OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Friday, October 2, 2009

Rindunyerrr kt Ta'ayah..

Tak tau nape aku tulih entry ni..he3.Tetiba rasa rindu plak kt nostalgia2 yang berlaku kt Sek Raja Perempuan Ta'ayah.Aku adalah antara student SPM batch 1999.Batch kitorang ni special sikit sbb jumlah student yg ambik SPM thn tu pun 99 orang gak,pastu keputusan SPM tahun kitorang paling gempak sbb sume 99 org calon SPM dapat pangkat 1.Pengetua siap umumkan cuti sehari tau,tp bukan kitorang pun yg dapat cuti tu,sbb dah habis sekolah dah masa tu.
Banyak kenangan pahit manis yang berlaku kt sana.Maklumla,ada antara kami yang umur baru 13 thn,blaja hidup berdikari kt asrama.Dari form1 sampi form 5,SERATA byk mengajar kami erti kehidupan.Antaranya mandi kt toilet(masa takde air),angkut toiletries ke toilet kawasan sekolah sbb asrama takde air,bangun seawal kul5 pagi utk mandi,datang awal utk tiru keje rmh kawan(tq cupin sbb slalu bagi tiru keje rmh add math)he3...mcm2 lagi la.
Kt Ta'ayah,kami dididik penuh disiplin(kdg2 tak berdisiplin gk..he3).Yang paling penting bagi aku ialah Ta'ayah adalah tempat aku blajar ilmu agama yang kini susah utk aku blaja kt luar.Bersyukur sgt berpeluang blaja kt sek agama sbb asas pendidikan yang penting tu dah tertanam dalam diri.So,bila berhadapan dgn dunia luar,walau aku pernah sedikit tersasar,tp aku masih ingat jalan pulang.Rasanya tak terbalas jasa2 cikgu2,ustaz dan ustazah yang byk mendidik aku dan kawan2 hingga kami mencapai apa yang kami ada sekarang.
Masa kt ta'ayah dulu,kita mmg mcm budak2,pemikiran tak matang.Perkara kecik slalu diperbesarkan hingga kadang2 sampai bergaduh dgn rakan sekelas.Tapi bila dipikirkan balik sekarang,nak tergelak pun ada.Especially incident malam sblm perlantikan pengawas baru.Haru biru sekolah dibuatnya.Masa tu kita sama2 emosi,tak rasional langsung.Tapi kita dah diajar utk saling memaafkan kesalahan org lain dan akhirnya kita kembali mcm biasa,mcm peristiwa tu tak pernah berlaku.
Bila la nak buat reunion utk batch kita ye???mesti best klu dpt jumpa kawan2 yg dah beranak pinak,mesti byk cite yg nak dikongsi.Klu kita buat reunion,mesti dapat tgk byk baby2 yg kiut2,pastu hubby2 yg muka kebosanan tgg isteri yg excited jumpa kengkawan..he3.Entah2 ada antara ex-ta'ayah yg sangkut dgn ex-izzuddin..

1 comment:

  1. gamai jer budak taa'yah yg blogger..try la carik..sure diorg nk reunion..(taa'yah dekat jer dgn uma ku..-tp dkat lg izzuddin..) hihii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...