OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Friday, January 8, 2010

tension lagi.....

Alhamdulillah,masalah Iman dah boleh dikatakan selesai.Aku berjaya minta hubby pujuk babysitter tu utk terus jaga Iman,jika takde perubahan selepas 2mgg,aku akan cari babysitter lain bulan 2 nanti.Antara alasan yg aku suruh hubby cakap kt K.Ain(babysitter Iman)
  1. Iman baru baik demam dan masih selesema,mayb sbb tu dia meragam.
  2. Pastu dia baru je jaga Iman 3hari,Iman blm dapat biasakan diri sbb dah lama dia tak dijaga oleh org lain selain family.Iman perlukan masa utk biasakan diri dalam environment baru.
  3. Pastu aku suruh hubby cakap kami mmg xdpt cari babysitter dalam masa yg singkat macam ni,klu blh tlg jaga smpi hujung bulan,kami sgt menghargainya.
Alhamdulillah,K.Ain sgt bertolak ansur orangnya,dia sudi terus jaga Iman dan tgk progress dia mcm ne.So,aku harap Iman cpt biasakan diri dan seronok duk rmh babysitter sbb kt sana ada beberapa baby lain yg akan main dgn dia.Nak tau knp aku mintak hubby yang cakapkan???Salah satu sebabnya adalah kerana aku ada kelas masa tu,so hubby yg ambik Iman.Tapi sbb yg paling penting ialah muka hubby ni muka kesian,org senang simpati kt dia...he3.Penah sekali tu hubby tak jadi kena saman bila polis tu tgk muka dia,cuma pesan lain kali jgn buat lagi...

Tapi ada sedikit perkara yg aku tgh pikirkan sekarang ni.Dalam aku sibuk nak jaga Iman sendiri,rupanya aku abaikan keluarga mentua aku,abaikan perasaan dorg.Aku sebenarnya serba salah masa mula2 nak ambik Iman dari dorg,bila bgtau pada my inlaws yg aku akan hantar Iman pada baby sitter,dorg respon "mak ngan abah tak kisah,anak korang,terpulang la pada Nuar dgn Nurul nak buat pe" Tapi hakikatnya aku rasa dorg terasa dan dorg masih nak jaga Iman.Aku dgn hubby lebih selesa jaga Iman sendiri,tak nak terhutang budi, kata hubby.Dan semalam bila dorg tau yg Iman meragam kt rmh baby sitter,my inlaws mcm marah dan tak setuju Iman terus dihantar ke sana.Pada aku,meragam adalah perkara biasa pada baby yg tak biasa dijaga oleh org lain,ini adalah permulaan utk satu persekitaran yg baru bagi baby tu,dan menangis adalah salah satu cara dia protest utk menyatakan yg dia tak sukakan persekitaran baru tersebut.Tapi dia akan blaja utk adapt bila persekitaran baru tu semakin biasa pada dia.Entahla..betul@tak teori aku ni.

Lagi satu,aku rasa ini adalah permulaan yg baik utk Iman mengenali 'dunia luar' selain keluarga dia.Klu aku tak mula sekarang,nak tgg umur dia 2thn,perkara yg sama akan berlaku.Dia tetap akan menangis bila ditingggalkan kt rumah pengasuh@nursery pada beberapa hari atau beberapa mgg yg pertama.

So,tu je luahan hati aku ari ni...aku tak berniat nak menyalahkan sesiapa,aku tau my in laws sgt sygkan Iman,dorg risaukan keselamatan Iman.But Iman is my son and i love him so much too.I wont risk his safety just for the sake of my happiness.Dan aku tau aku terhutang budi dgn my inlaws yg tolong aku jaga Iman masa kami masih dlm trauma lepas iman jatuh kt rumah babysitter yg dulu...dan mereka tak minta walau sesen pun dari kami.TQ abah..mak...apa yang kami(me n hubby) pinta agar lebih memahami apa yg kami lakukan utk kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...