OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Wednesday, May 13, 2009

Alhamdulillah sume selamat...


Kat sini aku nak cite sikit pengalaman aku bersalin.Aku mula sakit ari rabu dlm kul 12 mlm tp mlas nak g hospital,tahan je la.masa tu kontraksi dah agak kerap.esoknya (khamis) kul 10.30 aku g hospital,doktor kata kontraksi dh setiap 10mnt.aku kena duk wad,tp nak jadi cite masa tu xde katil kosong,sume penuh.doktor suruh tgg kt bilik tv smpi ada katil kosong dorg akan panggil.disebabkan xde katil dan rmh aku plak cuma 5mnt je dari hospital,aku mntak balik kt doktor tu.walau berat hati,dia terpaksa bagi aku balik sbb xde tempat untuk aku berehat.tp dia pesan klu sakit makin kerap atau pecah air ketuban cpt2 dtg hospital.tp aku tak terus balik rumah,aku ajak hubby g jusco.jalan2 tgk barang baby,walau sakit tp aku tahan je.kononnya dgn harapan byk berjalan senang bersalin nanti…he3.(mitos atau benar…enthla)

Dlm kul 1 ptg,aku smpi rmh.sakit makin kerap.petang tu dlm kul 6.30 terus g hospital.tp nurse kt kaunter tu ckp dorg tak dpt terima any patient sbb wad dh penuh,xde katil kosong.masa tu aku dh plan nak g hospital serdang.tp doktor yg check aku ptg td terus suruh accept.setelah diperiksa,baru bukak 4cm.doktor tu terus pecahkan air ketuban aku,dia kata untuk cptkan bukaan servik.masa tu dh kul 8 mlm.doktor tu kata untuk first baby biasanya bukaan 1cm untuk 1jam,so dia kata jangkaan aku bersalin kul 2pagi.masa tu tuhan je yg tau perasaan aku,dengan rasa sakit yg taktau nak describe mcm ne,kena plak tgg 6jm lg.

dari kul 8-9 mlm,aku duk kt labour room menahan sakit yg hanya tuhan je tau peritnya.nurse tu suruh sedut gas untuk tahan rasa sakit,tp aku tak blh sedut sbb setiap kalisedut rasa mcm nak muntah.so terpaksa tahan je la.masa tu aku doa dlm hati..ya allah percepatkanlah proses bersalin aku ni.permudahkanlah ia.berikan aku semangat,kekuatan dan kesabaran untuk melaluinya.masa tu hubby aku pn ada kt sblh,walaupn dia ngelabah semacm(maklumla first experience),tp dia try to be cool,sabarkan aku,bg kekuatan kt aku.

dlm kul 9.30 aku terasa nak terberak sgt,hubby aku cpt2 panggil nurse.dia pn terkejut yg bukaan aku dh smpi 8cm.dlm kul 10 mlm jadi 10cm dn aku start meneran untuk kuarkan baby.beberapa percubaan awal aku tak berjaya,asyik tersedut baby masuk dlm balik sbb tak pandai sustain nafas.tapi alhamdulillah percubaan terakhir aku berjaya dgn sokongan suami dan nurse2 yg ada kt bilik bersalin tu.dorg mcm cheerleader bg semangat kt aku suruh teran,bila baby berjaya dikeluarkan,dorang bersorak ramai2.masa tu ada 4 nurse dlm labour room tu.

alhamdulillah,aku selamat dan baby iman pn sihat.Iman Ar-Rayyan selamat dilahirkan pada 19 Feb 2009.bersyukur pd Allah atas kurniaan-Nya.kini aku dh bergelar mama.kehadiran Iman Ar-Rayyan melengkapkan kehidupan kami suami isteri.

1 comment:

  1. pengalam indah yang tidak dapat dilupakan... terutama nye bagi ibu kepada anak first!

    tahniah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...