OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Monday, September 28, 2009

Hari Raya..Part2

Iman penat beraya
Kali ni nak cite raya kami di Perak.kami bertolak dari KL kul 7.30pg hari raya kedua.Alhamdulillah,dipermudahkan perjalanan kami,selamat sampai di kampungku...Teluk Intan pada jam10.30pg.Hubby bawak keta sgtla santai...bila tanya"Nape slow je bawak keta ni??"pertanyaan aku yg dah tak sabar2 nak sampai kampung..he3.Dia cakap"Buat pe nak terkejar2,bawak laju2.bawak pelan2 pun sampai gk"Dia cakap mcm tu sbb dia dah dapat sambut raya dgn parents dia..he3 aku ni tgn mak pun belum cium lagi tau.Sayu sebenarnya..tahun ni first time tak dapat cium tgn mak di pagi raya.
Bila aku sampai je,mak aku meluru kuar...ingatkan nak peluk aku..rupanya ambik cucu dia dulu.Rindula tu,kali terakhir dia jumpa Iman masa Iman umur 4bln stgh,skrg dah 7bln.Iman plak dah kenal orang,bila opah dukung,dia tgk mcm tak kenal je "sapa ni???" Pastu terus nangis kuat2.Tapi alhamdulillah,lepas kira2 2 jam Iman dah boleh main dgn sume orang,sapa2 dukung pun takpe.Sebelah petang,barulah kami kuar berziarah ke rumah sedara mara,destinasi terakhir ialah rumah "ONYANG" Iman(opah aku).Suka sgt dorg tgk Iman,ada diantara sedara mara aku yang 1st time tgk Iman.Sume kata muka sejibik cam aku...mesti la...anak mak la katakan.Lepas penat beraya,kitorang g jln2 kt GIANT yang agak baru gk dibuka.Pastu balik rumah.
Esoknya,g rmh terbuka mak mentua adik aku.Pastu g jalan rumah orang sana sini...bila penat,balik rumah dan tido.he3.So tu la cite raya aku.Tapi mmg best balik kg,kebetulan buah rambutan kt sekeliling rumah dah byk yang masak.So petang2 kitorang panjat pokok kutip buah yang merah2 dan manis2.Masing2 kena gigit kerengga sana sini.
P/S:Punya la sibuk raya sana sini sampai satu gambar pun tak ambik masa kt kampung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...