OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Wednesday, September 2, 2009

Dugaan bulan pose..

Dah hampir setengah bulan kita berpose..alhamdulillah,Allah panjangkan umur kita utk berjumpa dgn Ramadhan lagi tahun ni.Bukan sume orang berkesempatan berjumpa dgn Ramadhan dan kutip pahala yg cukup byk di bulan ni.Pakcik saudara hubby aku meninggal sehari seblm Ramadhan(alfatihah utk beliau),ni menunjukkan bila sampai ajal,kita akan dijemput oleh-Nya samada kita bersedia atau tak.
Kali ni aku nak share dugaan yg aku lalui baru2 ni.Hubby sakit batu karang dan di masukkan ke hospital.Actually dia dah ada penyakit ni sblm kami kawin,admitted to PPUM,lepas diberi ubat tahan sakit dan diperiksa,batunya sgt kecil dan blh dikeluarkan melalui air kencing.So tak perlu operation.Last year,Hubby sakit lagi.Masa tu lepas keje,alhamdullillah ada opis mate dia yg tlg bawak g hospital Putrajaya,kena masuk wad 3hari.
Dan ramadhan kali ni,penyakit tu lebih teruk.Mungkin sbb kurang minum air,sbb pose,so hanya minum air masa bersahur dan berbuka.Hubby sakit ari Khamis(27 ogos),terus g emergency sbb sakit sgt2.Lepas dicucuk ubat tahan sakit,selepas lebih kurang 1jam,hubby dibenarkan balik rumah.Ari Jumaat(28 Ogos),lepas berbuka dia sakit sekali lagi.Kali ni dia makan ubat tahan sakit,tp sampai kul11mlm sakit tak kurang.So dia terus g hospital dan ditahan di wad utk pemeriksaan lanjut.Dan subuh tu la kali pertama aku bersahur sendirian,sedih la gk.Ptg tu g tgk hubby kt hospital dan berkesempatan berbuka kt sana.Aku tak temankan hubby kt wad sbb Iman ada kt rumah masa tu,so aku duk rmh jaga Iman la.Ari Ahad(30 Ogos) hubby dibenarkan kuar dan diberi M.C sampi 4 september.Lamanye cuti....
Ari Isnin(31 Ogos),kami berbuka dgn my parents in law kt Cheras.Mlm tu dlm kul9 kitorang kuar ramai2 g KK Home Decor,sbb adik ipar aku nak tgk balang kuih raya dan mcm2 lg la.On the way balik dari KK Home decor,hubby start sakit.Kami terus ke bahagian kecemasan di Hospital Ampang,tp service di sana amatla mengecewakan.Hubby yg dlm kesakitan yg amat sgt disuruh menunggu gilirannya dipanggil.Kami akhirnya ke Hospital putrajaya,Hubby terus masuk wad kecemasan,diberi injection dan masuk wad sekali lagi.Dan malam tu aku temankan hubby tido kt wad sbb Iman dijaga oleh tok dan tokwan.Esoknya awal2 pagi aku balik rumah dan sambung tido...he3.Sgt2 tak selesa tau tido atas kerusi je sepanjang malam,tp aku rela..he3..atas nama cinta la konon.Hubby kuar hospital petang ari Selasa(1 September).
So tu la keje aku mgg lepas,kuar masuk hospital.Tapi sume ni dugaan utk aku,mesti sabar byk2 dan tabahkan hati.Harap2 hubby tak sakit lagi pasni,biar sihat2 selalu...aminnn...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...