OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Wednesday, December 15, 2010

Dino's Alive-Pusat Sains Negara

Selasa lepas(14 Disember) kami ke Pusat Sains Negara tgk pameran dinasour.Utk pengetahuan semua,pameran ni berlangsung dari 1 Disember 2010 hingga 31 Mei 2011.Tiket berharga RM10 utk dewasa dan RM5 utk kanak2(berumur 4thn ke atas).Masa lawatan plak dari kul 9 pagi hingga 5 ptg setiap hari.

Klu ada yg tanya BEST ke tak?Daripada 5 bintang aku bagi 3 la.Dinasour dia mmg happening,besar dan buat bunyi yg agak menakutkan,byk budak kecik yg nangis terkejut dgr bunyi ngauman yg kuat tu.Pastu beberapa dinasour tu blh bergerak2...agak creepy la.Ikut apa yg aku baca dlm paper,sebanyak 32 unit dinasour robotik dgn saiz sebenar dipamerkan,tp masa pegi tu tak sempat la kira ada berapa.

Iman mula2 sgt suka sbb entrance nak ke Dinos Alive tu ada terowong aquarium,byk ikan yg buat dia excited,asyik sebut 'fishi' sambil tunjuk kt ikan2 tu.Pastu bila masuk ke ruang legar utama ada playground dgn 2 dinasour yg besar.Dia buat xtau je kt dinasour tu,terus sibuk main2 kt playground.Tetiba sekor dinasour mengaum siap gerak2 kepala dgn ekor,terus Iman jerit "akut,akut"....he3.Sejak tu mmg tak berani langsung dekat dgn dinasour,asyik nak dukung je.Tp kira OK gak sbb dia tak nangis,cuma asyik peluk aku kuat2,mcm nak tercabut leher ni dia peluk.Ramai gk budak yg aku tgk melalak terkejut dgr bunyi dinasour tu...he3.

Ni terowong aquarium,ada byk ikan.



Kt ruang legar utama anda akan disambut oleh 2 dinasour ni.


Playground kt ruang legar utama


Ni antara dinasour yg ada kt sana.

Ada byk lagi tempat menarik kt Pusat Sains ni,antaranya Kids Discovery Place,Galery sains dan byk lagi la.Kesimpulannya mmg best dan tak rugi bawak family gi sana.Untuk toddlers yg maybe tak paham sangat pasal konsep2 sains yg dipamerkan tak jadi masalah sbb ianya cukup sekadar pendedahan utk dorg...utk biasakan dan pupuk minat diorg pada sains.INSYALLAH.

P/S:Perkara yg xBEST sikit ialah byk peralatan yg dipamerkan rosak dan tak diselenggara dgn baik.Sbb tu aku bagi 3 drpd 5 bintang...he3.

1 comment:

  1. hehe, rayyan pun jerit takut jugak ek?samm cam zakwan la tu..best gak kan..cume byk mainan sains tu takleh guna..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...