OUR PRECIOUS FAITH

OUR PRECIOUS FAITH
Our Iman

Best days of my life...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Followers

Happily ever after.....

Monday, February 28, 2011

Iman NEW toys...

Toys ni kira hadiah birthday dari mama dgn babah la...aku beli online je.Toys ni masuk dlm kategori educational toys,blaja sambil bermain.Aku beli kt sini. Harga berpatutan dan yg penting ada cop MC,selamat utk babies n toddlers.
Iman with his new toys

Tgh main Changing Bear.KLIK SINI utk tgk cara main dia ye!Tapi basically bear tu terbahagi 3,kepala,badan&kaki.So,kena pairkan la.Ada 3 bear,bapak,mak dgn anak bear.Ada 6 persalinan utk setiap bear.

Creative Blocks.Mcm2 benda blh buat guna creative blocks ni.Buat keta,robot...mcm la.It's a very good educational toy.

Aku mmg suka toys mcm ni,apa tgg lagi...beli la ye,pelaburan yg sgt berbaloi.


Breast Milk Icecream.

Breast milk ice cream goes on sale in Covent Garden

A restaurant in London's Covent Garden is serving a new range of ice cream, made with breast milkThe dessert, called Baby Gaga, is churned with donations from London mother Victoria Hiley, and served with a rusk and an optional shot of Calpol or Bonjela.Mrs Hiley, 35, said if adults realised how tasty breast milk was more new mothers would be encouraged to breastfeed.Each serving of Baby Gaga at Icecreamists costs £14.

Mrs Hiley's donation was expressed on site and pasteurised before being churned with Madagascan vanilla pods and lemon zest.Icecreamists founder Matt O'Connor placed an advert appealing for breast milk donations and believes his new recipe will be a success.
"If it's good enough for our children, it's good enough for the rest of us," he said.

"Some people will hear about it and go yuck - but actually it's pure organic, free-range and totally natural."

Mrs Hiley, who gets £15 for every 10 ounces of milk she donates to the company, said it was a great "recession beater".

"What's the harm in using my assets for a bit of extra cash?" she added.

"I teach women how to get started on breastfeeding their babies. There's very little support for women and every little helps."

Mr O'Connor said 14 other women had come forward to offer their services. Health checks for the lactating women were the same used by hospitals to screen blood donors.

"No-one's done anything interesting with ice cream in the last hundred years," he added.

Berita di petik dari BBC NEWS

Persoalannya,blh ke susu ibu ni diminum@makan oleh org yg bukan haknya?Susu ibu mestila utk anak dia je kan,klu dia susukan anak org jadi anak susuan plak?Apa hukumnya ye?

Ada sapa2 blh tlg jawab???

Korang suka bagi anak pakai hairband(utk gurl)@hat(utk boy)???

Klu suka meh la tgk kt sini,baru je masukkan stok baru utk Rayyans Little Wardrobe semalam.

Yang ni RM 12 je satu, beli 2 RM 20

Ni RM 15 je

Rm 15

RM 15

Klu berminat blh la jalan2 kt Rayyans Little Wardrobe.

UNPLANNED birthday party...


Ari Sabtu yg lepas(19 Feb) kami celebrate birthday Iman,tapi dgn family in laws je.Mmg tak plan nak buat apa2 celebration sebenarnya.Pagi Sabtu tu MIL cakap nak dtg rmh,so kami pun bgn awal dan siap2 tgg dorg,biasanya klu dorg dtg rmh,pagi2 terus gi b/fast kt mamak je.Tapi pagi tu bila dorg sampai,bawak mcm2 benda.MIL bawak se'tupperware' bihun goreng dgn agar2.Pastu SIL sponser KEK BIRTHDAY...Tak lama pastu BIL sampai bawak KFC dgn hadiah utk Iman...Akhirnya,jadilah satu sambutan birthday party yang tak dirancang.Layan la gambar2 kt bawah ni ye...

Ni la birthday kek Iman,Iman celebrate birthday dgn Pak Su(BIL) sbb birthday dorg beza sehari je.Anyway thanx Mak Ngah utk birthday kek yg SEDAPPPP...... ni.

