Dah lama aku tak jejak kaki ke genting,last time g sana tahun 2004 rasanye.Sabtu lepas tanpa perancangan yang rapi,kami decided utk g jln2 kt genting theme park.Kami pegi bertiga je,aku,hubby dan Iman decik.
Sepanjang perjalanan naik ke genting Iman tido,so dapatla membantu mengurangkan pening kepala yg disebabkan jalan yg bengkang bengkok.Sampai sana lebih kurang kul12.30.Terus g indoor theme park.Aku mmg xplan nak g outdoor theme park sbb hubby gayat,so dia takkan main permainan yg extreme mcm corkscrew rollercoaster dan yg seangkatan dgnnya.Main sorang2 bukan syok pun.Tiket masuk ke indoor theme park ialah rm30 seorg.Iman masuk free sbb blm capai ketinggian yg ditetapkan.Kanak2 tinggi melebihi 90cm,mesti beli tiket.
Best dan puas hati sbb kebanyakkan permainan kt indoor tu kitorang dapat main,walaupun sesetengah permainan tu kena beratur sblm dapat main,tp ok la.biasanya kena beratur tak sampai stgh jam.Nasib baik hubby sporting n sabar,dia tak merungut bila kena beratur.Klu nak cite sume aktiviti kitorg kt sana,mesti panjang lebar.So,ni antaranya la ye.
1. Kitorang naik ferris wheel,dapat tgk sekitar indoor theme park dgn jelasnya.Lama gak dia pusing dekat 10 kali,naik bosan plak duk atas tu.
2. Snowhouse...mmg best,tp tiket kena beli asing.Dewasa rm19,kanak2 rm17.Utk masuk snowhouse ni ketinggian kanak2 mestilah melebihi 72cm,Iman lebih dalam 2cm,so boleh la masuk.tp masalahnye jacket dgn glove saiz paling kecik saiz S,mmg tak muat la.Iman sarung je la jaket tu,pastu biar tangan dia kt dlm jaket sbb tak muat pakai gloves.Pastu xblh bawak kamera,ada photographer yg disediakan kt dlm tu.sekeping gambar siap cuci rm15.so overall we spend around rm100 kt snowhouse je(rm55 for ticket& RM45 for photos).
3.Antara permainan lain yg kitorang main raindeer cruise dan monorail.Monorail yg best sbb dia bawak kita pusing sekeliling indoor dan outdoor themepark.walaupun kitorg tak main kt outdoor tp dapat gk tgk permandangan kt outdoor themepark secara menyeluruh.
4.Main boling...sonok walaupun bola aku asyik masuk longkang je(mmg tak tau main pun..he3).Satu game rm6 per person.Kasut Rm3 sepasang.
5.Hubby menguji skill memanah,murah gk 12 arrows rm9 rasanya.
Banyak lagi la.Tp antara yang tak best ialah kedua2 indoor dan outdoor theme park tak stroller friendly.kami bawak stroller Iman sbb senang nak tolak dia sana sini.Lately mmg tak larat dukung dia lama2,naik lenguh tgn ni.Iman plak klu datang mood dia xnak jalan,asyik nak berdukung je.Masalahnya ialah xde tempat nak simpan stroller,klu naik ferris wheel,tgl je la stroller kt tepi tu,barang penting bawak naik sekali,nasib baik tak hilang.Tapi klu pegi lagi next time,mayb bawak sling pouch je.senang nak gerak sana sini.
Dalam kul 7 kami gerak balik,masa tu hujan dh start turun,rintik2 je.Tp persekitaran dah berkabus,sejuk plak tu.Bestnyer klu dapat tido kt sana,tp bilik dah fully book,kami try booking beberapa mgg sblmnya,tp sume dh penuh.Takpela maybe next time la yek.Apa2 pun kami sgt sonok dpt habiskan masa(dan duit..he3)together kt sana.Looking forward for another family vacation.Just the 3 of us.