OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Friday, July 31, 2009

Ustaz Iman with Mama..

Jalan2 kt JUSCO,beli kopiah.Pastu terus pakai.

Weekend aritu belikan Iman kopiah.Dia suka sgt pakai kopiah tu,dia biar je benda tu kt atas kepala.
Kt rumah pn pakai kopiah gk.
Iman pakai baju pink(blh ke boy pakai baju pink?),So pki kopiah nampak la mcm boy...

Notty Iman dah nak terjatuh,tak tau duk diam.


Mana kopiah Iman???



Monday, July 27, 2009

Mama yg dlm kesedihan...

Iman a few days after the incident

Sedih tapi kena tabah...Itulah yg aku kena buat skrg ni.Dari ari Jumaat smpi ahad,aku n hubby berkampung kt rmh mak mentuaku.Ptg Ahad tu,bila nak balik tak dpt nak tahan air mata,nangis kt depan my in-laws.Malunya...biasanya aku tahan je,kt dlm keta baru nangis.But this time i cant hold myself together.Mcm kata Raja Atikah(dlm comment dia) tak dpt bayangkan mcm ne tido mlm tanpa anak.Bukan nak minta simpati,cuma menyuarakan rasa hati.Hanya insan yg bergelar Ibu,mama,Ummi(sesapa yg dh ada anak) je yg paham apa yg aku lalui.
Anyway,aku mmg nak cepat2 cari baby sitter or nursery utk jaga Iman.Any friends yg duk kt Putrajaya yg ada apa2 cadangan(for good nursery) atau kenal sesapa yg sesuai utk aku pertanggungjawabkan anak aku,plz help me.
P/s: Sebatang gigi Iman bhgn bawah dh mula nak tumbuh.Skrg bila dia senyum dh nampak gigi tu.Miss my baby a lot....

Friday, July 24, 2009

Pic Iman lebam2




Buat kawan2(blogger yg nak tgk gambar Iman lebam2) ni la gambarnya.Tp tak clear sgt coz ambik dgn phone camera.Anyway,aku n hubby mmg dh buat buat police report.Bukan nak menutup pintu rezeki sesiapa atau menganiayai sesapa,tapi utk kebaikan sume.Pada aku klu polis dapat buktikan yg dia tak mampu utk jaga baby,dia cuai dan lalai,ini akan dapat selamatkn baby lain yg dia jaga so that xjadi mcm Iman.Tak sanggup rasanya nak tgk anak org lain plak yg jadi mangsa.Sekarang kes ni masih dlm sisatan,apa2 perkembangan aku akan update nanti.
Tentang Iman plak,dia ada sedikit trauma.Tido pn kadang2 terkejut tetiba,pastu tgh tido tetiba je dia nangis.Dia gk skrg lebih memerap dgn mama or babah,xboleh kena tgl sorang mesti dia start nangis.Klu dulu aku blh biar dia main golek2 kt depan tv bila aku nak masak atau basuh kain.Sekarang ni klu dia tak nampak muka mama or babah(atau sesapa yg dia familiar),Iman akan nangis.
Arini aku kena g kelas coz ari rabu dah ponteng sbb xde org jaga Iman.So smlm hantar Iman kt rmh mak mentuaku.Masa aku nak balik dia blm tido lagi,tgh golek2 kt dlm bilik.Sedihnye masa nak balik tu,meleleh je air mata sepanjang jalan nak balik rmh.Hubby pn xtau nak pujuk mcm ne..he3(emosi mama Iman ni).Malam tu tido peluk bantal iman..ishk..sedihnye...

Tuesday, July 21, 2009

Baby sitter Ku..episod akhir.