Iman tiup lilin.

Tlg Tok potong kek.

Ni kek Iman,sibuk sgt nak dinasour yg ada kt atas kek tu.

Layan diri ye,penuh meja tu dgn mcm makanan yg semuanya di'sponser'.Thanx sume!

Iman makan dgn Tokwan

Ni la hadiah Iman.

Operasi bukak hadiah.

Ni la truck yg Iman dapat.

Birthday boy yg tertido kepenatan....he3

Dan inilah nasib truck tu ye...

Friday, February 25, 2011

COKE...

Korang penah baca tak pasal tak pasal bahaya coke?
Klu tak penah KLIK SINI.Aku jumpa link ni yg cite ttg bahaya coke, tp fakta2 tu tak dijamin kebenarannya ye.

Td dlm kelas,tetiba lecturer cite pasal coke.Dia cakap jgn pecaya sgt ttg apa yg ditulis dlm internet,kena selidik dulu sebelum pecaya bulat2.Pastu dia cakap pasal coke,kt internet kata asid phosphoric yg diletak dlm coke sgt menghakis,klu letak duit syiling yg berkarat,esoknya duit tu berkilat2.Tapi lecturer aku cakap acid hydrocloric yg dihasilkan oleh perut kita sebenarnya lebih rendah nilai pH dia(asid yg lebih kuat,lebih menghakis).Klu setakat nak buang karat pada duit syiling tu cuka atau mana2 weak acid yg lain pun blh buat benda yg sama.

Tp dia tak la galakkan minum benda tu,sbb pada dia junk food n drink ni sume tak elok.Cuma apa yg nak ditekankn kat sini jgn terlalu cepat percaya dgn apa yg kita baca kt internet ni sedangkan kita sendiri tak tau penyumbang artikel@penulis tu org yg blh dipercayai atau tak,dan artikel yg dikeluarkan berdasarkan penyelidikan@sekadar andaian.

Masa zaman Rasululluh dulu pun sahabat yg meriwayatkan hadis mempunyai kriteria yg tertentu contohnya tak pernah berbohong,org yg berakhlak mulia,menjaga solat dan mcm2 lagi la.hadis yg diriwayatkan oleh org2 yg memenuhi kriteria sahaja yg diriwayatkan sebagai hadis sahih yg menjadi panduan kita.

So,di zaman teknologi ni,mcm2 info yg kita blh dapat kt internet.Tapi belajar utk selidik dulu sebelum percaya dan jika maklumat yg kita dapat tak diketahui kebenarannya,jadilah sekadar pembaca yg neutral,bukan seorang yg menghakimi...

P/S:Penah terbaca yg tak elok minum kopi sbb ada caffein,tp kopi adalah minuman kegemaran rasulullah kan?(sila betulkn jika saya salah ye..TQ)

Tuesday, February 22, 2011

Faceblog

Jom JOIN Faceblog...Faceblog ni mcm facebook tp utk blogger mengenali antara satu sama lain.Nak JOIN klik SINI ye..

"SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH"


Edit

Saturday, February 19, 2011

Hensem BOY mama....

Ni la hensem boy mama.Tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun....cepatnya masa berlalu kan???Tahun ni kami tak buat apa2 event utk celebrate birthday Iman,babah nak ajak gi holiday.YEAHHHH......suka3x.Kami ke mana ye?Tak leh cite skrg.nanti tak surprise plak.

Babah kata hujung tahun lepas tak berkesempatan nak gi bercuti kt mana2,so akan digantikan dgn holiday masa birthday Iman nanti.Hadiah birthday awal2 dah dapat...he3. Thomas train set tu hadiah dari babah utk Iman....dah main merata.
Berminat dgn Thomas train set ni?Boleh la jalan2 kt Rayyan's Little Wardrobe.Hanya RM 65 utk 1 set(ada 5 train).Material metal cast,connected to each other by magnet,tak guna batteri pun.

Happy 2nd Birthday Iman!

