pastu adik aku smpi,tlg hidang dan potong itu ini....dlm kul7.30 everything is ready,dah blh makan.

So,open house aku secara rasminya bermula kul7.30 dan berakhir lebih kurang kul 11 mlm.TQ pada kawan2 aku Mimie,Jutt dan Hawa yg sudi datang.TQ gak pada kawan2 hubby dan sedara mara yang hadir.The best part ialah bila tgk anak mimie(Faris),anak Jutt(Aqil),Dania(my niece), Hakim(sepupu Dania) dan Iman main sama2 dlm playroom Iman yang dah tak macam playroom...mainan bersepah atas lantai,bebudak tu nak jln pun kena jengket2,langkah mainan2 tu.Dan bila masa mak2 diorang nak balik,ada yg masam muka sbb kena paksa balik...he3.Takpela nanti aunty bukak nursery ye...suruh mama hantar kt nursery aunty.

Sunday, October 3, 2010

Contest Gaya si comel berhari raya.


Contest ni dianjurkan oleh BabyIbu dan Azzamoro.

Ni la gambar yg dipertaruhkan....Nama HERO saya Iman Ar-Rayyan Bin Hairulanuar.
Umur:1 thn 7 bln.
Gambar ni diambil semasa sessi try menerai baju raya sbb mama nak jahit lengan baju dan kaki yg terlebih panjang.Bila suruh berdiri elok2,Iman xnak,so ambik je la gambar dlm keadaan yg mcm ni...he3.

Senarai penaja utk contest ni
1.BabyRuffkins
2.Gin&Jacqie
3.Myavenue888
4.Mysuperkids
5.SecretsBargains
6.Tote Boutique
7.Tupperwareville
8.Weego Bottles
9. Victoria's Secret Heaven
10.eoeonline
11.sofeababywear
12.izzabakery
13.Mahanim

Saturday, October 2, 2010

Open house-Part 2

Arini 2/10/10,aku buat open house kecil-kecilan.Sahabat,blogger dan sedara mara dijemput hadir.Majlis akan diadakan diadakan bermula 7.30 mlm sehingga 10.30 di kediaman kami di putrajaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...