Nape episod akhir ye??sebab mulai arini aku dh takde baby sitter.Semalam adalah hari terakhir dia jaga Iman dah khidmatnye telah ditamatkan dgn rasminya hari ini(dia jaga Iman lebih kurang 2 mgg je).Nak tau kenapa???Smlm telah terjadi satu peristiwa yg sgt menakutkan dan mencemaskan aku.
Macam ni citenya...
Petang smlm masa hubby on the way balik opis, M.Teh message bgtau ambik Iman lewat sikit sbb dia tido.So,hubby terus balik rmh.Dlm kul 5.30 ptg,aku ambik Iman,dlm hati pk klu dia tido bangunkan je la.Sampi sana,bila dia bagi Iman kt aku,tergezut giler tgk muka Iman lebam teruk sgt2.Macam nk luruh jantung masa tu.Dia mcm biasa cepat2 mintak maap.Dia kata dia pengsan masa nak mandikan Iman.Dia tengah dukung Iman dlm bilik mandi masa darah tinggi dia naik and blackout(pengsan).Iman jatuh dan muka dia terkena baldi.Masa tu aku mmg terdiam tak tau nak cakap pe,dlm hati ni sedih dan marah sgt2.Tapi aku tak tau nk luahkan mcm ne...kenapa la aku ni dilahirkan tak tau nak marah org.So,aku bawak Iman balik dlm keadaan air mata yg dh mencurah2.Yang buat aku marah sgt ialah peristiwa ni terjadi pada waktu pagi,tapi dia langsung tak inform kt kami.Sepatutnya dia bgtau sebaik je peristiwa tu berlaku,so that kami cpt2 bawak Iman g hospital@klinik.
Sampi je rmh aku terus suruh hubby siap2 bawak Iman g hospital.Mmg dia terkejut sgt tengok muka Iman yg penuh dgn lebam.Hampir nak menggigil hubby tahan marah.Dia cakap nak buat report polis.Biar aku explain detail kecederaan kt muka Iman.
  • Kedua2 mata dia lebam di sekeliling mata.Dalam mata ada luka warna kemerahan.
  • Pipi sebelah kanan dan dahi Iman bengkak.
  • Ada calar kt bahagian atas dahi dan bawah dagu.
  • sedikit lebam sana dan sini di seluruh bahagian muka.
klu org tengok kecederaan Iman,mcm kena dera.So,kitorg cpt2 bawak dia g hospital Putrajaya,terus g bahagian kecemasan.Alhamdulillah,giliran Iman didahulukan,so tak la kena tgg lama.Selepas diperiksa mata dan anggota badan,Iman dibawa g x-ray.Setelah selesai,Iman duk kt wad kecemasan tu selama 6 jam utk pengawasan(observation).Kata doktor,dorg nak observe klu dia ada muntah,kekejangan,demam kuat atau jika dia nampak lemah.Sume tu tanda2 yg tak baik la.Dan kata doktor lagi,tempoh 6 jam adalah tempoh kritical jika anak kita jatuh.Jika dia melepasi tempoh 6 jam tanpa tanda2 yg disebutkan tadi,insyaallah takde apa2 yg perlu dirisaukan.Alhamdulillah,Iman masih aktif mcm biasa.Suara dia je yg bising kt wad tu gelak2 main2 dgn mama,dan bila dia nangis(dh mengantuk la tu) suara dia gk yg bergema dgn kuatnye kt wad tu.Dalam kul 12 mlm aku n Iman dibenarkan kuar hospital.Anyway,ramai yg aku jumpa kt hospital cakap lebam kt muka Iman tak macam jatuh,tapi mcm kena pukul.Entahla,aku tak tau nak komen apa.
Ada satu peristiwa yg menyentuh hati ku ialah hubby yg menangis tak henti2(aku smpi hospital je dh berenti nangis,malu..huduh la..he3).Bila tgk muka Iman je,dia akan nangis.Pastu dia cakap,nasib baik Iman hidup lagi,klu jatuh dlm air dan dia lemas mcm ne??Entah la aku mmg tak nak pk benda2 mcm tu.
Masa kt dlm wad,aku terpikir sapa la nk jaga Iman esok.Aku ada lab,mmg tak blh escape.Mayb hubby kena cuti la kot.Nasib baik mak aku dtg dari kampung,smpi rumah aku dlm kul 12 mlm.Risau sgt dia bila dgr cucu dia cedera.So alhamdulillah,arini aku dgn senang hati g kelas sbb opah jaga Iman.Tak la susah hati mcm selalu.
Nak tau harga yg aku kena bayar bila dah takde baby sitter ni??Mulai mgg depan,Iman akan tgl dgn Tok n Tokwan(mentua ku).Sedih sgt2,sunyi la rumah aku nanti.Disebabkan nak menjimatkan kos pengangkutan(minyak dan tol)klu berulang alik hantar iman tiap2 hari,kami akan g tengok Iman every weekend.Berat sgt hati nak tglkn Iman kt sana,tp nk ambik baby sitter lain aku dh trauma,mayb bukan skrg.Setiap kali pk mcm ne nk tinggal kt rmh tanpa Iman mesti mengalir air mata ni.Aku jaga dia dgn tgn sendiri dari lahir smpi4 bln stgh,tanpa bantuan sesiapa,pastu hantar kt baby sitter,mcm2 hal jadi.Mungkin aku akan ada lebih masa utk diri sendiri,lebih masa utk buat lab report,assgmnt,tutorial tanpa gangguan.Sebelum ni,kena tgg Iman tido,baru blh buat keje dgn tenang.Tapi aku suka jaga Iman,tak susah walaupun kadang2 aku terkejar2 utk buat mcm2 benda.Hubby tenangkan aku,dia cakap sekurang2nya kita tau Iman dijaga oleh org yg bertanggungjawab,Iman dlm keadaan selamat.Tapi aku mmg belum sedia,berat hati sgt2 nak tglkan dia kt sana.Tapi kami takde pilihan buat masa ni.Aku takut nanti lepas 1mgg dia dah tak kenal mama dia,aku jugak akan terlepas byk perkembangan Iman.Susahnye hati ni...

