OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Thursday, November 4, 2010

Entry suka2...

Sangat la MALAS nak update blog,beberapa hari ni bz meng'upload' gambar stok baju2 yang baru.Kepada kawan2 yg nak window shopping,blh la jenguk ke sini ye. Mana yang berkenan blh la order.

Arini ada J Card member day utk JUSCO Cheras selatan,yg dkt dgn Balakong tu.So,sapa2 yg free,blh la serbu ye.Aku mcm nak pegi,tp En.Somi keje.so tgk la ptg ni mcm ne.

Dan mgg depan adalah annivesary kami yg ke-3,cepat je masa berlalu.Hadiah utk En.Somi pun belum beli,xtau nak beli apa.Selalu klu kuar pun mesti dgn dia,mcm ne la nak buat suprise.Nanti la aku buat spesel entry pasal annivesary ni OK.

Monday, November 1, 2010

Cite SERAM....

Cite seram yg melibatkan Iman buat pertama kalinya...Ini la kisahnya ye.

Smlm,lepas maghrib kami kuar jln2 kt JUSCO Equine,makan2.Dalam kul9.30 mlm kami sampai rmh.Lepas parking,hubby kemas2 keta,aku plak ngejar Iman yg jln2 kt kawasan belakang keta.Dia pegang tupperware kecik isi biskut.Tetiba dia hulurkan biskut tu ke arah depan sambil cakap "nah". Aku kt blkg Iman masa tu,tgk arah Iman hulurkan biskut tu xde sapa2.Pastu dia angkat tgn mcm nak bagi tupperware tu kt seseorang,then cakap "acih".Seram gak masa tu,tp terus ajak dia balik.Pastu dia lambai tgn dia ke arah tadi sambil cakap "ini(sini)",2@3 kali gak la mcm ajak org ikut dia.Masa tu mmg dah meremang je rasanya.Cepat2 ajak hubby naik atas.

Masa dpn pintu rmh,suruh hubby baca apa2 sblm masuk.Dia tanya kenapa,aku cakap nanti la aku cite,buat je apa yg aku suruh.Pastu,bila dah masuk rmh,baru aku berani cite kt hubby,cpt2 dia suruh mandikan Iman,takut ada benda ikut dia balik plak.Tp,alhamdulillah Iman tak meragam@mengigau.

So,korang ada pengalaman mcm ni?Ni first time la utk aku,sejak Iman dah pandai cakap sikit2,so blh paham la kan.Aku memula pikir ni IMAGINARY FRIEND dia ke?Sbb mmg ada teori yg mengatakan budak2 besar ni akan create dorg punya IMAGINARY FRIEND,tp rasanya terlalu awal utk Iman sbb dia blm 2thn pun.Entahla,mmg agak menakutkan utk aku,walaupun aku yakin yg benda2 ghaib ni wujud dan Allah tu lebih berkuasa dari segala2nya.Apa yg berlaku semua adalah dgn kehendakNya.

Wallahualam.....

Friday, October 29, 2010

Papa & Baby contest


Nama Papa: Hairulanuar Kamarudin
Nama Baby: Iman Ar-Rayyan
Umur: 1 Tahun 8 Bulan

Masa ni Iman baru 9 bln,pakai baju sedondon dgn babah.Baju ni ada cite tersendiri ye.Masa jalan2 kt Alamanda,babah nampak baju ni.Lama gak dia belek2,agaknya pikir nak ambik@tak sbb harga baju ni agak mahal berbanding baju2 biasa yg kami beli utk Iman.Akhirnya sbb suka sgt dgn baju ni babah pejam mata dan beli gak...he3.Sebab utama ialah babah ada baju yg similar sgt dgn baju ni.

Wednesday, October 27, 2010

Mama sorry ye....

Smlm aku ada lab organic dari pagi smpi ke ptg,kepala berserabut dgn unknown compound yg tak tahu apakah dia compound itu.Petangnya,setelah selesai sume sgt la lega.Habis lab awal sikit,kul4.30ptg(biasanya kul 5).Sampai rumah dlm kul kul6.

Pastu hubby ajak g pasar malan Bangi,beli mcm2 benda...pastu sgt teruja tgk tudung2 yg mcm2 design dan murah plak tu.Sampai rumah kul 8 mlm.Pastu aku ambik la kesempatan nak bertenet,bersosial di fb, sambil2 tu nak cari supplier sbb aku nak tambah stok baju,nak start jual kt booth plak.

