OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Friday, November 12, 2010

Dah daftarkan bisnes online anda???

Minggu ni aku agak sibuk,poskan baju2 customer(tak byk mana pun..he3) dan masih mencari2 courier yg paling BEST utk service penghantaran ni..selain Pos Malaysia.Sebagai org baru dlm bisnes kecik ni,banyak yg aku kena blaja.

Anyway,nak cite pasal topik di atas.Pada kawan2 yg buat bisnes online ni,sudahkan anda mendaftarkan bisnes anda di SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia)?Aku BELUM lagik...he3.Pagi ni sibuk meng'GOOGLE' sana sini pasal pendaftaran perniagaan,setelah penat dan tak dapat jawapan yg diingini,akhirnya call SSM...he3(sepatutya dari awal lagi terus call je).

Sangatla puas hati dgn jawapan yg diberi.Kata pegaawai yg bertugas,bisnes online mesti didaftarkan.Proses pendaftaran sgt la mudah,blh g kaunter@buat online.Tp dia suggest suruh g kounter sbb online registration xde nombor apatah...aku xingat(sorry).Klu daftar kt kaunter,blh siap on the spot.Bayar RM 70 je,kira murah la kan.Kt Putrajaya ni,blh g kaunter kt KPDNHEP,utk perdaftaran perniagaan setiap Isnin dan Selasa.Ni website SSM ye pada sapa2 yg berminat nak daftar perniagaan.KLIK SINI

Ok ni je nak share arini.Have a nice day!

Thursday, November 11, 2010

Iman's 'artwork'

Iman sgt suka main lekat2 sticker,tp ni la first time dia buat "kerja" sendiri.Biasanya aku tlg tanggalkan sticker tu,pastu bagi kat dia,dia pun lekat kt mana yg dia suka.Just nak share gambar2 ni....

Lekat sticker sambil tgk TV


Mama suruh lekat kt kertas la,bukan kt carpet.


Carpet yg ber'stickers'


Akhirnya...ni la hasilnya.

Aku rasa main lekat2 stickers ni aktiviti yg baik utk toddlers and kids.Selain dapat meningkatkan koordinasi saraf motor (sbb byk guna tgn&jari) dorg mmg enjoy buat benda ni.Lagipun sticker ni murah je,blh beli byk2...he3.Aku mula ajar Iman main lekat sticker ni inspired dari kawan aku Puan Suraya(Lunatots) dan Puan Farah(SaraKids) yg rajin buat aktiviti mcm ni dgn anak2 diorg.So,sapa yg blm try,cubalah.Your kids will definitely enjoy it.Memula mmg agak susah utk dorg lekatkan stickers tu pada kertas,but they learn very fast.Kejap je dorg dah pandai buat sume tu.So,TRY la ye....

Tuesday, November 9, 2010

Happy 3rd anniversary to US....

Entry ni special bersempena wedding anniversary kami yang ke-3.Alhamdulillah,Allah panjangkan umur kami untuk bersama2 hingga la ke hari ini dan doa kami moga hubungan ni kekal hingga ke SYURGA...Insyaallah.

Tempoh perkenalan kami agak lama,lebih kurang 3 tahun.Banyak gak dugaan masa bercintan cintun ni.Biarla jadi kenangan terindah utk aku je.Tapi yg aku nak share ialah masa kami kenal hubby hanya pakai moto je.So ke hulu ke hilir naik moto.Aku takkan lupa pengalaman berenti kt bawah jambatan bila hujan,tayar pancit,basah kuyup kena hujan pastu patah balik rumah,tak jadi kuar dating sbb basah kena hujan...he3.Penah gak hubby tolak moto masa balik keje sbb minyak habis dan xde stesyen minyak kt kawasan tu.Sume tu kami akan ingat sampai bila2.Alhamdulillah,FIL belikan hubby keta wira 2nd hand lebih kurang setahun sblm kami kawin.Keta ni la yg berkhidmat utk kami sehingga hari ni.

Kemudiannya, pada birthday aku yg ke-24 keluarga hubby datang merisik,hantar cincin tanda je.Lebih kurang setahun selepas tu,bertarikh 10 November 2007 aku telah bertukar status menjadi isteri kepada Hairulanuar Kamarudin.Kami berkahwin masa hubby baru setahun bekerja,majlis kami sgt sederhana tapi meriah.Kenduri hanya dibuat sebelah pihak perempuan sahaja,so kawan2 hubby pun sume dtg ke kampung aku utk attend the wedding.Gambar2 kawin sgtla sederhana,takde outdoor fotoshoot,gambar mcm org dulu2,kt dlm rumah je...he3.Tapi aku ttp suka tgk gambar tu berulang2 bebila free.Aku cakap kt hubby,insyaallah klu murah rezeki aku teringin nak buat outdoor fotoshoot pakai baju pengantin pada anniversary yg akan datang,entah tahun bila insyaallah satu hari akan jadi kenyataan sbb aku tau hubby akan berusaha utk merealisasikannya.Utk pengetahuan sume,aku bertunang tak sampai 1jam.Pagi sblm akad nikah,aku bertunang kul 10.30pg dan lebih kurang kul 11 pg kami selamat diijabkabulkan.6 bulan selepas tu,aku disahkan mengandung.Happy tapi pada masa yg sama agak risau sbb aku masih di tahun ke-2 pengajian dan hubby sorang je yg bekerja.Tapi,alhamdulillah Allah permudahkan segalanya utk kami.

Buat abg,ayang tau abg berkorban banyak perkara utk ayg dan Iman.Keta idaman abang menjadi sekadar impian sbb pikirkan ayg yg belajar,abang impikan kamera DSLR mcm yg org pakai skrg ni,tp terpaksa dipendamkan sbb ianya diluar kemampuan kita,klu ada duit pun abg kata baik beli barang Iman.Ayang tak mampu nak hadiahkan apa2 melainkan janji utk menjadi isteri yang terbaik,mama yg terbaik utk anak2 abg...insyaallah.

Sunday, November 7, 2010

Jalan2 ke I-City

Ari Jumaat,kul 8.30 kami gerak ke I-City.Tak penah sampai sana,so melilau gak la cari jalan,tp tak sesat....alhamdulillah.Jem teruk masa kt simpang nak kuar highway ke I-City.Pastu sebijik keta kena bayar RM 10 utk masuk ke sini.First time jejakkan kaki ke I-City ni nampak byk lampu berbagai2 bentuk,pastu cari la apa yg specialnya I-City ni,xde pa pe selain lampu2...he3.Tapi mmg ramai giler org kt sana.So,layan la gambar2 kami kt sana ye.

Friday, November 5, 2010

J Card Day,Jusco Cheras Selatan.

Semalam,lepas hubby balik keje,tercapai gk la hasrat nak g J Card day.Ramai gak org shopping,sampai penuh2 trolley,takut aku tgk.Kami hanya beli 2 benda je kt sana,xde keperluan utk berbelanja byk2,walaupun murah2 sumenye.

Setelah setengah jam mengorek2 apa yg patut,dapat la sepasang baju Iman.Dua2 ada 70%, so total cost utk sepasang baju hanya RM 32 sahaja.Sangat puas hati.Pastu hubby beli pembersih udara@air purification,Harga asal RM 168,selepas 70% diskaun tgl RM 50.40 sahaja.Tu je la 'tangkapan' kami kt sana.

Gambar ihsan Mr.Google

Masa aku serbu baju2 kt Jusco,hubby bawak Iman main2 kt tempat game.So tgk je la gambar2 ni ye
Angkasawan kecik kuar dari capsule...he3

Sapa yg main sebenarnya ni???he3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...