OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Tuesday, June 29, 2010

Sama tak???


Ini gambar aku masa kecik,umo dlm 1thn stgh dan kt bawah ni gambar iman...sama tak??

Genting theme park


Dah lama aku tak jejak kaki ke genting,last time g sana tahun 2004 rasanye.Sabtu lepas tanpa perancangan yang rapi,kami decided utk g jln2 kt genting theme park.Kami pegi bertiga je,aku,hubby dan Iman decik.
Sepanjang perjalanan naik ke genting Iman tido,so dapatla membantu mengurangkan pening kepala yg disebabkan jalan yg bengkang bengkok.Sampai sana lebih kurang kul12.30.Terus g indoor theme park.Aku mmg xplan nak g outdoor theme park sbb hubby gayat,so dia takkan main permainan yg extreme mcm corkscrew rollercoaster dan yg seangkatan dgnnya.Main sorang2 bukan syok pun.Tiket masuk ke indoor theme park ialah rm30 seorg.Iman masuk free sbb blm capai ketinggian yg ditetapkan.Kanak2 tinggi melebihi 90cm,mesti beli tiket.
Best dan puas hati sbb kebanyakkan permainan kt indoor tu kitorang dapat main,walaupun sesetengah permainan tu kena beratur sblm dapat main,tp ok la.biasanya kena beratur tak sampai stgh jam.Nasib baik hubby sporting n sabar,dia tak merungut bila kena beratur.Klu nak cite sume aktiviti kitorg kt sana,mesti panjang lebar.So,ni antaranya la ye.

1. Kitorang naik ferris wheel,dapat tgk sekitar indoor theme park dgn jelasnya.Lama gak dia pusing dekat 10 kali,naik bosan plak duk atas tu.

2. Snowhouse...mmg best,tp tiket kena beli asing.Dewasa rm19,kanak2 rm17.Utk masuk snowhouse ni ketinggian kanak2 mestilah melebihi 72cm,Iman lebih dalam 2cm,so boleh la masuk.tp masalahnye jacket dgn glove saiz paling kecik saiz S,mmg tak muat la.Iman sarung je la jaket tu,pastu biar tangan dia kt dlm jaket sbb tak muat pakai gloves.Pastu xblh bawak kamera,ada photographer yg disediakan kt dlm tu.sekeping gambar siap cuci rm15.so overall we spend around rm100 kt snowhouse je(rm55 for ticket& RM45 for photos).
3.Antara permainan lain yg kitorang main raindeer cruise dan monorail.Monorail yg best sbb dia bawak kita pusing sekeliling indoor dan outdoor themepark.walaupun kitorg tak main kt outdoor tp dapat gk tgk permandangan kt outdoor themepark secara menyeluruh.
4.Main boling...sonok walaupun bola aku asyik masuk longkang je(mmg tak tau main pun..he3).Satu game rm6 per person.Kasut Rm3 sepasang.
5.Hubby menguji skill memanah,murah gk 12 arrows rm9 rasanya.

Banyak lagi la.Tp antara yang tak best ialah kedua2 indoor dan outdoor theme park tak stroller friendly.kami bawak stroller Iman sbb senang nak tolak dia sana sini.Lately mmg tak larat dukung dia lama2,naik lenguh tgn ni.Iman plak klu datang mood dia xnak jalan,asyik nak berdukung je.Masalahnya ialah xde tempat nak simpan stroller,klu naik ferris wheel,tgl je la stroller kt tepi tu,barang penting bawak naik sekali,nasib baik tak hilang.Tapi klu pegi lagi next time,mayb bawak sling pouch je.senang nak gerak sana sini.

Dalam kul 7 kami gerak balik,masa tu hujan dh start turun,rintik2 je.Tp persekitaran dah berkabus,sejuk plak tu.Bestnyer klu dapat tido kt sana,tp bilik dah fully book,kami try booking beberapa mgg sblmnya,tp sume dh penuh.Takpela maybe next time la yek.Apa2 pun kami sgt sonok dpt habiskan masa(dan duit..he3)together kt sana.Looking forward for another family vacation.Just the 3 of us.

Wednesday, June 23, 2010

Berdikari....