Alhamdulillah,arini genap umur Iman 2 tahun.Entry ni mama buat khas utk Iman,moga satu hari nanti,klu blog ni masih ada, Iman dapat baca apa yg mama tulis ni.Selama 2 tahun Iman menyerikan hidup kami,tanpa kenal penat lelah,segalanya kami cuba sempurnakan utk Iman.

Masa mengandungkan Iman mama tak mengalami morning sickness yg teruk,cuma mama tak blh makan,masak dan bau ayam.jadi sepanjang lebih kurang 5 bulan pertama,lauk yg blh masuk ke tekak ni hanya ikan dan daging je.Iman 'blaja' kt UM masa dlm perut,ari2 ikut mama gi kelas.Penah sekali mama muntah kt dewan kuliah lepas makan nasi lemak...cian makcik cleaner tu kena bersihkan muntah mama.

Mama masih ingat saat2 melahirkan Iman 2 tahun lepas,Allah permudahkan segalanya.Masa bukaan dah 2 cm,mama tak nak duduk wad,mintak izin kt doktor nak balik rmh.Tp tak balik rumah terus,gi jalan2 kt Jusco dulu.Tak susah utk melahirkan Iman,mama masuk labour room kul8 mlm dan bersalin kul10.30 mlm,3 kali teran je dah kuar.Sejak saat tu hidup kami berbeza sama sekali.Iman Ar-Rayyan pelengkap rumah tangga kami,anugerah Allah yg paling bernilai,lahir mu cukup sempurna,cukup membahagiakan.Ketika babah azankan Iman hampir mengalir air mata mama.....sangat terharu...

Blog ni mama hasilkan lebih kurang 3bln lepas Iman lahir.Mama nak blog ni jadi diari yg memuatkan saat suka duka kami membesarkan Iman,agar Iman tahu betapa sayang dan kasihnya kami pada Iman.Mama tak lupa catatkan saat pertama kali Iman meniarap,merangkak,berjalan,perkataan awal yg Iman ucapkan...saat2 bila mama marah Iman,semuanya mama catatkan di sini.

Harapan kami agar Iman jadi anak yg berjaya dunia akhirat,anak yg soleh yg mendoakan mama&babah bila kami dipanggil Ilahi satu hari nanti.Moga Iman jadi abg yg baik,anak yg taat.Belajar rajin2,mama tak nak Iman ulangi kesilapan mama.Moga keluarga kita sentiasa diberkati Allah,dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan-Nya....Aminnn.


Happy 2nd birthday Iman,Mama&Babah luv u so much!

P/s:Kini setelah bergelar 'MAMA',baru aku faham kenapa Allah letakkan darjat seorg MAMA itu sgt tinggi,kenapa syurga di bawah tapak kaki ibu.

Friday, February 18, 2011

Karnival WOW Putrajaya.

Karnival WOW ni diadakan last weekend (11-13 Feb) sempena sambutan Hari Wilayah.Kami pergi sana berkali2...he3 sbb bosan duk rmh, pastu xtau nak gi mana...Ari Jumaat lepas maghrib kami gi jln2 kt sana.

Ada pertunjukan org main api

Babah dgn Iman khusyuk tgk org main api,Iman tutup telinga sbb dia takut.

Pastu ada hotair ballon,mlm tu tak ramai sgt org.Klu nak naik tak payah beratur panjang.

Esoknya,bawak PIL gi sana plak.

Tokwan suruh Iman posing atas motor,Iman plak tak nak...he3

Ari Ahad,balik dari TESCO kami ke sana gk...

Kawasan gerai2 makan

Nak beli cappucino ice blended pun kena beratur panjang...hubby yg beratur.Aku jaga budak tecit yg tido.
Nampak tak layang-layang kt langit tu?Mcm2 bentuk ada,tp gambar tak clear sgt.

Kami tgk layang2,Iman muka blur je sbb baru bgn tido...he3

Tammat cite kali ni,tak sabar nak tunggu pesta hot air baallon bulan Mac ni.

Tuesday, February 15, 2011

Iman&TV....