Tuesday, July 14, 2009

Hari minggu yg murah rezeki...

Iman tgk pewut dia yg bulat
Weekends aritu,kami sekeluarga mmg tak bercadang nak ke mana2.Lebih2 lagi bila Mama Iman ada 1 lab report dan 1 assgment yg perlu dihantar pada ari Isnin dan Selasa.Tapi tghari tu,mak mentua ku call suh dtg rmh sbb nak g rumah nenek,"Nenek dh masak mcm2,ada laksa,mee rebus etc,dari smlm dia masak tau" mcm tu la (lebih kurang) ayat mak mentua aku. So aku pn cakap kt hubby "Takpe la,nenek dh masak mcm2.kesian plak kt dia.Kita tunaikan hajat orang,Insyallah nanti Allah tunaikan hajat kita plak"
So, kami pn berangkat ke rmh mak mentuaku dan seterusnya sama2 gerak ke rumah nenek kt Puchong.Mmg best dapat makan mcm2,harapkan aku masak laksa dgn mee rebus...dalam mimpi je la.Masa kt rumah nenek,ada tok sedara Iman bagi duit raya...yeahhh Iman dpt duit raya.
Dalam kul 6 ptg,kitorg smpi rumah mak mentua ku.Aku nk singgah kejap je,pastu gerak balik rmh. Tp bapak mentua ku bersuara "Tido sini je la mlm ni".Jadi serba salah la plak,especially bila susu Iman mmg bawak cukup2 smpi mlm,pampers pn bawak 3 keping je,baju ada 2 helai.Kami (aku n hubby) pn sehelai sepinggang,mana ada extra baju.So aku cakap la "Takpe la abah,susu Iman bawak sikit je,tak cukup.Nurul dgn Nuar pn tak bawak baju lebih ni"..he3.Alasan yg paling konkrit bagi aku.Tapi dia cakap "Klu pasal baju susah apa,pakai je baju mak tu.jap lagi kita g beli susu Iman"Terdiam aku..he3.Iman mmg rapat dgn tok wan dia.Bapak mentua aku suka sgt main dgn Iman,mayb sbb tak puas main dgn cucu,dia suruh kitorang tido je kt sana.So lepas maghrib,Tokwan belikan susu Iman,dia yg bayar,tak sempat hubby sampai kaunter dia dh ambik susu n bayar.So dapatla Iman setin susu.
Esok paginya,lepas sarapan kami bercadang nak balik.Tapi abah suruh tgg makan tghhari.Lepas sarapan jln2 kt Pasar Muhibbah,Nek yah(mak mentua ku) belikan Iman baju.Dapatla Iman sepasang baju.Baju yg Nek Yah belikan
Lepas makan tghari,kami bercadang nak balik.Tapi abah cakap "Hangpa balik petang je la,tgg akak balik Terengganu,boleh bawak balik kopok.Lagipn balik rmh bukan buat pe,hangpa tido je" So tgg la smpi akak(adik iparku) balik.Bila akak smpi dlm kul4, dia belikan sepasang baju utk Iman, kain pelekat for my hubby dan sepasang kain (utk buat baju kurung) utk aku.Kain pelekat utk babah n kain pasang utk mama from Mak Ngah

Baju Iman
So, tu la rezeki kitorang sekeluarga mgg lepas.

