OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Saturday, September 4, 2010

Restoran Nelayan Titiwangsa.

Nak cite sikit pasal apa yg jadi masa kitorang g makan kt Restoran Nelayan Titiwangsa.Tghhari tu dah call utk buat reservation,dia cuma mintak nama dan no telefon je.So dgn yakinnya aku anggap sampai sana nanti ada meja atas nama my hubby la.

Petang tu,gerak dari rmh kul5.30 dan smpai sana lg 10 minit nak berbuka,jem teruk sgt.Tp xrisau la sbb dah buat reservation,so assume smpi sana terus g meja dan ambik makanan. Malangnya, sampai je g jumpa org yg incharge,dia tanya dah buat reservation,kami jawab dah.Pastu dia tanya lagi ada bayar deposit tak,kami jawab tak,sbb masa call tu xde sapa pun bgtau pasal deposit ni.Pastu dia cakap kena g satu tmpt utk bayar,dapatkan coupon makanan dan no meja.Sedihnya la masa tu sbb bila smpai sana ramai sgt org tgh beratur.Dahla lg 5 minit nak berbuka.Masa hubby tgh beratur,dah masuk waktu berbuka,aku berbuka minum air dari botol air Iman je.Penat beratur,bila smpi turn hubby sume meja dah penuh.Pastu person yg incharge baru cakap g je cari mana2 meja yg kosong,duduk dan berbuka dulu,kemudian baru bayar.Geram la jugak sbb dh beratur lama.

Sistem reservation dorg tak bagus,sepatutnya masa reserve bgtau terus pasal deposit@bayar sume sekali pun xpe,xla susahkan org mcm ni.Especially bulan pose,mana elok lambatkan berbuka.Pastu org tgh lapar,cepat marah tau.Mmg ada rasa mcm nak naik angin gk masa tu.Buat pe buat reservation klu sampai sana kena booking lagi sekali,tak efficient langsung la.Pastu kami pun kuarla g cari klu2 ada meja kosong,tp xde.Hubby ajak masuk satu tempat yg mcm dewan,rupanya tempat tu utk org makan ala catre,tak ramai org kat sana.So kami end up makan ala carte je,tp set pilihan dia mmg best la,murah gk.Aku ambik set A utk 2-3 org makan.Kita blh pilih mana2 4 dishes dan include nasi dan buah(pencuci mulut) dgn harga RM51 je.Air lain harga.Kami pilih ikan kerapu masak 3 rasa,daging masak black pepper,ayam goreng lemon dan sayur campur.Makanan smpi kul 8.15 mlm,mmg sedap la(mayb sbb lapar..he3).Best betul ratah ikan yg besar tu berdua,lauk dia mmg byk betul,rasanya blh makan 4 org.
waiting for food...lapar ni.Iman dah lapar...where is my FOOD???Ni la makanan yg kami pesan,sbb lapar makan hampir separuh baru teringat nak ambik gambar..he3.

Pas kenyang makan,kami g tgk org main keta control kt depan restoran tu.Pastu on the way balik singgah tesco kajang.Tu la pengalaman aku,plan nak g romantik dinner dgn hubby dan Iman on my birthday,tp lain plak yg jadi.Kita hanya merancang,tp Allah yg menentukan.Aku redha,sekurang2nya aku tau la lepas ni klu nak buat reservation kt sana bayar deposit sekali,baru tak menyusahkan,especially bulan pose mcm ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fav video

Loading...