Semalam g pasar malam kt Presint 2,jumpa opismate hubby.Dia ni hubby dia keje kapal,so berbulan2 ditinggalkan.Pastu kena jaga anak sendirian.Aku cakap kt hubby,dia ni mesti tabah dan berdikari,sbb masa suami takde,sume kena buat sendiri.Balik keje penat2,kena jaga anak,takde org yg tolong.Bawak anak g klinik sorang2,klu anak meragam atau sakit,kena handle sendiri.Mesti sabar byk tu..hati mesti cekal dan kuat.
Bila compare dgn diri aku,rasanya aku lebih bertuah,lebih manja.Hubby sentiasa tlg dgn keje2 rumah dan tlg jaga anak.Bila penat blh bergilir2 jaga anak.Dan boleh dikira dgn jari berapa kali aku g klinik(masa mengandung dan utk check up Iman)berseorangan. Selalunya hubby mesti temankan.Pastu, aku ni plak xtau bawak keta,so nak g mana2 mesti hubby yg bawak,kecuali g kelas aku naik public transport..he3..naik bas(ada driver gak kan??).Aku bertuah sbb hubby sentiasa ada utk tlg aku,temankan aku.Kadang2 aku terpikir klu aku kt tmpt dia(sorang2 handle everything) mcm ne ye??mampu ke aku buat sume tu??Tp Allah takkan bagi ujian pada hambanya klu dia tau hambanya tak mampu.
So,buat masa ni,rasanya aku kena bersyukur sgt2 sbb hubby sentiasa ada utk tlg aku,bersyukur dgn kehidupan yg telah ditentukan utk aku.

Monday, June 21, 2010

Happy Father's day...


Semalam Father's day,tp arini baru sibuk nak buat entry..he3.Aku nak wish selamat hari bapa utk abah saya,Nasaruddin B.Abdullah walau kt mana pun dia berada.Moga dia sentiasa bahagia disamping org2 sekelilingnya.Aku sentiasa doakan agar abah panjang umur dan murah rezekinya.
Actually entry ni aku nak buat khas utk hubby,Babah kepada Iman Ar-Rayyan.Happy Father's Day...you're such a great babah n hubby.
Dulu masa aku nak sambung blaja,byk hal yg aku pikir.Tp Dia yakinkan aku yang "everything gonna be ok".Aku berat hati nak sambung blaja sbb aku tak nak susahkan dia(dari segi kewangan),kena tanggung perbelanjaan aku.tp dia cakap "xpe kita susah sikit skrg,nanti ayg dh habis blaja insyaallah kita senang".Hairulanuar Kamaruddin antara org yg sentiasa berdiri kt blkg aku,memastikan aku terus tegak berdiri,mara kehadapan.Dia antara org yg bersusah payah menjadi driver aku,bawak aku ke tempat2 yg perlu utk siapkan assgment.Sume tu takkan aku lupakan.
Bila Iman lahir,cabaran makin hebat,babah mesti kerja lebih kuat.Alhamdulillah rezeki kami sentiasa murah,tak pernah kami rasa kekurangan malah sentiasa berlebihan.Babah rajin tlg mandikan Iman,kemas toys yg bersepah2(sehari entah berapa kali kemas..he3)babah jugak rajin main2 dgn Iman.Tiap2 ptg,Iman mesti tgg babah dia balik pastu ikut bontot babah g sana sini.


For my beloved hubby,i am blessed to have u as my companion and Iman is lucky to hav u as his babah.You take good care of us and u try ur best to give the best for us.i am happy coz i made the right decision in marrying u and i wont regret it for the rest of my life.Hoping that our life will be blessed with lots and lots more happiness n joys.

Thursday, June 17, 2010

Mesin basuh???


Tgkla mesin basuh ni...apakah yg ada kt dalam tu???tgk gambar close-up ni plak.

Ni keje anak teruna aku la...masa aku masak,dia sibuk kerjakan washing machine kt belakang.Agaknya dia tiru apa yg biasa dia tgk aku buat bila nak basuh kain....masukkan kain kt dalam tu.Tp dia masukkan benda lain plak...he3

Wednesday, June 16, 2010

Contest Khazis Butique lagi...


Warna kegemaran saya???Saya suka warne ungu..mcm cardigan dari Khazis butik ni...cantik kan???

Kenapa saya suka warna ungu???entahla sbb saya rasa yang saya nampak cantik bila pakai kaler ni..he3(puji diri sendiri).Ungu tu kan menawan.Saya suka gambar saya yang manis bertudung ungu ni...he3.

PEACE!!!!


Iman dah pandai buat PEACE,tp 1 jari jek...he3.Tgkla gambar tu...I luv this pic,gambar ni diambik masa merehatkan otot kt R&R Ayer Keroh Melaka.

Nak cite pe ye???

Sangatla malas nak update blog,xtau nak cite pe.So,buat entry rojak la arini.Last weekend g Melaka,sonok jalan2 sbb dah lama tak g sana,tp tak puas berjalan disebabkan beberapa masalah yg xdapat dielakkan.But we are hoping that one day we can visit malacca all by ourself n visit all the places that we want to visit sesuka hati tanpa kena ikut kemahuan dan persetujuan sesiapa selain kami...he3.but we really enjoy ourself there,we stay in a very nice townhouse situated in the heart of malacca,we can even walk to jonker street and river cruise.Yang menyedihkan ialah aku xdapat naik river cruise(w/pun itulah yg diidamkan,nak naik sgt2),tak dapat naik menara taming sari dan tak berkesempatan ke taman mini malaysia dan zoo melaka.Kebanyakan tarikan utama tak dapat pegi sbb tak sampai hati nak biarkan org menunggu bila aku kena beratur utk naik boat dan menara,cuaca yg panas jugak menyebabkan aku pendamkan je hasrat nak g mini malaysia.