Baby sitter ku...3

Semalam dlm kul 5.30 ptg,aku dlm bas nak balik Putrajaya, hubby call bgtau mata kanan Iman mcm lebam sikit kt bawah mata.Dan masa g ambik Iman, M.Teh mintak maap sbb dia kata mata Iman terhantuk kt perabot, sbb tu la lebam. Susahnya hati aku.Sampai je rumah terus cari Iman nk tgk teruk@tak mata dia.Lebam tu dekat sgt dgn mata.
Hubby marah sgt,dia kata kita jaga Iman 4 bulan,satu lebam pn xde.Hantar kt orang tak sampai 2 minggu,dah lebam kt mata.Peristiwa ni buat kami nekad nak cari baby sitter lain.Memang Iman skrg dah makin lasak,dia golek2 dari satu tempat ke satu tempat laju je.Dia pn dh start menyusur ke depan.Klu dukung Iman tak duk diam,suka panjat badan mama dia. Tapi sume tu bukan excuse utk aku terima apa yg berlaku kt Iman smlm.Sebab(mcm kata Bapak mentua ku) baby sitter ni dibayar,bukan jaga free je.So mestila ada extra precaution and extra careful bila handle baby.Sebab baby sitter ni pun satu pekerjaan yg ada tanggungjawabnye yg tersendiri.Closed up mata Iman yg lebam
Pastu smlm Iman asyik merengek je bila smpi rumah.Tanya baby sitter dia bila last minum susu,dia cakap kul 3ptg dia bagi makan nestum.Tp lepas babah Iman bagi minum susu (habis 5 oz) Iman still merengek lagi.Biasanya klu dh kenyang dia akan main2 sendiri,golek2.Hubby kata mayb dia lapar lagi.Hubby buat lagi susu n bagi Iman minum.Dia minum sungguh2,betul la dia lapar.So,agak2nya la kul berapa last anak aku minum susu?Aku risau dia lupa samada dia dh bg susu kt anak aku@anak org lain, sbb dia jaga 3 baby skrg ni.
Susahnye hati........

Friday, July 10, 2009

Rambutku gugur....byk2...

kecik2 dah nk g sekolah..he3
Sejak sebulan dua ni,rambut aku gugur dgn byknyer,teramat la byk.Pegang je kt hujung tu,berpuluh2 helai yg gugur.Rumah pn dh penuh dgn rambut mama Iman,kt mana2 pn ada rambut.Orang tua2 kata bila baby start 'menyembur' berlaku la keguguran rambut yg hebat mcm yg aku lalui ni.Iman mmg suka sgt main air liur n sembur2 skrg ni.Tension....kdg2 geram bila tgk dia sengaja biar air liur meleleh byk2 kt mulut tu.Tapi sebenarnya bukan sbb baby sembur2 rambut kita gugur,tp sbb perubahan hormon.Masa mengandung dulu rambut kita bertambah dgn byknye,hampir 2kali ganda.So skrg dia akan gugur agar dia dpt kembali ke bilangan rambut yg asal(betul ke ayat aku ni).Ni nk share video Iman sembur2 yg dapat dirakam oleh babah...

Baby sitter Ku....2

Susahnyer hati ni.Tak sampi semingu hantar Iman kt Mak Teh ada mcm2 masalah.
  1. Dia letak bedak kt 'bird2' Iman.Aritu dh pesan jgn letak bedak kt situ sbb kulit Iman tak tahan,takut melecet nanti.So,pesan la lg sekali kt dia.Harap2 pasni tak berulang.
  2. Ni pasal lampin plak.Aku bagi lampin utk guna lap air liur Iman yg meleleh2 and utk lapik masa bagi susu.Mula2 bagi 1 je sehari,dia kata tak cukup.So,esoknya bagi 2 helai,dia pulangkn 1 helai je.Dah beberapa kali mcm ni,akhirnya lampin Iman dh tgl sikit je kt rmh.Pastu masa dtg mengejut ambik Iman(ari Rabu aritu) tgk ada sorg budak umo 2thn(dia baru jaga katanya) tgh main gosok lantai dgn lampin Iman.Macam ne ni???
  3. Seterusnya pasal lapik tido Iman.Aku bagi kt Mak Teh 1 bantal kepala,2 bantal peluk dan 1 baby conforter utk kegunaan Iman.Aritu masa g ambik Iman(datang mengejut gk ni) tgk conforter Iman dibentang kt tgh rumah dah yg baring kt atas tu ialah pakcik sedara dia.Bantal Iman plak sedang digunakan oleh satu baby lain baring2 kt ruang tamu.Iman tido kt dlm bilik masa tu.Habis tu anak aku pakai apa????
  4. Ni hal kecik je.Dia pakaikn pampers Iman ketat sgt.So aku tegurla the next day.Petang tu bila smpi rumah,tgk pampers Iman teramat la longgar.Ni protes atau apa???entahla..