Insyaallah,19 Feb ni Iman cukup 2 tahun.Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun ni tak banyak masalah yg timbul,setakat demam,batuk tu biasa la kan.Cuma perangai dia yg makin aktif,tak duk diam,explore itu ini.Mulut pun dah cakap mcm2,suka membebel...tp banyak perkataan yg aku tak paham.Sangat suka menyanyi skrg ni,sambil main2 pun mulut dia membebel entah apa ntah...geram je tgk dia.Sekarang ni sgt suka main kt depan tv.Baca buku pun atas rak TV tau.

Main keta pun dekat rak TV tu, suka sgt susun keta dia byk2 kt depan tv...risau mata dia cepat rosak.Kadang2 tu aku tutup je tv bila dia main kt situ.

P/s:Anak teruna yg sgt pandai mengambil hati kami...cair je bila dia panggil 'mama' lepas kena marah,lembut je suara dia....kadang2 sampai tak jadi marah...he3.

Salam Maulidur Rasul.

Suke dgr lagu Raihan ni...

Ya Rasulullah

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Monday, February 14, 2011

Balik kampung...Part 2

Ari Sabtu plak,kami jalan2 ke Teluk Batik&Lumut.Lama sgt aku tak gi sana,byk betul perubahan.Tapi aku sebenonye teruja nak bawak Iman mandi laut,ni first time kami bawak dia mandi laut.

Happy faces...mak dgn adik bongsu aku.

Sampai sana kul11 lebih,ramai sgt org.Kami terus tukar baju,sapu sunblock...mandi.Wajib sapu sunblock ye sbb sume takut kulit jadi gelap...he3.Ni gambar2 kami mandi,tp xclear sbb tangkap dari jauh je,camera woman yg ambik gambar2 ni takut basah kena air....

Iman mula2 mandi pakai pelampong,pastu asyik nak dukung je.Lastnye aku bawak naik atas,tukar baju.Tapi lama gk dia mandi,sempat la telan entah berapa banyak air laut ntah...he3.

Iman 'posing' lepas mandi.

Camera woman yg takut basah...he3.Ni adik aku yg ramai org kata muka dia mcm Nora Danish...ye ke?

Mama with Iman

Lepas penat mandi,kami gi cari makan kt Lumut.Pas makan jalan2 kt jeti Lumut,beli sotong,satay...mcm2 lagila...

My sist dgn hubbynya.

Me&hubby dan budak tecik.

Kt jeti Lumut

Tu je la cite cuti2 CNY kami.

Saturday, February 12, 2011

Balik Kampung...Part 1

Dah lama peram cite ni....he3.Balik kampung ni masa CNY lepas.

Iman bagi senyuman paling manis sblm nak gerak balik kampung.

Kami gerak dari rmh kul2.30 petang,gi makan dulu kt foodcourt dan kul 3 kami memulakan perjalanan balik kampung.Memula tu highway clear je,tp bila smpi slim river start jem sampi Sungkai dan Tapah.Lepas Tapah baru highway clear balik.Akhirnya kami sampai di Sri Iskandar kul6.14 ptg.Ramai yg menunggu sampai ada tertido-tido..he3.Yang paling setia menunggu mestilah my niece Dania yg byk mulut....he3.Aku sampai je,dia sibuk tanya kt hubby "P.Long nape lambat sgt ni?Penat Nia tunggu"

Nia&Iman berposing dgn spek mata...Rambut Nia yg ala 'afro' sbb terlalu stress tgg mak long tak sampai2...he32 budak tecit yg excited sambil maintain hidung,takut spek jatuh!

Sampai je kami terus ke Taman Tasik UTP sbb Nia dgn Iman excited nak bagi Iman makan.Kali ni kami beli 2 buku roti.Gi ramai2 mmg best,layan la gambar2 kt bawah ni ye...

Luv this pic! Cari mana Dania?Dania merajuk sbb roti dah habis,tak puas bagi ikan makan la tu.

Tu dia Dania! Ni posing gaya bebas plak.

Dania with mamanya...

Kami balik dulu,dh nak masuk waktu maghrib.

Esoknya kami jalan2 ke Teluk Batik dan Lumut.Tunggu sambungannya kt Part 2 nanti ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...