Cite pasal Iman plak,dia dah makin beso,makin byk mulut,makin lasak.Dia diam bila tido je,mulut dia suka membebel mcm2,kebanyakan perkara yg dibebelkan aku tak paham.Antara perkataan yg dia dh boleh cakap dan selalu cakap ialah Ball,mamam(makan),susu,nak,bukak mcm2 lagila.selain tu, kebanyakan perkataan tu kadang2 dengar sesekali je,dia pronounce secara spontan mcm klu aku membebel kt dia sbb tak duk diam,dia akan cakap"dah la tu".tengah aku tgk tv,dia dtg dan cakap "watpetu"(maksudnye buat apa tu).Klu aku cakap"Iman cepatla,jom mandi"kadang2 dia jawab"jap la".Mulut dia mmg bising sgt,kadang2 dgr dia buat bunyi macam menyanyi sorang2.Perangai memanjat dah berkurangan,tp skrg ni suka sgt berlari sana sini,pusing keliling meja dan masuk kuar bilik.Iman dgn babah pun amatlah rapat skrg ni,suka tiru apa yg babah dia buat.Pastu klu main dgn babah boleh gelak kuat2.


Rasanya tu je yg nak share utk kali ni.chaw....

Tuesday, June 8, 2010

Aku menang 4 tiket ke World of Tambun



Aku menang 4 tiket ke Lost World of Tambun bernilai RM108...sonoknyerrr.Hubby balik utk lunch td bawak naik surat utk aku,masa tu tgh grg ayam.Suruh hubby bukak sbb surat tu dari Karangkraf,mayb menang hadiah apa2.Alhamdulillah dapat gak aku tiket tu,mmg nak sgt menang tiket tu,tp ingatkan tak dapat sbb peraduan tu utk majalah Pa&Ma bulan april.Sepanjang bulan Mei tgg jawapan takde pun,so ingat mmg tak dapat.Lgpun skrg ni cuti sekolah,blh la g jalan2.Tp mgg ni nak g melaka,so kena plan mgg yang lain la.Sonok rupanye menang hadiah percuma mcm ni,dapatla g bercuti dgn bajet yg rendah sikit.

Sunday, June 6, 2010

Laksa Thai..yummy2.



Ni la pic laksa thai.Aku gi carrefor Taman Tun Hussein Onn(betui ke nama tempat ni???).Ada pesta barang2 dari thailand,makanan pun ada.Teringin nak makan Tomyam,tp dah habis,so try la laksa thai.mmg sedap..yang uniknye laksa thai ni rasa dia mcm laksa+kari+rempah sikit.Pastu kt dlm tu ada bola ikan,fish cake,ketam dan yg paling pelik ada kangkung.Pastu ada udang sekali.sedapnyerrr..lain kali blh g makan lagi.

Thursday, June 3, 2010

Dinner at Yuen's stemboat


suka sgt pic ni...budak2 decik yg chumel2...

Sessi perbincangan ibu2..

Me,Iman n hubby

My sist small family.


Mama n Iman.Aku try pakai tudung syria,mula2 nampak mcm cantik je masa try kt rumah.Pastu sampai sana adik aku cakap aku mcm bibik indon..kureng sungguh..ni yang rasa mcm nak simpan je tudung tu dlm closet.Apa pendapat korang???


Buruk lantaknye kami ni...

Seperti yang dijanjikan,ni cite pasal aku g dinner dgn adik dn cousin aku kt Yuen's steamboat.Satu kepala RM19 dan makanla sepuas2nya.Selain steamboat,restoran ni ada sediakan menu lain,ada nasi grg,mee dan bihun grg,ice cream, buah2an.Selain tu yg direbutkan oleh sume org ialah chicken wing,sampai je berebut org ambik,tak sampai 5 minit dah licin.
Aku sampi sana lewat sikit dalam kul 7.30,bebudak tu dah makan ala2 kura2(sbb dah melantak non stop dari kul 6.30 ptg).Nasib baik masa smpi sana,Iman tido dgn lenanya.Dapatla mama n babah mkn dgn sonoknye.Tapi sebenonye yg paling best ialah dapat jumpa kazen ku yg dah agak lama tak bertentang mata....selalu jumpa kt FB je...he3.Seronok dapat sembang2,dapat kongsi cite pasal anak2,maklumla kami ni ibu muda(muda ke???),byk benda yg blh blaja dari pengalaman satu sama lain.
Kul 8.30 kami dah gerak balik,hubby makan taj hengat punya..sampai t-shirt mcm dah ketat je..he3.Aku???sbb sonok bersembang,mkn sikit je.Rugi bawak org yg makan sikit mcm aku ni g buffet.tp klu bawak org mcm hubby ok la..berbaloi2..(jgn marah ye abg,bulat pun ayg tetap sayang..he3).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...