So, tu la cite baby sitter ku.Tapi setakat ni dia jaga Iman mcm ok je.Cuma hal barang2 dia tak jaga elok2.Sepatutnya barang Iman tak boleh bagi org lain pakai.Okla kelas dh nk start ni....pepagi dh membebel mama Iman ni kan...he3.

Monday, July 6, 2009

Father n son


Saje nk share pic ni.Cutekn???(mana ada org yg kata anak dia tak cute...he3)

Baby sitter Ku.....

Sebulan yg lps,aku dh start iklankn pasal nk cari baby sitter utk Iman.Tak byk yg respon.Ada 3 calon....

Calon yg Pertama


Umur dlm 31 thn.Dia duk 1 blok dgn aku(aku tgkt 12 dia tgkt 1).Dia dh jaga 2 baby sorang umo 5bln n sorang 5 thn.Dia gk ada sorang anak kecik umur 1 thn.Masa g rmh dia(sesaje nk buat survey la konon) dia tgh pakaikn baju kt anak dia yg umor 1thn.Tengok dia letak bedak kt 'bird2' baby dia byk2.Pastu baby dia ada byk ruam kt badan,dia cakap dh dekat sebulan belum baik lagi.Susahnye hati bila tgk sume tu.Especially pasal letak bedak tu.Iman jarang pakai bedak,klu letak pn sikit je kt muka.tp selalunye mama dia lumurkn losyen je 1 badan coz ada terbaca yg bedak tu blh jadi punca kanser(in long term la).



Calon yg Kedua


Tak tau umo berapa,tp awal2 dh kena reject sbb dia dah jaga 8 org budak(xtau la berapa usia budak2 tu) tp ada hati nk jaga Iman.Eeeiiii,seramla pk mcm ne ada org blh jaga byk budak2 dlm satu masa.Aku yg jaga Iman sorang pn kadang2 terkejar2 nk makan,masak ,solat n mandi.



Calon yg Ketiga


Makcik ni umur 42 thn.Dia jaga sorang baby je umur 10 bln.Tinggal kt blok berdekatan,tp bukan rumah dia,makcik ni menumpang rmh adik dia.Bila g tgk rmh dia,kira ok la.Cuma masalahnye ialah makcik ni terlalu beria2 nk jaga Iman smpi dtg rumah mlm2(dlm kul 10) sbb nk jwpan samada aku setuju nk hired dia atau tak.Hubby aku kata"menakutkn la makcik ni".



Akhirnya aku hired calon yg ketiga a.k.a Mak Teh.Antara sebabnya



  • dia tak jaga ramai baby

  • dh tua sikit,so ada byk pengalaman jaga baby (berdasarkan pemerhatian dn perbualan aku dgn dia la)

  • dh takde calon lain yg available..hu..hu..hu..


So, tu la pengalaman aku mencari baby sitter utk Iman.Arini aku start blaja,jadi last week dh start hantar dia kt Mak Teh.Alhamdulillah,Iman xnangis bila kena tgl dgn mama dia.Masa ambk petang2 pn tgk dia happy je.So harap2 segalanya terus OK.Moga Allah pelihara my baby dari perkara2 yg tak baik...aminnn...

Iman yg dh semakin notty

P/s....



Utk sedapkn hati(bila hantar anak kt baby sitter),aku sentiasa ingatkn diri yg aku tak penah buat perkara yg tak baik pada anak org lain,so harap2 orang pn takkan buat benda yg sama pada anak aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...