Masa aku sibuk bertenet,Iman ajak main.Masa tu dia tgh main blocks dgn babah.Aku buat tak tau je,dia ajak lagi, aku cakap tgg jap ye.Beberapa kali la dia ajak aku buat xtau je.Akhirnya,tetiba je dia tarik rambut aku.Aku plak dgn spontan pukul sikit kt tgn dia.Melalak la si kecik tu.Pastu hubby cakap "Tu la dari tadi dia ajak main,buat xtau je.Pastu bila dia tarik rambut marah kt dia plak".Rasa bersalah la plak masa tu,tp ada sikt ego,terus bgn dan cakap "nak g mandi jap"

Dan selepas mandi,terus g main dgn Iman dan kiss dan hug dia.Pelan2 aku bisik kt dia "Mama sorry ye".....

Iman wif Dania

Monday, October 25, 2010

Tinggal kt bawah jambatan???

Tak dapat bayangkan mcm ne sebuah keluarga dgn seorang anak kecil berusia lebih kurang setahun tgl di bawah jambatan selama lebih kurang 4 bln...masa baca pasal kisah famili ni,menitik air mata aku.Rasa sgt2 bersyukur dgn apa yg dikurniakan Allah utk aku.Iman jauh lebih beruntung dari baby tu,ada byk mainan dan rmh yg selesa.Kisah selanjutnya baca di bawah ye...

Penghuni bawah jambatan dapat rumah baru


Keadaan rumah bawah jambatan yang didiami Hazmain sekeluarga yang turut berjiran dua lelaki di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway dekat Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Setelah empat bulan hidup dalam keadaan daif di bawah jambatan di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway dekat Sungai Besi di sini, sepasang suami isteri boleh menarik nafas lega apabila mereka akhirnya dapat berpindah ke sebuah pangsapuri sebagai kediaman baru.

Masa depan pasangan Hazmain Abdul Jalil, 28, dan isterinya, Siti Faiza Abu Bakar, 27, serta anak sulung mereka berusia setahun iaitu Siti Norafida menjadi cerah setelah nasib malang mereka mendapat simpati daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

Ahli perniagaan yang enggan dikenali itu bersetuju mewakafkan sebuah pangsapuri miliknya di Kajang Utama dekat sini untuk didiami tiga beranak terbabit setelah membaca kisah kehidupan daif mereka melalui akhbar hari ini.

Turut dibawa tinggal di pangsapuri bersama tiga beranak tersebut ialah dua lelaki pengutip barang lusuh iaitu Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dan rakannya, Tan Chee Wah, 33.

Kedua-dua mereka banyak membantu keluarga terbabit semasa sama-sama menumpang berteduh di bawah jambatan di situ.

Media hari ini menyiarkan kisah seorang pencuci bangunan, Hazmain berasal dari Sabah dan isterinya, Siti Faiza dari Johor bersama anak sulung mereka terpaksa tinggal di bawah jambatan setelah tidak mampu menyewa rumah sejak empat bulan lalu.

Episod duka kehidupan di bawah jambatan yang terdedah kepada cuaca panas, hujan dan nyamuk itu bermula selepas mereka tidak dibenarkan tinggal di kawasan setinggan di Sungai Besi.

Sementara itu, Mohd. Hafiz berasal dari Sepang, Selangor dan Chee Wah dari Serdang pula tiada tempat berteduh selepas disisih keluarga yang tidak boleh menerima hakikat mereka bekas penagih dan penjenayah.

Penderitaan kesemua penghuni bawah jambatan tersebut berakhir apabila dikunjungi oleh rombongan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO diketuai Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh hari ini.

Menurut Muhd. Khairun, pihaknya yang bersimpati dengan penderitaan tiga beranak dan dua lelaki yang menghuni bawah jambatan tersebut berusaha mencari jalan untuk membantu mereka.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur apabila tampil seorang ahli perniagaan yang prihatin telah bermurah hati menghulurkan bantuan dan mewakafkan pangsapuri miliknya untuk didiami.

"Ada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang enggan dikenali bersetuju menyerahkan pangsapurinya di Kajang Utama untuk dijadikan kediaman bagi keluarga ini dan dua lelaki berjiran dengan mereka.

"Bagaimanapun buat sementara, kita akan tempatkan mereka di Wisma Belia di sini kerana menunggu pangsapuri di Kajang Utama dibersih dan diubah suai," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat keluarga terbabit di sini hari ini.

Turut hadir Exco Pemuda UMNO Sabah, Mohd. Gasing Saling.

Menurut Muhd. Khairun, selain memberi rumah sebagai perlindungan, pihaknya akan menghantar Siti Norafida menjalani pemeriksaan kesihatan setelah ibu bapanya memaklumkan kanak-kanak itu pernah menghidap sawan dan pelbagai kompilasi penyakit lain akibat tinggal di bawah jambatan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan cuba mendapatkan pekerjaan bagi Hazmain bersesuaian dengan kebolehannya.

Mohd. Gasing pula berkata, beliau akan menghubungi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri untuk mendapatkan bantuan termasuk menyediakan tiket penerbangan pulang ke Sabah sekiranya Hazmain sekeluarga memilih berpindah ke negeri tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...